Pages

Monday, June 1, 2009

Kerana Air Pokok Kelapa Binasa

Kadang kala tindakan manusia tidak dapat dijangka.Keinginan dan kehendak mengatasi segala. Inilah yang dikatakan, Kerana kelapa pokok kelapa binasa. Kerana Nak yang muda, seluruh tandan menjadi mangsa. Kejam kah manusia? Kekejaman tidak mengira usia. Lihatlah parangnya yang tajam itu.he he he. Ini aksi Tunggu Tok Mudim ke?. OOh tidak-tidak. Cuba lihat batang pokok yang digunakan betul-betul ya. Bukan batang pokok pisang tetapi batang pokok kelapa. Fuhh selamat. Sebenarnya, ini semuanya adalah adegan untuk ....... iklan. "Minumlah "Air kelapa Cap Atuk Saya", sejuk, nyaman, menyegar bugarkan seperti saya, eemmmm. "Mai Sebiji" Kelebihan Air Kelapa: 1. Buat hilangkan haus (memang le ek) 2. Buat sejukkan badan 3. Buat duit kepada orang yang meniaga air kelapa Psst: Setahu gerau, sewaktu zaman kesultanan Melayu Melaka, ada sejenis penyakit yang dinamakan demam ayam + babi (Chicken Pork) Apa? Chicken Pox. Ooo, gitu ngejanya.Maafkanlah gerau, gerau ni orang lama.Yang gerau tahu, penyakit ni sepupu dengan penyakit cacar (tapi bukan bubur caca - ini gerau tau).Sebaik sahaja terkena penyakit ini, telanlah Air kelapa, supaya seluruh hama dalam badan dikeluarkan.Tapi,sekarang ni, pegi sepital je la .Telan pil. Krew production yang terlibat dalam pembikinan Iklan Air Kelapa Cap Atuk Saya.

Saturday, May 30, 2009

Derhaka

Akibat derhaka dengan mak ayam. Telur terkena panahan petir. Telur menyesal tidak terkata. Sebelum telur kena sumpahan, asal telur begini rupa. Telur derhaka berpesan kat gerau, masaklah telur ini sebagai peringatan supaya anak tak derhaka kat ibunya , isteri tak derhaka kat suaminya... Telur menambah-nambah pesan, lagi berkesan kalau ceburkan telur derhaka ke dalam kawah panas sebagai simbolik kawah neraka. Bagi anak-anak dan sesiapa je makan. Gerau dah cuba kat gerau sendiri. Tapi...mcam bias jee.. he he he. Lupa baca doa kot. *Psst - Kalau anak melawan atau isteri melawan janganlah sumpah-sumpah. Semua manusia ada kelemahankan? Anggaplah itu cobaan. Sebagai peringatan untuk gerau sendiri.

Friday, May 29, 2009

Mee Goreng VS Asid Boring

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan . Ini kenyataan CAP, bukan mana-mana CAT, sama ada yang kurus atau yang gemok, juga bukan CAP penutup kicap kipas udang atau sos cili life tapi CAP di Pulauu yang sinonim dengan aci-aci yang suka makan sirih. Hah?, asid borik, buah pinggang, Hah? hilang selera makan? Menyeramkan . Gila betul diorang ni.Memang nak suruh orang mati!, (Waktu tengah demam) (Demam dah kebah) Kesudahan cerita seram, kemarahan dan kekesalan di atas . Sehari kemudian... Mee goreng dah siap, meh la makan. E eeh, dalam mee bukan ada asid borik ? EErrr mee goreng ? ada-ada, = Asid boring. Psst : Jangan bagi tau orang tau ,Gerau memang mudah lupa.

Wednesday, May 27, 2009

Lauk "Macam Nak Demam je"

Eh, sup ikan merah la. Macam sedap nampak. heh heh heh, sendiri masak,, sendiri puji. Sedapkan hati sendiri. Nampak macam sedap ke? Mungkin sedap bagi orang yang hidungnya tak berapa nak mancung dan dah tak dapat tangkap apa-apa bau. Suara pulak dah tukar ala-ala dialog "Kau dah balik Mid" (Arwah Yusni Jaafar yang tertelan jagung bakar) Badan pulak rasa Macam nak demam .(biasalah Ayat klise orang Melayu keturunan gerau, " Macam nak demam je". Hah, memang dapat demam. Amik kau. Jadi sesuai lah makan lauk "Macam nak demam je". Walaupun gerau memang tugasnya memasak, bab memasak ni, tak lah gerau pandai sangat sebab gerau banyak gebang waktu masak. Jadi gerau ni pakar gebang daripada pakar masak. Tapi habis licinlah gerau hirup kuah ikan mata kuyu ni. Psst: Kawan Gerau selalu tanya macam mana nak buat resepi, ni, resepi tu, tapi Gerau bukan pandai pun, tapi Gerau torai la jugak bagi. Kalau salah, jangan marah, nanti kena jual.

Monday, May 25, 2009

Epok-epok ek

Ini yang mentah. Lihatlah kelimannya. Cantikkan? Hanya jari-jari runcing yang berseni sendu sahaja yang bisa mengelim epok-epok secantik ini. Ceh-ceh ceh, masuk bakul, angkat sendiri sebab tak ada sapa-sapa yang larat nak angkat. Tak kuasa Dalamnya, inilah intinya. Hanya orang yang sabar bertaraf sufi sahaja yang mampu melakukan kerja-kerja ini.Memotong dadu kentang satu kilo setengah dengan pisau yang tumpul ya amat. Potong leher ayam pun tak lut. (tapak tangan gelembong melecet) Inilah hasil kesabaran, kesenian, dan ketumpulan.Epok-epok debab.Macam sama je dengan tuan khemah. Psst: Resepi inti epok-epok ni, teman sekerja Gerau bagi. Dia buat jual.Sedap. Sekarang dah tak jual. Sebab tu gerau kena buat sendiri. Gerau pun beli, kadang-kadang, eeh, selalu jugak. he he he.

Saturday, November 22, 2008

Sentuhan Hafalan Shalat Delisa (Babak 2)

Malam itu, usai melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, aku terus ke arah tempat aku meletakkan beg tangan warna perang aku petang tadi.Beg tangan perang itu aku buka. Aku seluk tangan aku ke dalamnya. Sebuah novel setebal 270 halaman aku tarik keluar. Novel yang sudah diulang cetak sebanyak 6 kali itu kudakap di dada. Sambil melangkah perlahan aku menapak satu demi satu anak tangga menuju ke kamar. Kamar yang akan menyaksikan aku menghayati Hafalan Shalat Delisa. Aku melabuhkan badanku ke katil kamar .Sambil meniarap, kulit depan novel itu kubelek dan amati.Kemudian jari-jari berkulit keras aku membalikkan novel itu untuk aku amati kulit belakangnya pula.Setelah puas menelek dan meneliti bahagian tersebut,dengan kalimah basmalah aku mula membuka halamannya yang pertama. Shalat Lebih baik dari Tidur. Itulah tajuk bab pertama dalam novel yang mengambil latar lokasi Lhok Nga, Acheh itu.Tajuk itu sahaja sudah memberikan bayangan pada diri aku bahawa,pada babak-babak yang seterusnya, nashkah ini akan membawa aku meneroka alam kerohanian, yang tidak tertanding. Ternyata sekali, Hafalan Shalat Delisa, membuat hatiku tersentuh dengan watak Delisa, anak berusia 6 tahun, yang berusaha menghafal bacaan solatnya.Kegigihannya menghafal bacaan solat tidak pernah luntur meskipun seluruh orang yang dicintainya dibawa gulungan ombak tsunami.Ketulusan dan keikhlasan anak ini akhirnya telah membawa dia kembali menemui umminya di alam yang akan dikunjungi hanya oleh makhluk ciptaan Allah yang senantiasa ikhlas berbuat sesesuatu kerana Allah.

Thursday, November 20, 2008

Sentuhan Hafalan Shalat Delisa (Babak 1)

Jam menunjukkan pukul 8.25.Lagi lima minit pukul 8.30 pagi.Bermakna hanya tinggal lima minit lagi aku akan memulakan kerja-kerja aku yang bertimbun yang tidak aku habiskan semalam.Beg tangan berwarna perang yang aku sandang aku letakkan di atas meja tulisku. Meja tulis yang penuh dengan selerakan buku dan kertas-kertas yang bertulis. "In, kau nak tak novel ni? Aku beli di Indonesia," tanya Kak Seha, teman sepejabat aku. Kak Seha tua dua tahun daripada aku.Kalau bercakap selalu tegas dan serius. Senyum juga jarang-jarang.Sikapnya yang serius menyebabkan rakan-rakan sepejabat takut-takut untuk menegurnya.Kalau bercakap selalu sahaja nak menang.Kak Seha kalau ke pejabat bergaya orangnya.Kalau pakai baju, mesti sedondon dengan tudung.Baju biru, tudungnya pun biru, baju merah, tudungnya juga merah.Tetapi, ada suatu perkara yang lucu tentang cara pemakaian tudung Kak Seha.Macam mana cantik pun tudung yang dipakai kak Seha,setelah dua jam bekerja,rambut Kak Seha mesti terkeluar di celah kedua-dua belah pipinya. Macam orang berjambang.Kami selalu tergelakkan Kak Seha. Tetapi Kak Seha tidak tahu kami ketawakannya.Kalau Kak Seha tahu, matilah kami. "Cepatlah In, kau nak atau tidak novel ni.Kalau kau tak nak aku jual kepada orang lain." Kak Seha mula meradang dengan aku yang lambat menjawab pertanyaannya.Aku memandang muka Kak Seha yang serius itu. Pertanyaan Kak Seha tidak aku sambut.Pandangan mataku jatuh ke bawah,ke tangan Kak Seha. Mataku melirik pada senashkah novel berwarna coklat kekuning-kuningan yang dihulurkan Kak Seha. Hafalan Shalat Delisa "Eh,novel ini.Mestilah nak,inikan novel best seller di Indonesia," Novel yang masih berbungkus plastik nipis jernih itu kuambil dari tangan Kak Seha dengan hati yang berbunga, dengan wajah mengembang seperti bunga kembang semangkuk yang selalu terdapat dalam air laici Kang.Air kegemaran aku. "Terima kasih kak.Berapa harganya? Nanti saya bayar.Sayang akak.Kalau saya ada abang,lama dah saya kenalkan pada akak," Aku cuba berlawak dengan Kak Seha. "Habis, suami aku nak letak kat mana? Kat Kedai Kek?" Kak Seha menjawab sambil menyungkitkan bibirnya.Matanya pula dibesar-besarkan. "Eh,janganlah marah gurau saja kak," balas aku sambil mengusap-gusap lengannya. "Sudahlah, malas aku nak layan kau. Nanti aku kira. Kau ambillah dulu," Kak Seha berlalu meninggalkan aku yang masih teruja dengan novel yang memang menjadi penantianku sejak sebulan yang lalu.