Pages

Saturday, January 24, 2015

Tertinggal Beg- Mojo Sangat

Assalammualaikum.


"Ini bawa balik asrama. Makan dengan kawan-kawan," kata abang badang sambil memasukkan sebalang sambal cili api ikan bilis,1 bungkus besar kerepek ubi dan 
2 bungkus maruku mamak kacang putih
ke dalam beg sandang Farisah.

"Ha," balas Farisah ringkas. Pendek.
"Nasi dengan rendang, dalam beg bimbit kecil ini. Bawa atas bas, "pesan abang badang lagi. 

"Syampu, mandian, sabun basuh ayah masukkan dalam beg sandang yang berisi baju ini. Ingat. Kamu ada dua beg sandang. Satu dalam bonet bas satu lagi kamu bawa naik atas bas. Satu beg jinjing. Ingat ya." Beriya-iya bang badang mengingatkan anaknya. 


Farisah mengangguk-angguk. Memadang ayahnya. Kosong. 
Kak gerau memandang Farisah. Sayu. 

Begitulah setiap kali hendak balik ke Kulim. Bang Badanglah yang mengemaskan barang yang hendak dibawa pulang. 

Kak gerau pula memasak bekalan. 

6 jam kemudian. 

"Helo mama. Isya dah sampai," beritahu Farisah  sebaik sahaja tiba di Kulim. 
"Tapi kan ma, satu beg dah tertinggal dalam bas." 
"Apa? Tertinggal?" 
"Beg mana? Beg baju ke beg makanan? Rendang? Tinggal tak?" tanya kak gerau bertalu-talu umpama das-das bunga api tahun baru. 

"Beg baju," jawab Farisah.

Fuhh...
Nasib baik bukan beg makanan.
Nasib baik bukan beg rendang.
Kalau tidak...
Sesal separuh nyawa.

Muka beg tertinggal. 
Mojo sangattt...
(Mojo adalah positif kepada Poyo. Sekian)
-------------------------------------------------------------------------------------

NotaKakikeDahi: Ketahuilah anak-anak, begitulah rasa semua ibu bapa setiap kali anak-anak pulang ke asrama atau ketika anak-anak berjauhan.
 Risau, bimbang, sayu, merindu. 
Kirimkan doa kepada mereka ketika ada dan ketika tiadanya mereka juga. 

Thursday, January 1, 2015

Mood Arjuna Beta

Assalammualaikum...


Tentu banyak yang tertunggu-tunggu sambungan kisah Penunggu Episod 2. 
Aku kira.
Rupa-rupanya tiada sesiapa pun yang menunggu sequel nya. 
Ah, padan muka. 
Engkau ingat kau Che Ta? Neelofa? 
Oh, rupa-rupanya hanya kak gerau propa. 
Terasa sedih.

Siapalah kita.
Sebulan menjadi penunggu, ketawanya bagai nak gila. Sebab itu orang tua-tua berkata jangan banyak ketawa, nanti menangis pula...
Sudah setahun menjadi penunggu, jiwa cepat terasa.
Dengar Fynn Jamal mendendangkan Arjuna Beta, berjojos-jojos air mata.

Ketika berjawatan tinggi, kita di pandang dan dipuji, (dipuji? ada ke? ada kot) setelah tidak berjawatan, tiada siapa pun yang peduli. 
Sambil tersedu-sedan aku cuba mengingat kembali jawatanku dulu... 

Tetapi 
 tangisanku semakin menggila kerana aku
kembali sedar, aku hanya kuli. 
Jawatan tinggi kebendanya!

Uwaaaaa...
Nyamanlah kak gerau propa,
Mimpikan yang indah saja...

Sudah-sudahlah gerau. 
 Orang yang dilanda banjir yang semua harta bendanya punah pun masih tabah dan redha dengan ujian Allah. 

Kalau setakat orang tak baca, nak bersedih-sedih...
Jangan nak mengada-ngada!
Disebabkan dulu tak berjawatan tinggi, sekarang kita susun balang tinggi-tinggi.
Puas hati.

Tujuan asalnya entri ini hanya untuk memberitahu bahawa sekarang kita ada jual
Jejari ketam. 
Itu sahaja. 
Jumpa lagi.

Wassalam.

Wednesday, December 24, 2014

Lelaki Sejati

Assalammualaikum...


Sepanjang hari langit menangis. Rajukan mentari lebih panjang panjang kali ini. 
Angin semilir yang dingin membawa rasa teringin menikmati soto. 
Menghirup sup panas-panas. 
Oh, nikmatnya!

Ada lebihan 6 kampit kecil nasi impit di dalam laci dapur. Jadilah. Ayam pun ada. Ada beberapa bahan yang tiada. 
Bergedil? Emm, tak payahlah, menggentel bergedil sahaja hanya menambah rembesan asid di kolon hingga ke rektum...(Mood biologi). 
Pedih dan lapar. 

"Adik, belikan mama barang-barang ini, " ujarku sambil menghulurkan secebis kertas pesanan kepada anak lelaki bongsuku.
1. daun sup sepokok
2. daun bawang sepokok
3. taugeh (2 genggam)
4. rempah sup sebungkus kecil...


Adik menyambut kertas tersebut tanpa sepatah kata. 
Aku menghulurkan RM10 kepada adik. 

Sepuluh minit kemudian...
Mana taugeh? Kenapa ada tauhu,"tanyaku kepada adik. 
"Mana ada mama suruh beli taugeh. Mama suruh beli tauhu segenggam kan,' jawab adik.Nadanya kali ini agak sedikit keras.

"Mama suruh beli taugeh segenggam. Tauhu mana boleh beli segenggam," jawabku.

"Itulah, hairan juga mama tulis beli tahu segenggam.. Tak apalah, lagi pun Nabil tak suka taugeh pun," jawab adik selamba. 

Ehhhh...Suka-suka hati saja. 
Banyak pula tauhu yang dibelinya. 
Ketika itu aku sedar, bahawa ciri-ciri lelaki sejati ada pada anakku...menganggap yang penting tidak sepenting mana...
Mak kagum nak.
 Ada hikmahnya. Tauhu akhirnya menjadi bergedil tauhu.

Saturday, November 22, 2014

Penunggu...

Assalammualaikum. 


Bulan ini cukup setahun kak gerau menjadi Penunggu.

Tunggu bang badang balik dari kerja, tunggu Dak Ahmad balik dari sekolah, dan tunggu Dak Zati dengan Dak Isya balik dari asrama.

Lebih 20 tahun bekerja.
 Ya. 

Lama benar.
Opis pun meluat tengok akak...

Akak?
Akak pun dah tak larat. Naik tangga ofis pun merangkak...
Sebelum mengesot baik blah.

Minggu-minggu awal bertaraf penunggu rumah, hari-hari berdansalah akak di rumah. 

Zumba? Salsa? Gelek?
Ha ha ha...
Boleh buat apa-apa sahaja yang akak suka.

Siapa ada kisah, akak seorang di rumah.
Ha ha ha...
Ha ha ha...

Tidur? Makan? Tengok Korea?
Bila-bila masa saja.

Siapa mahu marah?
Boss?
Ha ha ha...
Boleh jalan daaaa

Ha ha ha.....
Ha ha ha....

CCTV?
Pun dah tak ada...
Ha 
Ha
Ha...Ha
Ha
Ha.....
Banyak ketawa nampak?
Senang Hati Nampak?
Itu cerita minggu pertama Penunggu Rumah. 

Baru Minggu Pertama 
OK.

Letih.
Banyak sangat ketawa..


Kita tengok nanti apa cerita...
Ketawa laaa...
Suka sangat kan?
Ketawalah gerau...

Ketawa laaa...

Tuesday, November 18, 2014

Pindah rumah Banglo

Assalammualaikum...


Semalam, kak gerau makan berlaukkan Asam pedas ikan senangin bunting.
Sedap.
Bukan hendak riak ...
Ini pujian memotivasikan diri.
Sebagai usaha membangunkan cas-cas positif dalam badan supaya rajin memasak. 

Hmmm...
Sebelum ini tak rajin memasaklah ya?
Err...

Krik... Krik...

 Itu cerita semalam. 

Hari ini kita makan berlaukkan asam pedas senangin. 
Lagi?

Ya.
Tetapi asam pedas hari ini berbeza sedikit. Yang ini tiada terung kerana terungnya semua habis dimakan semalam.
Oh, lauk semalam?
Shhh...
Jangan beritahu sesiapa

Kita selalu juga buat macam ini sebab tahun depan kita mahu pindah rumah banglo.  
Jangan jeles.
He he he...

Jimat cermatkan amalan mulia.

Lagipun Ron 97 sudah naik 20 sen. 

Ehh?

Friday, November 14, 2014

Nasib baik kita "Cool"

Assalammualaikum...

Bulan Jun yang lalu. 
Kami menghantar Nur farisah anak kedua kak gerau ke Matrikulasi Kulim Kedah. 
Sudah lama sungguh tidak ke Kedah. 

Lebih 10 tahun. Itupun hanya lalu sahaja kerana hendak ke Langkawi.

Matrikulasi Kulim Kedah ini adalah di bawah MARA. 

Makanan sepanjang di sini adalah free. 
Lima sekali sehari. 
Makanlah banyak-banyak anak oooi. 
Selain itu, RM 100 akan diberikan setiap bulan sebagai duit kocek. 
Alhamdulillah. 
Bangunan sebelah kiri yang berbumbung biru itu adalah surau dan...
dan...
 Bangunan sebelah kanan yang ada penghadang hijau tu pula adalah tempat kepala akak terhantuk...

Ya...
Terhantuk. 

Konfiden Ok.
Bangun daripada tempat duduk terus merempuh penghadang hijau  dikk non oooi...
Gempa bumi sekejap tau...
Berpinar-pinar.
Bayangkan objek muatan berat merempuh benda pegun...
Bergegar!!
Yang Bestnya siap jerit lagi...
Adooooiiii!
Kuat kooo...
Penghadang hijau tu laaa..
Cisss...
Nasib baik tak berapa banyak orang...
Nampak? Tak berapa banyak orang kan..
Dan
nasib baik juga  kak gerau  ini 
"cool" orangnya.
Tak toleh kiri kanan, Kita pun terus jalan ke kafe...
Order 3 bungkus air milo  ais sekali...
Satu bungkus setengah kita sedut sorang-sorang.
"Cool" sangat kan.

Dari jauh kita nampak kak long gelakkan kita. 
Diamlah kak long!

Hu hu hu...
Tak banyak orang kebendanya...
Cool apanya...
Malu sangat...
Sakit sangat...
Kita tahan ajer tau..

Benci...!!
 Bang Badang pujuk kita, dia bawa kita pergi Tanjung Dawai...
Beli ikan pekasam 
dengan 
jalan-jalan tengok anak kambing baru tanggal tali pusat.
(kambing ni baru saja beranak sebab nak berdiri pun tak boleh lagi)

dengan jalan-jalan tengok bapak kambing macho lagi hensem...

Lepas tu kita ok. 

Tuesday, November 11, 2014

Cemerlang ke?

Assalammualaikum.

Orang Johor jarang-jarang masak pulut. 
Saya kira. 
Begitulah mak saya. 
Kami merasa pulut apabila  khatam quran atau 
kalau lulus cemerlang dalam peperiksaan. 

Seingat kak gerau, 4 kali sahaja mak masak pulut. 
3 kali sebab kami ada tiga orang adik-beradik dan sudah khatam Quran. 
Dan sekali tu sebab kita dapat nombor bagus dalam kelas 
Rasanya.
Ingat-ingat sengaja lupa.

Nombor berapa ek? 
Nombor 1 ke? 
Nombor 3 kot?
Eh, bukan-bukan, nombor 7 kot?
Ooo, salah, salah baru ingat, nombor 10 laaa...
Betullah...No 10...
Ya.Ya...Nombor 10.
Masa tu kita darjah 3

Nombor 10?
Cemerlang ke?

Cemerlanglah tu. 
Berilah muka sikit.
He he he.


Cara menanak pulut. 

Rendam pulut semalaman.
Kosek pulut, cuci, dan tos airnya.
Masuk ke dalam rice cooker dengan ukuran air se"level" dengan pulut.
Letakkan setengah kotak kecil santan, (berdasarkan pulut 4 mug) garam, dan sesudu makan minyak masak.