Pages

Tuesday, March 27, 2012

Botok-botok - Saya sangat Bengkak

Peperiksaan SRP Bahasa Malaysia - Kertas 2 

Tajuk- Hobi Emak Saya Memasak Lauk Kegemaran Saya

Adakah kamu tahu hobi emak saya? Kalau kamu hendak tahu, emak saya sangat suka memasak. Kalau saya balik ke kampung, pagi-pagi lagi emak saya sudah memasak.
Kebiasaannya, emak saya akan memasak lauk-lauk kegemaran saya. Lauk kegemaran saya ada beberapa jenis. 
Tetapi sebenarnya saya sangat suka semua lauk. 

Antara lauk kegemaran saya, termasuklah....

Botok-botok... 
Saya sangat suka botok-botok tetapi jarang memasaknya kerana susah. Emak saya akan berkata, tak mengapalah, biar dia sahaja yang masak. Lagipun hobinya memasak. Saya sangat terharu. 
Rakyat negeri Johor memang tahu makanan ini. Namun, ada juga rakyat Johor yang tidak tahu. Nasihat saya, sila jerit kuat-kuat... 
Saya  sangat Bengkak!

 Ini bukan lauk kegemaran saya. 
Tetapi emak saya masak juga. Sekarang saya sudah suka lauk ini juga. Ini ialah ikan pekasam goreng.
Ikan ini emak saya beli dari Kedah. Cerita sebenarnya bukanlah emak saya yang membelinya ada orang yang memberinya.

Asam pedas ialah lauk kegemaran saya nombor satu. 
Botok-botok tadi sebenarnya lauk kegemaran nombor 2 sahaja. 
Sejak dari kecil emak saya sudah beri saya makan asam pedas. Hari ahad emak saya akan masak asam pedas, hari isnin pula emak saya akan masak asam pedas tetapi pada hari selasa emak saya akan masak asam pedas juga. 

Sebenarnya hari-hari emak saya masak asam pedas. 
Menurut emak saya, orang Johor hari-hari mesti makan asam pedas.
Pada waktu itu saya hantukkan  anggukkan kepala saya sahaja. Saya  memang anak yang setia. 
Saya memang hantu asam pedas. Kalau tak dapat makan hidup saya seperti ada yang kurang. 
Seperti gosok gigi hanya menggunakan jari. 
dan 
lauk di bawah ini ialah kari.

 Ini lauk kegemaran saya yang nombor 5 yang emak saya masak untuk saya.
Saya minta maaf. 
Saya tipu di sini. Ini bukan untuk saya. 
Lauk ini untuk bang badang suami saya. Bang badang kata, hari-hari kari, hari-hari kari pun tidak mengapa. 
Nasib baik lauk ini adalah lauk kegemaran saya nombor 5 saja.
Memasak memang hobi yang baik. 
Sebab itulah hobi  emak saya ialah memasak. 
Bak kata pepatah, kalau dah masak Tentulah Penat.


Karangan ini adalah hasil nur terkilan saya sendiri yang tidak saya ciplak daripada mana-mana blog orang atau kucing. 

Harapan saya, cikgu yang memeriksa karangan saya ini memberi markah yang  tinggi kepada saya berdasarkan kepada lauk-pauk enak masakan emak saya dan bukan daripada tatabahasanya. 
Kasihanilah saya cikgu.

25 comments:

  1. cikgu akan bagi markah sebanyak 100 peratus atas karangan ini sebab cikgu suka semua lauk dalam karangan anda ini.Lauk no satu cikgu adalah ikan pekasam.lauk asam pedas pun no satu jugak.Sekian:)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. karangan adalah 2/10 je.. tapi sebab rupa ikan pekasam dgn asam pedas tadi bisa merobek hatiku, saya bagi10/10, heheheh

    ReplyDelete
  4. mesti ada banyak lagi lauk kegemaran kan? kalau 5, baru dapat 5 markah.. hehe

    ReplyDelete
  5. Heheee, klakar la kak;)

    kak sy org johor, x tahu botok2, kena jerit kuat kuat ke??heheheee, sat p tingkat 20 nk jerit..

    tapi, asam pedas, sure...hari2 x jemu makan....

    ReplyDelete
  6. kikiki klakar la =P

    botok2 xpenah dgr..makan lg la tak pernah..tp suka sangat asam pedas!

    ReplyDelete
  7. ikan pekasam tu ialah lauk kegemaran sy no 10 ;-)))

    ReplyDelete
  8. kalau sayalah cikgu yg kena bagi markah pd karangan ni, saya akan pengsan sedar pengsan sedar, pengsan lama sikit pas tu sedar semula. Terus pergi pasar cari daun pisang, ikan tenggiri, pucuk ubi, pucuk betik, daun selasih, daun kadok bla bla bla.. Lepas tu pi klinik ambil mc semata2 nak masak bendaalah ni. Nasib baik saya bukan cikgu... selamat.

    ReplyDelete
  9. As salam kak GG,

    Aduh lapornye perut cikgu nak menanda kertas kamu ni... Bagus bangat... bikin terliur sj... Cikgu bagi A dan bintang sekali tau! ************* hehehhehe...

    Kak, asam pedas, ikan pekasam mmg my fav! Lama tak mkn pekasam...alahai~

    ReplyDelete
  10. hehehehehe... kak gerau kak gerau, saya rasa nak tolong bacakan je posting ni kat mak kak gerau. aci tak? hehhehe

    ReplyDelete
  11. (Memang tgh gelak ni)...Ko tgk ler Kak Gerau, canerrrrrrrrrr ler aku tak gelak panjang2, tgk tajuk pon aku dah start gelak...haduhhhh caner ni tak kasik gelak. Kertas Penulisan yang amat memberangsangkan otak pemeriksa SRP. Boleh kasik dia gelak guling-guling sampai Kedah. (gelak yg tak pernah bermotip)...

    ReplyDelete
  12. entry lawaakkk....

    lauk no 1 tak pernah cuba..sedap kot no..

    pekasam, tau sedap tapi mck taklah gila talak dgn benda ni..

    (harap komen kali ni tak keluaq 3x)

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. kan dah kata keluaq 2x....apa pasal ye?

    ReplyDelete
  15. assalam
    cik manggis
    terima kasih cikgu...calit sikit

    ReplyDelete
  16. delancrett
    2 jer... penat ai karang tau...terbeliak-beliak mata tahan ngantuk

    ReplyDelete
  17. nur easy
    ini karangan srp...kena pendek tak lebih 180 patah kata...nanti jawab kertas spm kita tambah 5 lagi jenis lauk he he

    ReplyDelete
  18. aine:
    pandai...akak dengor ko jerit sampai sini...kata bengkak paling kuat dengornya ki ki

    ReplyDelete
  19. munna
    sedap dik oooi...tak payah lauk lain kalau dapat makan ni

    ReplyDelete
  20. sari:
    no 10? no 1 ape? pi tulis karangan ..tulis no lauk kegemaran saya no 1 yer.

    ReplyDelete
  21. sudipVs send
    ha ha ha....giliran akaq gelak dik oooi...ha ha haaaaaa sambung gelak. pandai autar haaa

    ReplyDelete
  22. marya:
    banyak bintang cikgu...cikgu sangat baik hati...

    ReplyDelete
  23. ijan:
    ada berani? mak akak inspektor kesihatan...jaga jaga cik salmah

    ReplyDelete
  24. abott
    Motip guling sampai kedah? Nak pi shopping pinggan mangkuk kat langkawi leee tu..

    ReplyDelete
  25. makcik K
    mak cik...ha ha ha...terlebih sudah...suka mak cik 3 kali...ha ha ha

    ReplyDelete