Pages

Monday, December 27, 2010

Indah

Ada tiga orang jer banyak orang, bertanya... balik Mekah tak ada cerita tentang Mekah ke? 
Hmmm... bukan tidak ada tapi terlalu banyak cerita, hingga tidak tahu untuk memulakannya yang mana... 
Apatah lagi di bumi yang penuh barakah...

Yang dapat saya gambarkan adalah...
Indah...

indah dalam ibadatnya
indah melalui ujiannya
indah pada ukhuwahnya
indah pada kesabarannya
indah pada kaabahnya
indah pada pengalamannya

Indah pada segala-galanya...
Indahnya sehingga menggamit kerinduan
untuk ke sana.
Merentasi Mina melewati Jamrah - Sungguh Indah
Kerana-Nya semuanya Indah.
Moga ziarahku pada kali ini bukanlah kali yang terakhir.
Aminnn

Saturday, December 25, 2010

43 hari...

Selama 43 hari...


Tengok tidak
cium tak dapat
cuit lagilah payah
pegang apatah lagi
merasa? harammmm


Tahan ajer laa...
istigfar banyak-banyak (astagfirullahalazim)
bukan lama nooooo
Tu la... sib baik kak gerau ni sabar.


43 hari ...
Tapi...Lama benor rasanya...
Dalam perjalanan balik...
Lambat sangat rasanya nak sampai
Dreber Kapal terbang bawak selow bebenor.


Suruh gak bang badang ganti drive...
Bang badang kata... Sabar!!!


Kak gerau yang merasa...
Kak gerau yang merana
Turun tangga kapal terbang pun lemak lemah  longlai...
Errr... mana ada turun tangga... he he he...


Sampai jer
Tak tunggu lagi...
Eh, Anak kat kampungkan?
Bila nak amik?
Nanti !!!!kemudian amik...
Ni mestii pekena dulu....


AAAAAAAAsam PeeeeeDaaaassssss 


Wuaaaaa.....sambil makan menangis kak gerau .. lepas tu...Legaaaaa 
Puas... Sedappppppp tak terkata. Inilah 43 harinya yang kak gerau tak dapat. 

Ni bang badang punya... rondang korangnya pun sodap...
   Inilah restorannya. Restoran Sekinchan ikan Bakar.Tapi ikan bakarnya belum sempat rasa... Banyak orang kata sedap... 

 Yang bestnya,restoran ni, lepas makan dia beri cenderamata...lampu pam yang banyak sangkut-sangkut tu...ikut suka nak bawak balik yang mana satu... 

 tapi kak gerau tak nak... dapat makan asam pedas pun dah syukur... tanya gak kat budak baju oren tu...Pinggan banyak-banyak boleh kasi bawak balik satu? dia tak kasi pulak....
he he he... lampu pam tu kak gerau tipu jer...tipu main-main tak dosakan.

 Air wajib... 
 Paru sambal pun terangkat....sedap. Restoran ni di Kota Damansara...betul-betul depan pasaraya gian

Memang rindu sangat asam pedas dengan nasi lemak bungkus daun pisang...
Alhamdulillah...


Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kak gerau dan bang badang...Hanya Allah yang membalasnya. 

Saturday, December 18, 2010

Melepaskan rindu

Assalammualaikum,
Alhamdulillah bertemu kembali...


Mendarat....lepaslah rindu.

Tuesday, October 5, 2010

...buat seketika

Assalammualaikum...
Lama benar nampaknya kak gerau tak bermuka-muka bersua muka di blog ini...Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini apa-apa sahaja yang dicoretkan semuanya tidak menjadi...
Mungkin ini petanda, kak gerau perlu berundur diri buat seketika...
Moga pengunduran sementara ini, membawa manfaat kepada kak gerau dan semua rakan-rakan blog.
Tentu sekali kak gerau akan merindui kalian semua.
InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.
Maaf kak gerau pinta dari hujung rambut hingga ke hujung tumit jika dalam bicara dan gurauan kak gerau di sesawang ini pernah mengguris hati kalian.
Semua yang buruk itu adalah daripada kak gerau insan yang lemah dan yang baik itu, semuanya daripada Allah. 
Kak gerau mohon rakan-rakan semua mendoakan yang terbaik untuk kak gerau...Moga apa yang kak gerau akan lakukan ini mendapat keberkatan, kerahmatan, dan kecintaan daripada Allah S.W.T .InsyaAllah...
 
Inilah Permata-permata hati kak gerau yang juga akan kak gerau tinggalkan buat seketika...

 Nur Izzati
 Nur Farisah
 Ahmad Nabil Amsyar (bantal peluk mama dan ayah)

Kalian adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat mama dan ayah.
Pesanan mama, 
Jadilah kalian anak-anak yang berakhlak mulia seperti Rasulullah. InsyaAllah anak-anak akan dicintai Allah.
Untuk kak long, mama amanahkan kak long untuk menjaga adik-adik buat seketika. Mama tahu, amanah ini berat untuk dipikul oleh kak long, tapi, percayalah apa yang kak long lakukan ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

Mama doakan moga anak-anak mama senantiasa berada di dalam perlindungan dan peliharaan Allah. Amin...

Wednesday, September 15, 2010

Pagar Runtuh

Setelah sebulan berpuasa,
Kak gerau berdoa agar  diri menjadi lebih baik
Mengharapkan darjah kesabaran setaraf ahli sufi

Setelah Tiga Hari Raya

Aku, kakakku, emakku, membeli ku ku ku kukkkk di pasar  dengan hati yang sangat gumbira. 

TeTiba, adalah seorang kakak ( yang pagar gigi  hadapannya sudah banyak runtuh) menegur emakku…

Kakak pagar runtuh : Selamat Hari Raya Mak Jah…
Emakku: Selamat Hari Raya….Eh…Su  ni yer…dah lama tak jumpa.
Kakak Pagar runtuh: Ni sapa…(sambil menudingkan jarinya ke arah aku)
Emakku: Ini Ai…(aku tersenyum sambil bersalaman dengan Su yang entah sapa)  
Kakak Pagar Runtuh: Ai ke ni? Eh, Macam mana badan  ko boleh besor macam ni? (sambil menepuk lenganku yang memang besar kah kah kah)
Aku: …Kak, OOOOooooo Kak...Saya tak ler kenal sangat akak tapi, meh sini saya nak cakap....Badan saya besor sebab gigi saya tak runtuh macam gigi akak...
Benda liat, keras,  kejung, semua saya boleh makan...Akak? Boleh? Daripada akak cakap menyakitkan hati orang, lebih baik akak perbetulkan gigi, supaya ada filter bila bercakap.  Wah!!! panjangnya jawab.

(Boleh jawab cam tu? atau ada ayat lain yang lebih sopan yang menunjukkan kesabaran ahkak masih teguh seteguh gigi ahkak?)

Ko jawab macam tu gerau? 
he he he…idak ler…tak baik...kak gerau masih lagi tahu adab sopan ketika bertemu dengan kenalan dan saudara mara sempena syawal yang mulia….

Orang seperti kakak pagar runtuh itu boleh diumpamakan seperti orang yang makan dalam  periuk.
Manakala orang yang beradab  adalah orang yang makan dalam pinggan ketika hari raya...
Ingatlah perumpamaan ini ketika bertemu dengan orang yang semacam ini pada hari raya.
he he he...
Juadah hari raya...ini tahun...makan nasi beryani...
Akhir kata...Saya maafkan kakak...Heh.

Monday, September 6, 2010

Asah Kuku

 Babak 1: (UMUM: komedi sinis)
Gerau: Helo, adik,adik,  panggil ayah.
Kentang: Ayah driving…dia suruh orang yang cakap ngan mama…
Gerau: Cakap ngan ayah, ma balik lambat hari ni…
Kentang: Kenapa? Tak nak masak ler yer (eh...kalah bang badang…kooo yaa)
Gerau: Ma nak pi buat facial la…untuk hari raya
Kentang: Buat facial? Ma boleh jadi cantik ke lepas buat facial?
Gerau: Mestilah!!! (banyak songeh pulak)…Pesan kat ayah tau!!



Babak 2 (Untuk penonton di atas umur 17 tahun)

Nampaknya raya nak dekat...sedihlah pulak nak tinggalkan ramadhan...tapi itu lumrahkan...


Sekarang semua sibuk nak balik kampung. Kak gerau pun. 
Tahun ni, tak payah asah-asah kuku, cakar-cakar rimau kat bang badang, AUUUmmmmm ...

SSebab...
Sebab tahun ni  
Balik Gaya  Johor....he he he he....ha haaaaaaa  hu hu hu...he he he...kuang kuang kuang kuang...uwah wah wah....
(Babak yang langsung tiada kaitan dengan babak 1 ) 
Ini juadah belum raya,
Selamat Hari Raya;
Jika ada yang tak kena gaya,
Maafkanlah saya. 


Wednesday, September 1, 2010

Tipu lagi

Kak gerau dah cakap dah ,,,roti berger poket ni memang sedap....Korang tak caya...Kak gerau sorang jer caya...
Tengok...kak gerauu buat lagi...buat lebih sikit sebab semua cakap nak makan lebih banyak daripada hari tu...jiran-jiran 40 pintu belah kanan ngan 40 pintu belah kiri pun mintak lagi...(tipu lagi...Hari tu dah tipu...ni tipu lagi...Tak per ker bulan posa tipu 2 kali?)

Roti yang baru diisi inti
Roti yang telah di goreng ngan telurnya...

Udang Goreng berbedak kari
Buat ratah jer... 

Tazkirah: Jangan tergoda!! (Sila tutup mata atau tengok blog selepas waktu berbuka jika rasa tergoda - Tergoda ke?) . Gambar-gambar  ini dipaparkan bukan dengan niat untuk menggoda...hanya sebagai panduan untuk berbuka posa nanti....
Ceh!!!.... Keji cara baik