Pages

Saturday, January 15, 2011

"Telur Asin Arab"


Hari Pertama ...di Republic Saudi Arabia  
Sarapan: Nasi lemak.
Tempat: KafeTakRia
Watak: Mak cik 1, 2,

Mak cik 1: Eh, eh, kat Arab pun ada telur asin...
Mak Cik 2:Pandai Arab cari telur itik buat telur asin yer?
Mak Cik 1: Pisau tak der pulak nak dibelah...
Mak Cik 2: Bawak balik bilik jer ler...makan dengan nasi lemak tak sedap... Simpan makan nanti dengan lauk lain.
Kak gerau: (di dalam hati) Telur Asin? Itik? Kat Arab? Pisau? Belah?


Hari Kedua
Mak cik 1: Mati-matilah kita ingat Telur Asin Arab.  Rupa-rupanya telur Ayam Arab, memang warna Putih yer? 
Mak Cik 2: Beriya-iyalah kita membelahnya... 


Hehe he... suka kita kawan ngan mak cik-mak cik ni... 
"Telur Ayam Arab yang telah diasinkan oleh mak cik-mak cik itew" 
Setelah direbus 3/4 masak . Kak gerau campak jer dalam kettle kat bilik... Untuk brekpes,  seminggu 3 kali I makan ngan abang badang U. Makan dengan kicap Indon Cap Enak. 
Sedap!!

Wednesday, January 5, 2011

Hantu Kak Limah Cekik

Hari tu mak kita ada buat kenduri doa selamat. Melompat-lompat mampu lompat ke? kita tengok makanan yang mak kita order... semua peberet kita. Tapi kita makan tambah 3 kali tak tambah pun sebab penat tengok layan orang datang. Lagipun kita buat-buat sibuk sibuk keluar masuk umah .... peluh-peluh kita. Semua orang datang kesian kat kita berpeluh sebab panas penat.
Nasi beryani.


Beryani kambing berlopakkan minyak.. tapi...errrrgggghhh Sedap.  Meraung Tokey Syed Bistro kalau dapat makan beryani ni...
Ayam MM... setahu saya ini peberet si Deris...alaaa... KOG punya lokong maaaa...Tapi diaorang tak datang pun...

Beryani lembu

Pencuk air tangan kakak kita.
Sunkiss bapak kita potong... Dia sangatlah kerek dengan hasil potongannya itu...
Pelabgai jenis kuih. Antaranya Tako, kuih bakar, kuih talam berlauk, kek coklat, kuih koci labu, dan karipap. Hanya kuih tako yang sempat berposing... kuih lain sibuk di dapur.  


Kenduri kali ni mak kita kasi buah tangan untuk tetamu. Yang pompuan kek gulung ngan kek marmar. 
Tolong abaikan beg plastik  putih jiran saya...


Yang lelaki diberi kain pelikat la la la la. 
Kain pelekat tak der dalam ini gambar sebab masa kasik tu, terus suruh diorang pakai...dan mereka pakai untuk menjaga hati tuan rumah. Boleh?


Kenduri ni mak buat secara bufet. Cuma yang sadisnya... kami nampak buat-buat tak nampak  kak toooot, mak cik tooooot dan yang seangkatan dengannya berebut-rebut bersopan santun membungkus kuih muih berlayed-layed lagi dengan menggunakan pinggan kertas untuk dibawa balik semasa majlis kenduri sedang berlangsung... fahami frasa yang bergaris. sedang berlangsung.  
Kalau Hantu Kak Limah nampak, mesti diaorang ni mencekik kena cekik-cekik kan... 


Tapi kitaorang tuan rumah hanya terharu terjerit- jerit tengok adegan berani mati tu sambil mengucapkan tahniah atas keberanian mereka. Terharu sebab, kalau tak sedap, mesti diaorang tak bungkus bawa balik kan.
Korang mampu ?...kui... kui... kui...
Kami redha... doa kami, moga mereka betul-betul kenyang...Alhamdulillah makanan cukup.
Tapi... kat umah orang lain jangan buat peel lagu tu noooo... malu ehhhh.



Satu-satunya menantu rajin yang pandai mengampu mengambil hati mak mentua. kui kui kui...dak ehhhh... tu ikhlas tu...berpeluh-peluh bang badang buat kerja tau. 


Saturday, January 1, 2011

Azam 2011


Azam

Dulu, kecik-kecik, tahun baru ajer, mesti orang tanya Azam
Apa azam awak? Bosan kan. Dalam kelas kak gerau dulu ada budak lelaki nama Nor Azam... mesti dia lagi tension, bukan tahun baru pun orang tanya dia. 
 Jawapan akak biasanya... Nak dapat nombor 1. Sebab setiap tahun dapat nombor 22, 12, 32, 2. Mak senyum ajer dengor... padahal, setiap hari setiap hari ke? main-main belajar pun tak dapat nombor satu.... Kesian mak, mesti suka kalau kita dapat nombor 1.

Tapi awal tahun ni, kita nak ber azam la... (Wah, dah moden)


Azam 1-1-2011

Saya berazam....
nak
nak
nak
nak
nak 
makan nasi arab...

Cam nasi arab kat Madinah Al-Munawwarah ni. Berasnya fanjang-fanjang.
Azam gak kan...

Kalau tak dapat nasi arab, nasi beryani pun jadilah ...

Tapi,,, tak nak beryani ciput macam ni.. Lepas tu... Cakap ber yani tapi kasi nasi ber kunyit .
Lepas fusing funya fusing, sampai fening.... 


tercapai jugak azam kita... dapat beryani ... 
Alhamdulillah.... 
tapi beryani Mamaklah fulak... di Al Syed Al Bistro Shah Alam lah... 
Ok aper... tak dapat arab, mamak pun jadilah.... Beras fanjang-fanjang... ayam kedabak, nasi selambak... I like...


Yang penting setiap hari kita mesti berazam...macam kak gerau ... Citt! 
Bukan hanya tahun baru, baru nak berazam. 

Monday, December 27, 2010

Indah

Ada tiga orang jer banyak orang, bertanya... balik Mekah tak ada cerita tentang Mekah ke? 
Hmmm... bukan tidak ada tapi terlalu banyak cerita, hingga tidak tahu untuk memulakannya yang mana... 
Apatah lagi di bumi yang penuh barakah...

Yang dapat saya gambarkan adalah...
Indah...

indah dalam ibadatnya
indah melalui ujiannya
indah pada ukhuwahnya
indah pada kesabarannya
indah pada kaabahnya
indah pada pengalamannya

Indah pada segala-galanya...
Indahnya sehingga menggamit kerinduan
untuk ke sana.
Merentasi Mina melewati Jamrah - Sungguh Indah
Kerana-Nya semuanya Indah.
Moga ziarahku pada kali ini bukanlah kali yang terakhir.
Aminnn

Saturday, December 25, 2010

43 hari...

Selama 43 hari...


Tengok tidak
cium tak dapat
cuit lagilah payah
pegang apatah lagi
merasa? harammmm


Tahan ajer laa...
istigfar banyak-banyak (astagfirullahalazim)
bukan lama nooooo
Tu la... sib baik kak gerau ni sabar.


43 hari ...
Tapi...Lama benor rasanya...
Dalam perjalanan balik...
Lambat sangat rasanya nak sampai
Dreber Kapal terbang bawak selow bebenor.


Suruh gak bang badang ganti drive...
Bang badang kata... Sabar!!!


Kak gerau yang merasa...
Kak gerau yang merana
Turun tangga kapal terbang pun lemak lemah  longlai...
Errr... mana ada turun tangga... he he he...


Sampai jer
Tak tunggu lagi...
Eh, Anak kat kampungkan?
Bila nak amik?
Nanti !!!!kemudian amik...
Ni mestii pekena dulu....


AAAAAAAAsam PeeeeeDaaaassssss 


Wuaaaaa.....sambil makan menangis kak gerau .. lepas tu...Legaaaaa 
Puas... Sedappppppp tak terkata. Inilah 43 harinya yang kak gerau tak dapat. 

Ni bang badang punya... rondang korangnya pun sodap...
   Inilah restorannya. Restoran Sekinchan ikan Bakar.Tapi ikan bakarnya belum sempat rasa... Banyak orang kata sedap... 

 Yang bestnya,restoran ni, lepas makan dia beri cenderamata...lampu pam yang banyak sangkut-sangkut tu...ikut suka nak bawak balik yang mana satu... 

 tapi kak gerau tak nak... dapat makan asam pedas pun dah syukur... tanya gak kat budak baju oren tu...Pinggan banyak-banyak boleh kasi bawak balik satu? dia tak kasi pulak....
he he he... lampu pam tu kak gerau tipu jer...tipu main-main tak dosakan.

 Air wajib... 
 Paru sambal pun terangkat....sedap. Restoran ni di Kota Damansara...betul-betul depan pasaraya gian

Memang rindu sangat asam pedas dengan nasi lemak bungkus daun pisang...
Alhamdulillah...


Alhamdulillah, segala urusan telah dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih kepada rakan-rakan yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan kak gerau dan bang badang...Hanya Allah yang membalasnya. 

Saturday, December 18, 2010

Melepaskan rindu

Assalammualaikum,
Alhamdulillah bertemu kembali...


Mendarat....lepaslah rindu.

Tuesday, October 5, 2010

...buat seketika

Assalammualaikum...
Lama benar nampaknya kak gerau tak bermuka-muka bersua muka di blog ini...Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini apa-apa sahaja yang dicoretkan semuanya tidak menjadi...
Mungkin ini petanda, kak gerau perlu berundur diri buat seketika...
Moga pengunduran sementara ini, membawa manfaat kepada kak gerau dan semua rakan-rakan blog.
Tentu sekali kak gerau akan merindui kalian semua.
InsyaAllah, kita akan bertemu lagi.
Maaf kak gerau pinta dari hujung rambut hingga ke hujung tumit jika dalam bicara dan gurauan kak gerau di sesawang ini pernah mengguris hati kalian.
Semua yang buruk itu adalah daripada kak gerau insan yang lemah dan yang baik itu, semuanya daripada Allah. 
Kak gerau mohon rakan-rakan semua mendoakan yang terbaik untuk kak gerau...Moga apa yang kak gerau akan lakukan ini mendapat keberkatan, kerahmatan, dan kecintaan daripada Allah S.W.T .InsyaAllah...
 
Inilah Permata-permata hati kak gerau yang juga akan kak gerau tinggalkan buat seketika...

 Nur Izzati
 Nur Farisah
 Ahmad Nabil Amsyar (bantal peluk mama dan ayah)

Kalian adalah anugerah Allah yang tidak ternilai buat mama dan ayah.
Pesanan mama, 
Jadilah kalian anak-anak yang berakhlak mulia seperti Rasulullah. InsyaAllah anak-anak akan dicintai Allah.
Untuk kak long, mama amanahkan kak long untuk menjaga adik-adik buat seketika. Mama tahu, amanah ini berat untuk dipikul oleh kak long, tapi, percayalah apa yang kak long lakukan ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah.

Mama doakan moga anak-anak mama senantiasa berada di dalam perlindungan dan peliharaan Allah. Amin...