Makan Malam terakhir kami di Bandung agak lewat. Keluar dari Hotel tidaklah lambat. Hujan pula renyai-renyai bagai menyapa mengapa kami tak nak pulang-pulang. Menyampah Sedih agaknya. Entah apa silapnya. Ke restoran yang pertama, semua lauknya sudah habis. Makanya Pak Dudi menelefon sebuah restoran lain untuk membuat tempahan awal. Dan kami dibawa ke sini....yang menghidangkan makanan kesukaan kami ketika di sini, makanan Sunda.
Karamba Bistro...
Kalau di Sabah tentunya tempat ini sudah lama tenggelam...
Karam baaaa...
Kedudukannya di kawasan rumah-rumah banglo di sekitar Bandung.
Setibanya kami di sana, kami datangi seorang pelayan wanita lalu bertanya kepada kami.
"Bapak mahu otak-otak Bandung?"
"Tak apa..." jawab Bang Badang mesra, amboi amboi amboii endah tak endah .
"Dirasai dulu Pak, belum cuba belum tahu," balasnya manja bebiasa jer.
Otak-otak Bandung beserta cicahnya.
Otak-otaknya berbeza daripada otak-otak kita. Rupanya seperti pulut panggang.
Dibuat daripada ikan tenggiri.
Maka rasalah kami 1.......2....3....dan sehingga habis kami merasa....
barulah kami dapat membuat kesimpulan, rasanya samalah seperti keropok lekor.
Seperti biasa, ayam penyet ..hiasannya menggunakan daun selasih layu....lain daripada yang lain.
Rasa sambal....Kelasssssz
Ikan kaloi Masakan Tak Sempat Tanya Nama. Nampaknya seperti ikan digoreng yang disimbah dengan acar timun .
Rupa Tak semenggah, tapi sedap pula rasanya.
Cucur bawang.
Ala-ala bingai ajer, kalau di Malaysia, makan cucur bawang dengan nasi.
Tetapi di sini, segalanya mungkin...
Sedap juga...
Kemestian di Bandung.
Motif?
Tetiba jer cerita makan kat Bandung...?
Nampak sangat cuti panjang....
ter marinate kat umahku yang bertongkang pecah indah permai
Tak ader tempat nak berjimba.
Banyak kerja tak nak buat
Tak ader kerja nak dibuat...
Bergebang ajer leeee...