Abah tak pernah masuk hospital.
Kalau sakit, abah pergi klinik ajer.
Tapi, jumaat lepas mak telefon, cakap, abah masuk hospital Pontian. Abah bawa kereta sendiri, menyerah diri ke hospital.
Kalau tak betul-betul sakit, abah takkan pergi hospital...
Hidung abah dimasukkan tiub. Dah 2 botol air disalurkan ke badan abah juga.
Kesian abah.
Perut abah kembung. Keras. Tak boleh buang semua. Tak boleh buang air besar, tak boleh buang angin...dari mana-mana saluran pun.
Selama seminggu.
Kalau dah tak boleh buang kekotoran dalam badan, pasti sakitkan...
3 hari di hospital daerah, tiada apa-apa perubahan. Tak tahu punca abah tak buang air.
Dr kata, lagi 2 hari kalau tak ada perubahan, dia akan rujuk ke hospital Johor Bahru...
Lagi 2 hari???
Emmm...
(hospital pakar damansara tingkat 5 - sebelum membuat endoscopy - sebelum ke hospital sempat tanya: Ok tak abah pakai baju ni?tetap nak bergaya walaupun sakit..itulah abah...)
Akhirnya kami bersetuju membawa abah ke Hospital Pakar Damansara.
Abah tak nak.
Abah kata mahal.
Mak kata mahal.
Kami cakap, janganlah risau...Kami akan usahakan
Insyaallah.
Lagipun adik kak gerau, nurse montel ni kerja kat sini. Dia boleh tolong uruskan...Kesian juga kat dia... semalam dia kerja malam, tapi pagi esoknya dengan tak tidur, dia uruskan abah ditambah dengan keadaan mengandung...
Alhamdulillah, urusan menjadi lebih cepat.
Sementara tunggu abah buat endoscopy, kami round-round tingkat 5 - ward baru kanak-kanak.
Cantik gilerrr.
Nasib baik dah tua dewasa...kalau tak, sure kak gerau buat-buat sakit perut mintak masuk wad ni...
Tapi hergerrrnya???
Emmmm,
Untunglah kalau orang banyak duit...
Kalau orang banyak gebang macam kak gerau, banyak duitnya kan best!
Gebang jer,,,bertabur duit keluar...
Gebang jer,,,menyembur duit keluar
Syiok Kannn?
Gerau kaya! Gerau Kaya!
Yer leeeerr
Kayalah Sanggatttt!!!
Anak saudara sulung kak gerau, bercuti semata-mata nak teman atuk n mak wa.
Bilik wad
Dr kata, perut abah dah kena infection. Kalau tunggu lagi lama, infection makin teruk. Nasib baik cepat bawa abah ke sini.
Alhamdulillah,
...selepas pemeriksaan , antibiotik dan ubat, selepas 4 hari, abah dah sihat.
Tak sabar-sabar nak balik kampung,
Rindu kucing katanya...
Emmm
Janji abah bahagia.
We love U abah.






