Pages

Thursday, October 4, 2012

Berbumbungkan langit Mudzalifah

Bagi kak gerau, antara cabaran yang paling besar ketika mengerjakan haji, adalah ketika di Mudzalifah...
Selepas maghrib, kami bertolak dari Arafah ke Mudzalifah...sebelum bertolak, kak gerau agak lemah sebab buang-buang air...lepas makan ubat, redalah sikit...
Dari Arafah ke Mudzalifah dekat sahaja. Alhamdulillah saya dapat duduk di dalam bas...
Saya tak berapa ingat berapa minit dari Arafah ke Mudzalifah...tetapi memang dekat...
Setelah sampai kami duduk di kawasan maktab 78 yang telah ditetapkan...
Kami memilih untuk duduk berdekatan dengan tandas...
Beginilah keadaan di Mudzalifah...
 Di sini, di Mudzalifah, kita dapat merasakan bahawa hamba Allah adalah sama, kaya, miskin, kuat, lemah, semuanya sama di sisi Allah...
Ketika sampai, pemandangan ketika itu, tiada apa-apa...yang ada hanyalah bukit-bukit batu, dan lautan manusia yang memakai pakaian berwarna putih. Berbumbungkan langit dan berlantaikan tikar yang dihampar di atas tanah mudzalifah yang berbatu-batu...
 Memungut batu - pastikan batu yang dipungut adalah anak-anak batu...bukan atok batu...dan berhati-hati, kekadang yang dipungut bukanlah batu tetapi seperti serpihan simen yang apabila diketuk akan berderai...
Dengar-dengar katanya tahi unta dan kibas pun ada...tak tahulah betul atau tidak...
Kebanyakan gambar yang diambil di mudzalifah memang ada seperti bintik-bintik air. Mungkin hal ini disebabkan mudzalifah adalah tanah lapang yang luas yang tiada pokok. Cuba perhatikan gambar 1, 2 dan 3 yang paling banyak.
Selain berdoa dan membaca al-Quran, kebanyakan jemaah akan tidur di sini kerana keletihan disebabkan di Arafah juga mereka tidak tidur. 
Disebabkan badan sudah masuk angin dan sakit-sakit, kak gerau tak dapat melelapkan mata pun...
Hal ini menyebabkan keletihan semakin bertambah...
Disebabkan kak gerau agak lemah, bang badanglah  yang memungut batu. 
Sebab jemaah yang terlalu ramai, agak payah juga untuk memungut batu...

Perut terasa lapar tetapi nak makan pun takut...bimbang kalau buang air lagi.
Kak gerau hanya minum air zam-zam sahaja. 
Selepas bermabit di mudzalifah, dan sesudah boleh meninggalkan mudzalifah, bas-bas untuk mengangkut jemaah ke Mina mula berpusu-pusu datang. 

Masa inilah pelbagai kejadian yang kak gerau nampak.
Dalam keadaan jemaah yang sesak, keletihan, banyak jemaah yang mula marah-marah. Terutama apabila bas lambat sampai. 
Petugas tabung haji juga marah-marah...
Kami terpaksa beratur selama 2 jam untuk menunggu giliran menaiki bas...
Waktu ini, kak gerau berserah sahaja kepada Allah, dengan keadaan yang letih dan kurang sihat...kak gerau berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk meneruskan jihad...
Alhamdulillah, kami dapat menaiki bas dan meninggalkan mudzalifah ketika hampir subuh...dan kami tidak sempat bersolat subuh di mudzalifah....tetapi bersolat subuh di Mina.
Alhamdulillah.

Yang kak gerau dengar, dua orang jemaah lelaki  yang telah berusia telah meninggalkan Mudzalifah dengan berjalan kaki sahaja untuk ke Mina...
dan mereka tidak sampai-sampai ke Mina, sehingga waktu zuhor.
Akhirnya mereka ditemui di terowong menuju ke Makkah dalam keadaan keletihan yang teramat sangat dan tidak terurus...
Alhamdulillah...mereka selamat...

6 comments:

  1. Berjalan kaki, kesiannye... Nasib baik xde apa2... Mungkin kesan rintik2 air tu disebabkan cuaca kot kan kak :))

    ReplyDelete
  2. Anonymous5/10/12

    Assalam kak gerau, dalam perjalanan dari arafah ke mudzalifah pun sudah ada jemaah yang marah-marah, berebut-rebut naik bas dan marahkan sistem tabung haji. Takut saya, dan berikan laluan,lantas turun bas dan naik bas yang kemudian.Antara arafah, mudzalifah dan mina, tak payah berebut-rebut naik bas kerana destinasinya adalah sama.Cuma bila kita sampai di Mina terus cari khemah tabung haji dan maklumkan dari maktab berapa. Petugas TH akan tunjukan khemah kita. tetapi dari Mina hendak balik semula ke Makkah kenalah ikut no bas masing-masing sebab hotel-hotel kita lain-lain jaraknya. Sekadar berkongsi. Terima kasih kak gerau atas perkongsian ini, mengembalikan semula nostalgia.

    ReplyDelete
  3. Kesian Kak Gerau tak sihat masa tu. Titik2 bak air tu, ada kita baca kat blog yg mana tak igt, mengatakan mungkinkan para malaikat turun dari langit...wallahua'lam. Kesahihannya tiada siapa yang boleh pastikan. Sedih baca kesihatan kak Gerau..

    ReplyDelete