Pages

Sunday, October 7, 2012

Jamrah: Nenek Pegang isteri saya

Maktab kami diarahkan untuk melontar di Jamratul Aqabah pada waktu malam...
Itulah jadual yang dikeluarkan oleh Pihak Arab Saudi bagi rakyat Malaysia.
Oleh sebab ini adalah lontaran yang pertama, kami mengikut arahan Tabung Haji. 
Namun ada jemaah yang pergi awal kerana merebut waktu afdhal, pegawai tabung haji mengingatkan kepada sesiapa yang pergi awal perlu menanggung risiko sendiri kerana walaupun waktu afdhal,waktu inilah jutaan jemaah dari negara lain berpusu-pusu ke jamrat...
Waktu pagi hingga tengahari paling ramai.
Terowong muazzim.
Dan faham-faham ajerlaaa sebab jemaah negara lain ini dia tak kisah...janji selesai haji, aktiviti himpit-menghimpitdan rempuh-merempuh adalah aktiviti biasa...
Gambar atas tu adalah terowong muazzim.
Tidak begitu padat kerana waktu itu malam. Semua tentu sudah maklum...terowong muazzim sekarang ada 2 arah, Arah pergi dan arah balik. Jadi, hal ini membuatkan jemaah yang pergi tidak bertembung dengan jemaah yang balik dari melontar...
Lebih selamat...Insyaallah. 
Salah seorang jemaah haji yang dalam kumpulan kami adalah jururawat yang pernah bertugas ketika tragedi rempuhan di terowong ini yang menyebabkan beribu jemaah meninggal  pada 1990...
Dan beliau masih trauma lagi dengan tragedi itu.
Ketika melontar...boleh melontar depan-depan...alhamdulillah.
Semasa kak gerau nak ke jamrat, 6 orang  rakan jemaah perempuan yang tidak datang bersama suami atau saudara lelaki minta izin daripada kak gerau dan bang badang untuk pergi bersama -sama...

"Ada orang lelaki, tak bimbang sangat" katanya...
Kira cam ketua darjah lak bang badang...
he he he
Kumpulan kami
Ketika berjalan, kak gerau akan pegang tangan bang badang, takut terlepas dan sesat. Sesekali bang badang toleh ke belakang...
"Ma...pastikan semua ada dalam kumpulan, kesian pulak kalau terpisah"
Dan setiap hari nak pergi melontar, memang kak gerau ajak mereka...
Mereka pun, sikit-sikit tanya..."Nak pergi cakap yer dik". Nak pergi cakap kat achik yer"
Yer...laaa....yer laaa....
Sat lagi...lepas satu jam tanya lagi...
Kalau kak gerau bangun nak lurus-luruskan badan atau bangun nak ke tandas pun diaorang tanya...
"Dah nak pergi ke?"
he he he
Takut sangat kena tinggal...
Dan...
Dan sebenarnya seronok sangat dapat jalan bersama-sama.
Kami pun jadi rapat.
Luas dan besar kan jamrah...Sekarang jamrah 5 tingkat..ini tingkat 2 rasanya...lupa pulak
Dan...
pada hari pertama, hendak melontar juga  tiba-tiba seorang nenek entah mana datangnya yang berloghat Kelantan berumur 80 lebih tiba-tiba pegang baju bang badang.
Dia cakap sesuatu kat bang badang.
Bang badang telinganya memang mesra kelantan sebab rakan-rakannya banyak kelantan.
Kak gerau tak berapa nak faham lenggok kelantan...
Lagipun orang tua cakap kan kekadang tak berapa terang...
Ceh ceh ceh...
sebenarnya telinga kak gerau yang bermasalah...
he he he
Bang badang terus cakap kat nenek tu.
"Nenek pegang isteri saya yer...pegang kuat-kuat..."
"Nenek ni takut sesat...dia suruh ayah jaga dia. Ma pegang dia...jangan lepas kan dia" kata bang badang tanpa sempat kak gerau apa-apa..
Kak gerau pun angguk ajer laaa...
Nenek tu terus pegang tangan kak gerau kuat-kuat...KUAT-KUAT betul-betullll KUAT uuu...
he he he...
Masa melontar bang badang kirakan batu nenek tu dan kasi dia sebiji-sebiji suruh dia lontar...setiap kali kasi batu,bang badang cakap kua-kuat  kat dia..
"Satu" "dua" sampai "tujuh" supaya dia rasa yakin..
Jealous I tau...
Kak gerau pun suruh bang badang buat macam tu kat kak gerau....
ha ha ha...
tak der laaa
Sebab tangan kak gerau dah berbekas dek pegangan nenek tu, waktu balik kak gerau suruh dia pegang telekung kak gerau...
Dan KUAT jugak dia pegang, sampai senget badan kak gerau...
Memang nenek tu kuat. Sedangkan dia dah bongkok 4 dah.
Masa balik Kak gerau dah mengah...
Nenek tu mengah sikit jerrr.
Hari kedua, kami tak jumpa nenek tu...Ada juga cari tapi tak jumpa.
yerrrr...kita cari laaa...tapi dia tak ader dalam khemah masa kita nak pi melontar.
Kedudukan jamratul aqabah...paling hujung.
Pada hari pertama melontar, jamrah Ula dan jamrah Wusta akan dikepung dengan tali penghadang belang-belang merah sebab ada insiden jemaah terlontar kat jamrah tu pada hari pertama.
Seronok sangat rasanya berjalan ramai-ramai...
Pada hari pertama melontar, perjalanan kami di ketuai oleh mutawiff yang membawa sepanduk no 78. 
Tak sampai 10 minit berjalan dari khemah...sepanduk hilang entah ke mana,
 Bayang no 78 pun tak dak! Orang yang bawa sepanduk tu jalan laju stage 4...
Kesian jemaah yang tua...lintang-pukang mengejar...
Hari yang berikutnya kami pergi sendiri.

Ini adalah hari terakhir melontar...jadi jemaah tak ramai. Beginilah laluan ke jamrah...Luas dan selesa tidak bersesak.
Bangunan tepi-tepi tu adalah hotel orang VVVIP...very important uuu...
Kita yang tak berapa important ni...jalan ajerlah sejauh agak-agak 2.8 km sehala...
Tak aperlah tak important di dunia...mudah-mudahan kita important di akhirat...Insyaallah.
Yang bayar mahal juga khemahnya dekat sahaja dengan tempat melontar. 
Yang muassassah jauhlah sikit...
Mula-mula terasa jugak jauhnya, selepas hari kedua, tidak terasa dah...malah rasa seronok sangat.Tak dapat nak gambarkan bagaimana seronoknya...
Jamrah sekarang 5 tingkat...yer...5. 
Sangat luas dan selesa...tak payah berasak-asak...
Escalator pun ada tetapi berhati-hati...macam kak gerau cakap laa...jemaah warga emas selalu menjadi ujian kita ketika menaiki escalator
Menuju ke bangunan jamrah di tingkat bawah.
Polis yang senantiasa berjaga di jamrah..diaorang ni suka kalau kita ambil gambar.
Hari terakhir...suasana matahari terbit di jamrah....cantik sangat...sayu pulak rasa meninggalkan jamrah.
Setelah melontar di jamratul aqabah, dan bercukur...gugurlah 10 larangan ihram...melainkan 3 lagi larangan.

Di sepanjang laluan ke jamrah, ada kemudahan station bas untuk ke Makkah, tandas, jualan makanan, seperti restoran fast food, dan perkhidmatan bercukur...peminta sedekah warga afrika pun banyak...budak kecik kebanyakkannya...dan berpura-pura kudung...
Mana saya tahu? 
sebab saya nampak, kekadang kudung, kekadang bertangan, kekadang tangan dalam baju, kekadang di luar baju...
he he he...
tapi kalau nak bagi sedekah juga...terpulang kepada masing-masing...
Perjalanan pulang ke Khemah di Mina...
Untuk jalan pulang...berhati-hati sebab ramai yang sesat terus ke Makkah...Sedangkan kita hendak ke khemah di Mina...
Ketika di Jamrah 2 kali hujan...tapi tak berapa lebat...
Hujan air batu lagi...tapi kak gerau tak sempat mengalami pengalaman tu...masa hujan air batu tu, kak gerau dah sampai ke khemah di Mina.

9 comments:

  1. Subhanallah..terima kasih bkongai pengalaman di sana.

    PS .. kalau achik g sana lg ajak kita ya :-)

    ReplyDelete
  2. Precise....boleh jadi rujukan ni...

    ReplyDelete
  3. sebak bergenang mata bila baca semua post kak gerau pasal ibadah haji ni, sebab bukan rezeki mak ayah saya lagi tahun ni nak ke sana. walau mak ayah kecewa,sy yang terlebih sedihnya :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih Kak Gerau kerana berkongsi pengalaman. Kadang-kadang bila baca pengalaman orang lain yang dah melaluinya kita jadi lebih yakin walaupun setiap orang tak akan melalui benda yang sama..

    Errrr.. saya pun kalau jadi nenek tu pegang kuat-kuat jugak, haha

    ReplyDelete
  5. Kak gerau, klu kena hujan air batu tu nganga mulut je lah kan hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Kak terima kasih diatas perkongsian..saya br khilangan ibu saudara baru baru ni..arwah mninggal hari jumaat masa raya haji di mina... tgk n baca entry akak buat saya gmbira..semoga perjalan haji arwah ibu saudara saya smooth..aminnn....

    ReplyDelete
  7. Memang sebak baca...ibadah yang bab ni, bila la saya nak merasa. Moga Allah SWT membuka pintu2 rezeki dan jalan bagi kami sekeluarga dapat mengerjakan Rukun Haji ini Insya'allah. Terima kasih Kak Gerau kerana sudi berkongsi dengan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...terima kasih my dear...moga Allah makbulkan doa kamu...insyaallah

      Delete