Pages

Friday, October 5, 2012

Eksklusif dari Mina: Salah khemah

Di Mina.
Khemah di bahagi-bahagikan mengikut Negara dan Maktab...Yang penting ingat no Maktab...
Dalam satu maktab mungkin ada beratus khemah...
Khemah kak gerau selang 2 khemah dengan bang badang...
Khemah di Mina ni ada lambang lagi...lambang telefon ,buku, pen dan macam-macam lagi...
Tak ingat pulak khemah kak gerau lambang apa...
Lambang ni bertujuan supaya jemaah ingat khemah mereka kat mana sebab kat sini, khemah  terlalu banyak dan sama ajer...
Peratus nak sesat adalah 80 %....
Eh, gelak pulak...yerrrr

Kak gerau pernah sekali pergi bilik air, balik sesat...menjajor ke hulu ke hilir bawak kole letak ubat gigi ke khemah maktab lain...Amik kooo...
he he he...
Nak bertanya malu...
tu laaa malu bertanyakan sesat jalan...tapi rasanya boleh survive, sebab tu tak tanya lagi...
Tapi kalau sesat, pergi jalan keluar pintu utama...Tengok kat pintu besar tu. 
Ada tulis no maktab... 
Ehhhh, jangan gelak...memang ramai yang sesat...memang sama ajer khemahnya putih ajer...dekat-dekat pulak tu...Yang paling ramai sesat ialah mak cik-mak cik dengan pak cik-pakcik...
Ada tu, tak alih-alih masuk dalam khemah duduk releks ajer, bertegur sapa...dah bersembang baru tahu, salah khemah...
he he he...kelakar pulak...
Kak gerau beberapa kali hantar mak cik balik khemah mereka...yang payahnya mereka tak tahu, khemah mereka lambang apa...
pening gakkk...
last-last antar diaorang kat pegawai petugas tabung haji...

Keadaan dalam khemah kami agak sesak, tidak seperti yang mengikut pakej. Kami juga tiada tilam.... Kami tidur hanya beralaskan tikar ihsan Pusat Zakat Selangor.
Tapi alhamdulillah...tak terasa payah...
Dan kebanyakan kami hanya menggunakan beg sebagai bantal...dan sebab itulah kak gerau bawa bantal busuk.
Sesiapa yang mengikut muassasah, bawalah bantal busuk...

Kak gerau tak berasa kisah khemah agak sesak, asalkan ada aircond...
Iyalah, kak gerau kan comel macam beruang khutub yang banyak lapisan lemak, jadi kak gerau sangat suka apabila ada aircond. 
Berlainan pula dengan warga emas yang tak tahan aircond. 
Kekadang mereka tutup aircond...tension jugak...tetapi ...sabar ajerlah.
 Makanan di Mina sedapppp...tapi sebab kak gerau baru baik sakit perut, risau jugak nak makan banyak....Mentang-mentanglah ada blog makan-makan kan...jadi gambar ini eksklusif diambil bersesuaian dengan imej blog saya...he he he...Dalam blog lain mesti tak ada...ki ki ki...
Atas tu gambar bekalan makanan kat Mina...
Banyak!!!
Memang dah sinonim dengan masak, makan, makan, masak...Dapur utama maktab 78 terletak berdekatan dengan khemah kak gerau...
Inilah dapurnya...selalunya lepas balik dari jamrah...memang kak gerau berhenti agak lama sekejap tengok tukang masak ni masak...he he he 
Terbeliak mata tengok dapur dia...periuknya besor gileerrr
dan hari ini nampaknya lauk ikan gelamaa...
kat sana kalau dapat makan ikan, rasa bangga cam dapat Cincin Barliannn...
Sukaaaa sangat.
Sepanjang lorong antara khemah-khemah disediakan tersedia peti sejuk macam kat seven E...kira-kira 4 buah peti sejuk besor tu yang diisi penuh dengan air mineral...
Banyak sungguh kemudahan...
Alhamdulillah. 
Kat Mina ni best sangat...cuma masalahnya tandas...dan kat tandas selalu berlaku adegan-adegan drama melayu...iaitu adegan sindir-menyindir...
Hmmmm...kat sini pun diaorang macam tu...
Sebenornya, kak gerau pun kena...he he he
Sebenornya, kita dinasihatkan tidak selalu mandi di Mina.
Alaaa kak gerau dari Arafah, Mudzalifah tak mandi...jadi bila dapat toilet kat Mina, dapat peluang masuk tandas, jiruslah segayung dua kat kepala...air pun tak rata kat badan..
Bila keluar tandas, bila nampak kita pegang baju yang menandakan kita sudah salin baju, ada yang cakap " Ini mesti mandi ni...tak faham ke mandi tak boleh?"
Kak gerau senyum ajer...
Walaupun terasa bengkek gak...he he he
Kat sini...memang Q panjang dan lama untuk ke tandas...jadi, pandai-pandailah cari waktu yang sesuai untuk ke tandas...kat sini, nak buang air kena buat dan ikut jadual sendiri supaya tak tercicir semasa tunggu giliran...
Kalau time orang pi melontar, masa ni lah tandas tak ader orang...
Satu lagi kalau jemaah pakej balik ke Makkah untuk membuat Nafar awal.

Kebanyakan jemaah muassasah atau pakej dari tabung haji dinasihatkan agar tidak balik ke Makkah untuk membuat Nafar awal demi keselamatan. Kerana ketika ini, jemaah dari Negara lain akan berpusu-pusu ke Makkah bertawaf rukun...pihak tabung haji risau berlaku rempuhan dan asakan daripada jemaah haji negara lain yang berbadan besar.
Pada pandangan kak gerau, baiklah kita ikut nasihat tabung haji...kalau tengok jemaah bertawaf ketika itu... Subhanaallah.
Padat dan sesak...

5 comments:

  1. Akak doakan saya satu keluarga dapat jejak kaki dekat sana satu hari nanti ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, tentusekarang adik dah sampai ke sana.

      Delete
  2. assalam GG
    Dah katam baca, terima kasih berkongsi pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.7 tahun kemudian baru balas.😂

      Delete
  3. Loved reading this tthanks

    ReplyDelete