Pages

Wednesday, October 10, 2012

Imam Masjidil Haram teresak-esak

Selesai melakukan lontaran di jamrah kami pulang ke Makkah untuk menyempurnkan tawaf dan saie haji.
Pada malam itu, kami bersiap untuk mengerjakan tawaf dan saie, tetapi menurut teman yang baru pulang dari tawaf, laluan ke dataran kaabah ditutup...polis melarang jemaah masuk kerana terlalu sesak...
Akhirnya kami bertawaf pada keesokkan harinya selepas subuh...
Ketika itu untuk masuk ke dataran kaabah memang padat...
Subhanallah...memang padat...
Untuk menyelit pun agak payah...
Ya Allah, permudahkan urusan kami ya Allah
Alhamdulillah...
Usai menyempurnakan tawaf dan saie haji...
Sempurnalah semuanya...Insyaallah. 
Masjidil Haram!!!
Malam sehari sebelum kami meninggalkan Makkah, sewaktu berjemaah Isya...
Imam yang mengimamkan kami menangis teresak-esak...
Dan inilah pertama kalinya kak gerau mendengar Imam masjidil haram teresak-esak di dalam bacaannya. 
Kalau sebelum ini saya hanya mendengarnya melalui Youtube...tetapi kali ini benar-benar mendengarnya secara langsung....
Subhanallah
...dan jemaah turut menangis...
Masjidil Haram, Semakin lengang 

Keesokkannya, selepas zuhur, semua jemaah kumpulan kami  mengerjakan tawaf Wada'. 
Dan hanya Allah sahaja yang tahu...
bagaimana rasanya apabila...
Allah memberi peluang untuk saya melambaikan tangan...
dan mengucapkan selamat tinggal kepada Baitullah hanya dari kawasan saie...
Melambai dengan hati yang sangat sayu...dengan air mata mengiringi perpisahan...

Ya Allah moga ziarah ku ini bukanlah ziarah dan lambaianku yang terakhir...
Namun, jika ini adalah ziarahku yang terakhir, aku mohon syurga sebagai gantinya dengan kemurahan-Mu 
Ya Allah.

 Melambai dari kawasan saie...perasaan pilu yang sukar untuk diungkapkan...
Tentunya rasanya lain daripada yang dapat mengerjakan tawaf wada'
Allah hu Akbar
 Ketika meninggalkan Makkah, jemaah haji di Makkah sudah mula berkurangan...
Semua jemaah haji dari pelbagai negara yang berbaki di Makkah yang tinggal berdekatan dengan hotel kami menunggu di luar hotel, berdiri berbaris melambaikan tangan kepada kami...
Sedih betul rasanya....
Kami kemudiannya berangkat ke Madinatul Hujjaj Jeddah.
 Di sinilah persinggahan sementara sebelum berangkat pulang ke tanah air.
Sebelum bertolak ke sini, ketika di dalam bas, hairannya manusia sudah mula menunjukkan sikap yang sebenar...
Kalau sewaktu dalam ihram, tahap kesabarannya tinggi, namun, sedihnya ketika dalam bas untuk ke sini, ada pak haji sudah mula menunjukkan keupayaan pic tinggi suaranya...
Menengking-nengking orang, hanya untuk menyuruh jemaah lain mengalihkan beg.
Oh, hebat rupanya haji ini.
Tinggi betul pic suaranya! 
Disebabkan asrama ini hanya digunakan setahun sekali...keadaannya kurang terurus, tetapi alhamdulillah...
Mungkin ini yang terbaik untuk kami. 

12 comments:

  1. tiap-tiap hari saya baca .
    saya tak ngomen je..

    ReplyDelete
  2. salam cik gerau,,,
    saya buka blog gerau hari2..suka tngtang ceter g haji ni..
    mudahan suatu hari nanti dpt kesana juga...insyallah...

    ReplyDelete
  3. salam kak gerau...hari ni nekcik tersinggah kat rumah gerau...seronoknya tapi naper pulak air mata ni bercucuran ye...ntahlah bila nampak gambo gambo kaabah ni mula lah hati ni meruntun runtun nak ke sana lagi dan lagi..tak pernah puas kan!! semuga Allah sampaikan kami lagi ke sana..amiin Ya Rabb..perkenankanlah

    ReplyDelete
  4. liputan dan gambar yang best!

    ReplyDelete
  5. dr singa: Heh?alhamdulillah...ade juga yang sudi

    ReplyDelete
  6. cikja:
    waalaikummussalam: insyaallah...moga dipercepatkan ke sana

    ReplyDelete
  7. nekcik
    Waalaikummussalam, kan...saya pun menangis masa menaip...sendiri tulis, sendiri sayu

    ReplyDelete
  8. gadisbunga: alhamdulillah...sekadar pengalaman

    ReplyDelete
  9. Salam hajjah gerau.. Tak satu pun episod yg k.nor tertinggal.. Mmg seronok, sambil hati pun turut syahdu.. Bila la k.nor dn suami berpeluang menjadi tetamu Nya.. Mudah2an termakbul hajat kami suatu hari nanti..aminnn..

    Mekasih bnyk2 atas perkongsian ni.. :)

    ReplyDelete
  10. kak Nor
    Insyaallah kak nor...

    ReplyDelete
  11. Kak tq so much..sonok baca cerita haji akak...

    ReplyDelete
  12. Mengalir air mata ... teringat masa melambaikan tangan, teringat ketika mengerjakan tawaf wida'/wada. Ketika tu, hanya Allah yang tahu perasaan sedih yang teramat sangat. Dikala ini, baru teringat bahawanya ada anak kecil yang menanti aku di kampung halaman. Moga Allah meredhai segalanya dan ibadah Kak Gerau hingga akhirat.

    ReplyDelete