Friday, June 5, 2009
Keli Yang Geli
Pada masa dulu, (ceh, mesti orang cakap asyik-asyik dulu gerau ni).Eh, jangan main-main tau, kalau tak ada dulu mana ada sekarang, kalau tak de lampu mana ada terang, Ma.
Eh betul, dulu-dulu memang gerau tak makan ikan keli. Macam geli-geli gitu, Tawarikhnya, abah gerau kata, ikan keli ni banyak kat parit. Kata abah gerau lagi, orang dulu-dulu kalau nge ngek memang kat parit.Jadi, ikan keli ni suka lah makan hasil orang nge ngek.Hiss loyar lah pulak tembolok gerau. Jadi, itulah sebabnya emak abah gerau tak beli dan masak ikan keli ni. Dulu, ini cerita dulu.
Nak jadikan kisah, sebaik sahaja gerau sampai di KL, gerau bertemulah dengan kawan gerau yang gila meroyan kalau sehari tak makan ikan keli. Jadi setiap hari dipujuknyalah gerau supaya makan ikan keli. Pujuk punya pujuk, akhirnya termakanlah gerau akan pujuk rayunya itu. Maka itu, santaplah gerau ikan keli ini dengan rasa tak syak lagi. Dulu geli sekarang masak lomak cili api. Sodap!Hambik kau.
Yang ni, bukan gerau masak, gerau amik kat saji online.
Tup-tup:
" Gerau, gerau, lepas ni, kita jangan makan ikan keli lagi, haram, haram, ada ke keli ni makan babi geli aku." kata teman gerau. Pulak. Semuanya kerana berita akhir-akhir ini.
Ikan keli makan sisa babi
Ini sudah lebih. Ini bukan geli-geli aje, tapi geli tahap najis mugallazah.
Wahai keli gerau dah geli,
Sebab makan benda haram ni;
La ni keli tak suci lagi,
Tak hingin gerau makan keli.
Jadi hari ni, gerau gantikan keli dengan sembilang. Sembilang ni sedara mara keli jugak tapi sembilang ni, baik, Islam, beriman,sembahyang.
Inilah Asam pedas sembilang beriman yang gerau masak.
Psst: Makanlah makanan yang halal.Supaya boleh jadi bilal.
Tak semua keli makan celeng. Belilah keli daripada pekedai yang tahu dimana keli dibeli. Lebih selamat dan halal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello this looks very nice your blog is cool Ive got one check it out
ReplyDeletebodohh
ReplyDelete