Contohnya nasi beriani ni. Harga 4 hinggit setengah aje. Daging berianinya lembut ya amat. Ayam masak merah dan acar pun ada tapi ayamnya Si Kentang gerau dah ngap. Gred: 4 bintang. Memang sedap, hingga menjilat polesterin.
Kole kacang 5 keping harganya 2 hinggit. Yang ini 3 bintang setengah. Lihat tahik minyaknya saje sudah tahu rasanya.
Talam dua mukanya boleh tahan.Putihnya agak masin dan lembik sangat. Tapi kelemakkannya tetap terasa. Harga sama dengan kole kacang. Tapi lagi dua ketul Bang Badang dah telan. Yang ni bintangnya agak malap. Ini kasi 3 bintang aje lah.Last sekali cucur udang. Masyaallah. Hummm, sedapnya, semua cukup. Tengok udangnya. Melengkor-lengkor Garingg pulak tu. Harganya? entah ? sebab gerau yang mintak 4 hinggit. Ini gerau beri 5 bintang jugak.
E eh, tertinggal pulak. Ini baru betul-betul last. Kebab. Aduhai. Sedapnya. 4 bintang. Mewah tapi murah - 2 hinggit setengah.Psst: Tak rugi beli makanan kat sini. Harganya murah mungkin bagi orang yang tinggal sekitar Bangi dan yang sama waktu dengannya. Bagi gerau mahal sebabnya balik dari Bangi gerau sesat barat. Nak masuk ke Petaling Jaya, tersasor ke Kinrara, Bukit Jalil, dan entah mana-mana merabannya. Tol kena bayar 2 kali + minyak untuk round-round = sudah tentu harga dinner gerau hari ini memang mahal. Nasib la labu. Labu, labu.
Ni komen anirun...
ReplyDelete1. Nasi beriani-mano satu yg lobih sodap ni gerau?? b4 ni kata nasi beriani psr mlm k.d yg paling sodap!!gerau nk kena ni...!
2. Kole kacang-no komen...seumur idup x ponah bondo ni masuk dlm mulut den!
3. Talam 2 muka-awat lombik smcm gerau? (klu omak eden kono guno sudu la nmpaknya)...tapi mmg nmpk 'tempting'!
4. Kuih tako-50%50 suker...tapi RM2 for 6 mmg murah!
5. Cucuk udang-ha..ni mmg favourite anirun. makan byak mano pun x jomu!
6. Kebab- suker gak. tetibo teringak kt arwah abah plak yg x nak ayam or daging bila mkn kebab! Apo lar...bukan mkn kobab namenya klu x nak ayam/daging!
And last but not least...a very IMPORTANT REMINDER for gerau. Next time gerau bwk la Tupperware gerau yg byk kat rumah tu bila nk shopping makanan kt mano-mano...bukannye ape gerau...
POLISTERINA ni bahaya & x baik unt kesihatan tau, mendedahkan kito pado RISIKO KANSER, juga buleh merosakkan sistem pembiakan (takut nabil x bule dapek 'adik' nanti)...hihihi
p/s anirun nk try la bwk tupperware bila 'shoppin' makanan nanti...!!
Adoohai anirun. Yang itu VIP punya nasi beriani. 5 bintang. n Johor pure.
ReplyDeleteApo la kamu jang. kole kacang tu sodap. Cuba torai.
Ekau poreli den ko? tupperware ekau udah den polang kan.