Pages

Tuesday, June 23, 2009

Kelumpang Resort: Episod 2: Dah Tau Ada Apa

Malas betul nak menulis hari ni. Tapi sebab nak sambung cerita semalam tulis la jugak. Ada sesiapa kisah? Tak de sesiapa kisah pun, tapi gerau yang nak kisahkan kat sini.
Setelah pulun habis makanan kat Warung aku Bukak Bukan kerana Nama tu, gerau meneruskan misi ke Kelumpang. Tak sampai 5 minit perjalanan, mata pun layu semacam. Apa lagi nak buat? Go to sleep la. Tiba-tiba aje terbau semacam. Tak jadi lelap. Makin lama bau tu makin kuat. Bulu hidung dah mula meremang. Maka bermulalah episod Pemburu hantu. Kih kih kih kih. Gerau pandang bang badang, bang badang releks aje.
Si Kentang tanya. "Eh, ada bau tak?" Si Fucuk cakap, ada bau la. Gerau besarkan bijik mata kat diaorang. Di kiri kanan jalan ke Kelumpang ni hanya dipenuh kebun getah yang agak bersemak. Suasananya agak sunyi juga.
Rau rau, wangi betul bau dia. Memang kuat baunya. Kalau bau ni, memang semua orang takut.

Takut habis duit. Yeeleh.

Macam mana kiranya tu kak," gerau tanya. "Sebiji 8 hinggit," kata kakak durian. "Belilah, baru gugur ni." Err, Ooh tak pe lah, kita nak yang dah lama gugur. he he he. Jawapan orang bingai. Mesti kakak tu baling gerau dengan durian kalau gerau jawab macam tu. Kami meninggalkan kakak durian tu dengan janji-janji palsu yang kami akan datang lagi petang nanti. Terpaksa tipu kak, durian akak mahal.

Fuh, dah sampai pun Kelumpang Resort. Alhamdulillah. Pintu gerbang. Sekali masuk 5 hinggit sorang. Tapi gerau free. Kenapa? Ade lah.

Penyambut tetamu yang betul-betul duduk dua meter dari pintu gerbang. Macam konpius pulak. Ni resort mandi-manda ke, atau taman reptilia. Atau...

Taman burung?

Burung tiong dengan burung kakak yang for sure belum tua ni katanya pandai bercakap. Katanya lah. Tapi bila kita orang cakap. Sebiji haram pun tak cakap. Buat malu aje. Yang lain pulak yang tegur kami.

"Kak, kak, ada jam tak? sekarang pukul berapa?"

Ini chalet tempat kitaorang tidur. Harga semalam RM 200. Tapi gerau tak bayar. Ade la.

Dalam kawasan resort.

Tempat bersiram dan berendam, untuk orang yang kayu berenang.

Air terjun cantik. Sebab ni kali kedua gerau sampai sini, taklah terpegun sangat. Tapi memang cantik.

Makan kat situ susah sikit. Jadi, inilah makan malam untuk orang yang sedar diri. Benjo RM 1.20.

Burger ayam merendah diri kerana meletakkan harganya semurah RM 1.70. Sungguh kacak adik yang menjual burger ni. Lupa pulak nak ambil nombor telefon dia, boleh kenenkan dengan member Yang Solo, bukan Wong Solo. Tau tak pe.

Psst: Bermalam di situ agak kelakor sebab lampunya sekejap terang, sekejap malap, kipas dan air-cond nya pulak sekejap laju sekejap slow. Macam berhantu pulak. Tapi sebenarnya sebab letrik kat kawasan tu dicatu. Macam manapun, malam itu kami tidak tidur lena kerana haiwan-haiwan mini zoo bersembang sakan sampai ke pagi. Kalau gerau tau apa yang mereka sembangkan dah lama gerau join sekali.

Tamat

Cerita ini adalah rekaan semata-mata ttiada berkaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Ceh

12 comments:

  1. kak gerau, kat mana sebenarnya resort ni, siap lalu kebun getah bagai...lagi banyak tul benda2 pelik berlaku ek sepanjang perjalanan tu, tapi saya ni duk teringat ngan kuih keria ke apa tu, sedapnye nampak...

    ReplyDelete
  2. Sempadan Kuala Kubu dengan Tanjung Malim.Exit Tanjung Malim. 5 km lebih kurang dari Exit tu. Mana ada kuih keria. Kuih Kasturi la. Kuih kacang. Tapi tempat mandi dia syiok. Tapi kalau tidur kurang sikit. Harga resort macam-macam. Pergilah. Mesti doyah suka.

    ReplyDelete
  3. Alamak.. lmbt kenal ler kite.. Umah mak aku.. ngn Kalumpang Resort ni.. ala2 tiga kangkang kera je taw...

    ReplyDelete
  4. Pulak. Rugilah. Kalau tak boleh datang rumah, makan free. tak yah pi kedai tak de nama tu. Tiga kangkang kera? Kangkang Kera yang dalam resort tu ke?

    ReplyDelete
  5. mahalnya $200 dok dlm hutan... semua kena catu plak tu. kalau mlm² lapor gerenti takde room servis. mcm mana? sembelih burung byk² tu salai...?

    ReplyDelete
  6. geraugebang24/6/09

    Room servis? Tok sah berangan. Memang tak de. Tempat ni sesuai dan murah untuk Pencinta Alam macam, bukan saya, tetapi macam Maya Karin. Mahal dan kurang sesuai untuk yang kuat makan dan Pembenci serangga. Semut hitam elok aje berdedai kat tepi dinding dan pintu bilik air. Dalam dusun buah-buahan, patut le.

    ReplyDelete
  7. salam,
    seronok baca en3 gerau, buat as laginrindu nak balik msia.. uwaaa..durian tu..kalau dpt beshnyaaa!!

    ReplyDelete
  8. Haah la kak Gerau, ala2 Maya Karinnye tempat percutian..kelas gitu....

    ReplyDelete
  9. siti geemalai25/6/09

    apa2 pun makanan yg ditayang kat sini nampak sodaaap je...huhuhuhu.... perut yg tengah lapo nie terus jer bagi sign nak suruh kasi isi...hehehehe....

    ReplyDelete
  10. gerau25/6/09

    aiti geemalai, apa cerita, kak ji meroyan tak marah ke?

    ReplyDelete
  11. Kak Ji Meroyan tu meroyan selalu ke? Bila nak baik nye tu, bawak pegi jumpa bomoh la..hehehehehe..tak pun bawak jumpa nenek kebayan...

    ReplyDelete
  12. ok gak cadangan makdoyah, hantor kat kampung pontianak lagi elok,biar hisap darah dia, kurang sikit meroyannya. he he he.

    ReplyDelete