Pages

Sunday, June 21, 2009

Pasar Malam Kota Damansara

Seperti biasa, setiap jumaat, gerau akan ke pasar malam yang paling singkat waktu jualannya. 5.00 petang hingga sebelum 8.00 malam. Pasar Malam Kota Damansara. Dekat Pasar Muhibah. Dekat juga dengan Warung Sental Bagi Perabis. Ada beberapa orang artis glamour tinggal kat area ni. Amy search, Yassin Sulaiman, Adam Af, dan beberapa orang lagi la. Dah banyak kali dah jumpa artis-artis ni. Orang lain la . Bukan gerau.

Kuew tiow kicap goreng berminyak. 2 hinggit sebungkus. Bolehlah, tapi berminyak bebenor. Ee eh ada kerang sekor. Taugeh goreng magie. Taugeh lebih banyak daripada magie. 2 hinggit juga. Taukenya sama dengan kuew tiow goreng.

Mee goreng mamak. Sesuai dengan kalornya. RM 3.50. Mee goreng ni sedap juga. Tapi kena hati-hati kalau beli kat sini sebab tukang masaknya pembekal garam dan kicap. Taruk kicap macam siram pokok bunga. Kali ni, masa dia dah mula nak start goreng je, gerau tunggu kat depan tukang masak tu sambil bagi warning.

"Hei, kicap jangan taruk banyak-banyak ha, itu hari, awak sudah masak masin giler, mahu kasi orang mati ka? Ya na dei. Cit, ini pun nak kasi ajar ka? " Terkejut dia. He he he, acah aje.Tak de la berani cakap macam tu. Tapi memang gerau cakaplah, " Dik, dik, kicap tak nak banyak ye? boleeehh? Ceh, Boleh tu panjang aje. Boleeeh?

Pulut panggang. Eer, agak mentah pulutnya. Intinya pulak tawar meleseh. Kalau tukang goreng mee tu buat ok kot. Putus selera. Tak pe, asal jangan putus nyawa. Beli banyak pulak tu. Ingatkan sedap. Yang laku 3 ketul je. Lagi 4 ketul nampaknya nak kena lego la . Lego? Lego tu maknanya nak kena buang lee. Sebenarnya Let Go. Mak kita selalu cakap. Kelako ek? Bunyinya macam grand gitu.

Yang ni sedap. Atas gula merah, bawah tepung sugi. Best..Emmm. Siapa pulak yang kutel kuih tu? Entah. Bila tanya semua tak mengaku. Kuih talam keladi tu pun best. Harganya tetap 3 seringgit.

Apam balik. Kuih paling bersivik di dunia, sebab kalau pergi manapun dia tetap balik. Sedap. Boleh beli lagi. Psst: Yang seronoknya beli kat sini, pasar malamnya berbumbung. Kalau hujan ributpun masih boleh membeli-belah dengan senyum yang melebar.

1 comment:

  1. salam, saya ni dok tengah browse nak cari pasar malam di KD, sbb saya baru pindah ke sini, kebetulan terjumpa dgn blog saudara ni. Nak tanya kat mana pasar malam ni sbb saya tak berapa arif lagi dgn kawasan kat sini. Kalau boleh, nak mintak tolong bagi directions boleh tak? terima kasih.

    ReplyDelete