Pages

Thursday, December 10, 2009

Ojo Lali - Buy One Free One


Hari-hari. Kalau Tak mintak MC . Kalau malas tak sempat masak, kak gerau n the gengster geng makan Pecah Tekak order kat  restoran dekat opis ni jeer. Kitaorang tak power  kuasa  nak keluar hari-hari. 
Masa rehat tak boleh buang masa.

Tepat pukul 1 mesti sembang. Sembang-sembang makan. Makan-makan sembang. Dok turun tangga, start enjin keta, panaskan enjin, tunggu makanan siap tu semua kerja buang masa. Paling-paling amik masa 10 – 15 minit. Banyak topik boleh cover  time tu oooo.

Masalahnya restoran tempat kitaorang order ni, tersangatlah mangkuknya. Hari-hari menu tu gak. Hari-hari masak kicap, asam pedas, masak merah. Binatangnya aje yang ditukar-tukar. Tapi nak sembang punya pasal, apa di anto, itu jugak leer kak gerau  taler ke tekak. Tekak pun dah kebas. Tak tau nak cakap makanan tu sedap ke tak.

Tetapi... Hari ni... Rombongan Pecah Tekak turun tangga, start keta, pi makan luar. Kat KD (Kota Damansara) dah ada Restoran Ayam Penyet. Siapa tak pi rugi sebab Buy One FREE one. Betulllll. Untuk lauk la.


Restoran Ayam Penyet OJO LALI . Teman ingat ojo lali tu nama tukang masak . Rupa-rupanya ojo lali tu ayam grill heh??

Ayam Penyet.
Tak Penyek kan? Sebab adalah sorang makhluk di bumi tu kata, ayam penyet tu ayam dah busuk.
 
Imej kurang jelas sebab guna hp jer. Yang penting sembang makan.


 
Happy Soda. Kalo minum ni happy memanjang.Tapi kitaorang tak minum pun, Happy. Happy sampai Boss memang naik menyampah gaknya nengok muka kitaorang. Kena marah pun Happy. So hari ni Opis senyap. Lega diaorang. Geng Pecah Tekak semua berrrambus ke sini.



 
 Yang ni Ice Sepokok Longan  Cincau. Longan dia banyak. Puas hati. Ini ahkak order.


 

 
Sesiapa yang makan sambal tu boleh buat show sembur-sembur Api kat mana-mana Konsert. Podeh!!!


 
Straw Serombong kapal. Sekali sedut dengan longan-longan masuk mulut. Yang terapung tu longan ya. Bukan telur puyuh yang diaorang selalu masukkan dalam lee chee kang. (Tah ape-ape je masukkan telur puyuh dalam lee chee kang)



 

 
Menu. Dibaca secara ngiring sebagai senaman mata dan tengkuk.
 

Gado-gado
Psst: Sesiapa yang nak makan kat sini baik cepat sebab offer  Buy One Free One tu sampai 15 Dis jeer. Lepas tu, buy one, pay for one. Makan dapat cepat sebab tekong kitaorang, Cik Anirun tu dah booking awal. Jadi waktu sembang panjang.

21 comments:

  1. waa ahkak, nampak sodap, nanti ado duit lobih lepas kait kelapa, sei poie kedai ni yo

    ReplyDelete
  2. wahhh... nampak sedap je... tapi kite mmg takpernah tgk rupe ayam penyet pon lagi...ingat kan ayam yg dah hancur dipenyet...ngeh...ngeh...

    ReplyDelete
  3. geng pecah TEKAK?
    ha ha ha
    .
    .
    .
    tengok ais lambai lambai gitu boleh jadi geng sakit tekak...

    ReplyDelete
  4. sodap nampak ehhh tu. lamo dah donga ayam penyet ni tapi x ponah lak dapek cubo...

    ReplyDelete
  5. Kat mana ni kak.....nih geng pecah tekak pasir gudang nak turun gak ni...dah le sedap, beli satu dapat free satu lagi....
    kalau beli satu dapat satu tu dah biasa....hihihi

    ReplyDelete
  6. lepas makan sambal kepala ketapi tu (asap kuar dr serombong tinger n mcm2 serombong ler), rombongan pecah tekak jadi gang pecah jamban tak?
    keh3...

    ReplyDelete
  7. Amboi ade geng rupenyer dia. kena bayar wang perlindungan tak kalo nk join? heheh..
    psst, cedappnyer ayam penyet.tp nape timun ngan kobes tu sekepin sekepin jer? :D

    ReplyDelete
  8. nak join geng pecah tekak gak boleh...
    kena isi borang tak??

    ReplyDelete
  9. Laaa..... Tie tak pernah makan ayam penyet tu.. Rasa macam mana, ekk ?

    ReplyDelete
  10. dah lama mar teringin nak mkn ayam penyet ni. yah bila la nak pegi n mkn lagi hehehehhe

    ReplyDelete
  11. hantumakan: kait kelapa lambat. ekau kait ameh lagi cepat poie. ki ki ki.

    aishah: memang ayam ni sebenor-benornya diketuk dahulu sampai penyet sebelum di masak supaya daging ayamnya lembut tapi dia orang tak buat kot, kalau kat sini.

    ashley: kalau dengor geng pecah tekak cakap, sure pecah gegendang. Sakit tekak belum lagi.

    tijah: Kesian pulak dongar tijah tak raso laie. Ko penyekkan ayam kat umah je la tijah.

    ima: kat klang valley ni dah banyak. Yang akak makan ni kat Kota Damansara. Sebenornya ada dua kedai kat KD. Kat The Curve pun ada. kat Subang jaya ada. Kat bangi pun ada. Itu yang akak tau la.

    QJah: Kitaorang pecah tekak je. Pecah jamban tak lagi. Kalau makan potai? mungkin pecah jamban. ki ki ki.

    adikblog: tak payah susah-susah bayor duit perlindungan. Yang penting, isi borang online n bawak benda yang boleh melantak je masa pendaftaran. Psst: sebenornya kita pun rasa sikit ulam tu. sekali ngap je dah hilang. he he he

    Ibusinga: isi borang online jeer dr. macam isi borang masuk MRSM tu. Tapi ada interview gak. tengok berapa tinggi volume boleh pegi.

    Tie: Sebenornya ayamnya direbus, n perap, n goreng. tapi biasanya diaorang buat ayam kampung. Cuba tanya adikblog. dia pandai buat ni. Betul. pi tanya. lepas tu singgah umah dia. Ada resepinya.

    ar: rempah tu rangup kan? sedap kan.

    ReplyDelete
  12. Uish, looks tasty la ayam penyet tuh! :)

    ReplyDelete
  13. Gerau, dia kasi sejenis thambal aje eh? Rest. Ayam Penyet yg kat sini sediakan thambal merah n ijau sekali. Ha.. bola2 api semua keluar..

    ReplyDelete
  14. ayat penyet pulak... msti sedap ..lebih2 lgi mkn dgn geng sekepala.. msti lepas ni pi makan lagi coz ojo lali... (jangan lupa)

    ReplyDelete
  15. Ala kak gerau, saya tak pernah rasa ayam penyet segala ni. Takleh nak bayangkan rasanya camno. Apa kata kak gerau belanja? Lepas tu baru le boleh bayangkan .......

    ReplyDelete
  16. Anonymous12/12/09

    hahhahaa~

    penangan ayam penyet yek! mmg sedap la kan kak gerau...walau air mata da kuar sebab podeh...tp tetap suap gak...siap cilok sambal member yg takut nk makan...huhu~

    walu da dua ari berturut2 g sini..stil nak makan lagi...hari kedua try lak udang penyet...fuhhh~marvelous!

    meh la 'grab' makan kt sini ketika promotion masih ade...cepat2...ahaks~

    ReplyDelete
  17. salam,
    wahhhh sedap nya nampak , macam ayam kampungggg je, ke ayam bandar????

    ReplyDelete
  18. love: memang sedap love. Tengahari tadi kak gerau pi lagi. sebab sedap n ada offer lagi. he he he. Kali ni kak gerau order pete sambal ngan sup ekor. sedapppp.

    somuffins: oh yee ke? kat sini tak de lak yang hijau. Diaorang takut nanti geng pecah tekak lagi lama makan kat sini kot. Payah lak. Tu yang tak hidang yang hijau gamaknya. ki ki ki.

    hazila: puji-puji la abe awak sikit. Nanti mesti dia belanja.

    Anirun: ha, kita pun makan lagi tengahari tadi. Ajak semua batalion. Tapi order juga udang pete n sup ekor. waduh, sedap banget sih.

    Cikgu Zam: Ayam teruna dara dari desa cikgu. Muda belia ayamnya.ki ki ki

    ReplyDelete
  19. heheheh. kalau dalam bahasa jawa, ojo lali tue maknanya jangan lupa.

    diraf7@gmail.com

    ReplyDelete
  20. dZhana: he he he maknanya jangan lupa heh? he he he aku orak reti omong jowo la. he he he

    diraf: tu la, kita tak paham. baru tau sekarang.

    ReplyDelete
  21. Ooo, Ojo Lali tu jangan lupa ye.. hehehe, cikliz jawa murtad.. tapi tadi sekali baca mmg rasa cam bahasa jawa!

    cik gerau.. i like la nama geng Pecah Tekak tu.. very the..

    ReplyDelete