Pages

Monday, December 14, 2009

Sikit Sama Rasa, Banyak Sama Taler

Udang ada 24 ekor. Eerrr,,,nanti kira semula. Udang ada 12 ekor. 12 bahagi 5. Eh, salah, salah, ada 6 orang termasuk anak keponakan yang datang bercuti. 12 bahagi 6. Bermakna sorang 2 ekor.

Ayam. Ada 2 ketul bahagian yang paling menonjol. Bahagian dada. Cukup laaa. Potong kecik-kecik aje. Boleh dapat banyak. Kedekut? Dah eehhh, belajar kongsi-kongsi. Sikit sama rasa, banyak sama taler.

Bihun sebungkus. Sawi sepokok. Cukup, cukup. Tomato 2 biji. Okey apa. Celery 3 inci. Brokoli satu bongkah. Boleh, boleh . Meh,hari ini, kita main pondok-pondok. Masak-masak, apa-apa aje balen yang ada dalam esbok.

Mee Hoon Sup Pedas Masam Manis Kehidupan


Tengok udang. Nampak Eksklusif. One n the only. Megah terdampar di pulau.


Jangan tengok tak de mata haaa. Habis seperiuk. Habis sebab sikit, sedap la tu.
Kuah setitik pun tak tinggal. Habis kena perah.
Dann...tetiba je nak kasi resepi agak-agak. Sukatan pun agak-agak.
Sapa teragak, Buat. Sapa agak-agak tak konfiden tak yah buat. 

1. Bihun celur ngan ayor panas je.
2. Bawang putih, n bawang merah, ikut banyak mana ketulan ayam
3. Cili kisar sikit.
4. Balen haiwan yang wujud dalam esbok (ikut suka hati n gerak hati orang nak masak)
5. Sayur ikut agak-agak sayur mana yang sesuai.
6. sos tomato
7. sos cili
8. Air doa. Lebih afdal. Ikut suka berapa banyak nak.
8. Santan 1/2 cawan.

Tumis bawang, cili kisar, masuk air doa, binatang, santan, n sayur. Kalu nak letak telur pun sodap. Tapi masuk last. Kalu telur kuning lembik lagi , lagi best. Sedap orr hirup kuah dia.

Ada yang terhingin ke? Takuttt? Tak tipu laaa. Bahan betul. Sukatan je tak berapa betul.

Psst: Kalau blog ni ada nazir yang peksa sukatan resepi mesti dah lama kak gerau kena buang pulau.Buang Pulau? Ada ke istilah ni. Tak sesiapa kisah kan.

21 comments:

  1. salam kak gerau...wah!!main campak2pun nampak sodap jugak...sampai licin tak tinggal setitis...hehehe.

    ReplyDelete
  2. Alahai kena catu pulak udang tue..dah la kecik... sampai hati tuan tanah.hehehe...

    ReplyDelete
  3. wakakaka...
    air doa yang tak tahan gelak tu...

    ReplyDelete
  4. Kedekut ke? takdelah. Ala ala tangkai jering je kan kak. Baru je nak tumpang semangkuk, tak jadilah.

    ReplyDelete
  5. Gerau...bestnya petang2 ni hirup Beehun masam manis ni...

    ReplyDelete
  6. lenkali kalu sket takyah ler tayang2.. wat ngences jer..

    ReplyDelete
  7. salam kak gerau. sihat..??? lama tak denar perkataan taler. rasanya pure johor je kot yg guna perkataan ni. ye ke..???

    ReplyDelete
  8. tengok resepi nampak simple dan tak teragak-agak saya mencuba. Agak tak jadi, tukang masak kat rumah boleh bantu kot.

    ReplyDelete
  9. Waalaikum salam warahmatullah semua

    Ima: Bukan campak-campak, hentam keromo jeer. Kak gerau kalau campak, memang tercampak keluar semua bahan tu. ki ki ki

    adikblog: Tuan tanah ni keturunan Haji Bakhilll. Eeeemmmmmm.

    Ibusinga: ki ki ki. Doa yang baik-baik ajer nooo.

    Hazila: eh, boleh la. Meh rasa, sikit sama rasa kan.

    kak intan: Sebenornya anak kak gerau, si kentang tu tak berapa suka mee hoon sup. Jadi kena buat yang macam tu supaya ada rasa, pedas-pedas, n masam-masam sikit.

    QJ: Oooo, taime dia kecuh kan orang boleh heh? Ala, tisu kan manyak. Amik kesat looo.

    Ain: Taler je semua sekaliarung. Yang sekaliarung tu memang orang Johor jer guna. ki ki ki. Apa benda leer orang Johor ni ek. Mana ke dapatnya kata pelik-pelik tu.

    Dr: Boleh dr, boleh. Caya la dr. Kuah kasi lebih haaa.

    ReplyDelete
  10. Gerau, tumpang 'muahahaaahaaa' jap!

    ReplyDelete
  11. salam..kak gerau..
    masak main campak je memang sedap..klu buat hati2 x sedap sgt.sedap mata je..ha22

    ReplyDelete
  12. buang pulau takpe kalau dapat pilih pulau kita nak - pulau langkawi banyak makan best, begitu juga pulau pinang... stok nasi kandar sentiasa ada

    ReplyDelete
  13. salam kak gerau,

    macam mana nur boleh tetinggal ni??

    ada lagi ke mee hoon sup tu...nak semangkuk penuh...hihi.

    ReplyDelete
  14. salam kakgerau, amboiii walaupun mcm serba ckit bahan2nya tapi hasilnya adalah sungguh bestt je nampak, kalaulah ade banyak lagi lauk pauk pasti akan nampak berkeliaran di sana sini udang tu ek hahaha. Selaamt tahun baru hijrah

    ReplyDelete
  15. Waalaikumsalam semua.

    Somuffins: muahhhaaaahaaa lama pun tak peer.

    Dahlia: Eeeh, kak gerau selalu gitu tau. Kalau buat beriya-iya tak jadi. Tapi kalau tak beriya pun tak jadi. ka ka ka.

    KOG: Dik lin, kita tengok, suka bebenor ko makanan yang ala ala mamak, bangla, arab ek.Cerita pun selalu kisah bangla.Macam dah kena kas kas jeer.

    Nuridah: Mana cukup semangkuk penuh. Kalau kuah dia boleh semangkuk penuh. Mi hunnya selai je boleh la.

    Cikgu: Selamat Maal hijrah cikgu. Nanti bila cuti maal hijrah kak gerau shopping lebih sikit bior lauk pauh melimpah ruah ya.

    ReplyDelete
  16. sama la mar tgh dok abiskan barang dalam fridge.masak main agak2 la baru cool hehe

    ReplyDelete
  17. patot la sodappp. pakai air doa kosan ehhh

    ReplyDelete
  18. Err... macam tak cukup je semangkuk tu! Tie suka pedas-pedas... dah terliur ni...

    Eh.. Tie tak tahu pulak taler tu dari Johor.. yang Tie tahu sekali arung tu, belenging , sekalirap dll.. tak ingat pulak. jangan pulak kena buang negeri ni, hu hu...

    ReplyDelete
  19. Mar:Kak gerau dah hampir kosong dah.

    Tijah: Cuba ler Tijah. Kak gerau gerenti sodap. Kalau baca air doa wuduk lagi sodap.

    Tie:Taler aje la Tie.Kak gerau mana ingat je cakap. Dah lama tak tinggal ngan orang tua ni, banyak kata yang dok lupa.

    ReplyDelete
  20. Udang kena catu???
    he he eh..
    bihun kena ukur.
    kuah kena sukat.
    sayur kena bilang.
    kui kui kui...

    ReplyDelete
  21. cik gerau, kalau cikliz cuba gak buat resepi 'campak2' cik gerau ni, confirm seperiuk tu kene campak dalam tong sampah.. cikliz dapat F9 utk masak2 camnih..

    ReplyDelete