Minggu lepas kak gerau telah ke restoran...untuk membeli menengok-nengok makanan...
Ehh, bukan hari tu dah insaf?
...Yaaa, Memanglah dah insaf, sebab tu kita menengok-nengok sahaja...
Haaa...
Nak jadikan cerita,
Sedang kak gerau memilih menengok-nengok lauk, adalah seorang wanita ini, berspek mata hitam lagi (Nampak ke?) hendak membeli menengok lauk macam kak gerau juga .
Wah, pakaiannya sangat urban.
Kasutnya sangat tinggi...kalau terpijak jari kaki akak? Cagu UUU...
Dia dengan anak perempuannya yang berumur 6 tahun memegang pinggan nasi sambil memilih lauk-pauk di hadapan kak gerau.
Menghirup kuah singgang ikan siakap di hujung minggu
"Cantiknya pompuan ni...curlazzz bergaya lagi," detik hati kak gerau.
Akak tengok diri akak.
Atas bawah, Bawah Atas.
Baju? heemmm...
Kasut? hemmm...
Tak sanggup nak menilai sendiri...
Takut dikata iri hati
...
Perbezaannya...
Bagai maggi dengan beryani...
hu hu hu..
Tapi tang spek mata ... tak kalah laaa..
hampir sama
akak punya spek hitam juga...
Hitam Berlumut...
ha ha ha
Yang tak bestnya...
Tetiba, tanpa semena-mena, itu perempuan telah mencekuh, dan mengorek beberapa ekor isi lala yang dijual dengan tekun dan gigihnya (kerana lala itu agak kenyal) lalu terus menyuap isi lala itu ke dalam mulut anaknya...
Waaaa Lalaaaaaa
sambal geledek...
Apaaaaa?
Mencekuh dan mengorek isi lala dari lauk pauk yang dijual?
Yaaaa...
Korang mampu?
Akak yang sedang menyenduk memerhatikan gulai daging menggigil-gigil menahan rasa nak mengetuk kepala perempuan tu dengan senduk...
Suka hati ajer ekkkk....
Mencekuh satu hal, bukankah itu mencuri namanya...
Dah lah mencuri, beri pulak makanan yang dicuri itu pada anak ...
EEmmmm
Gaya cantik...sayangnya akhlak tidak cantik...