Tak nak sebiji, gerau offer sebakul, sebakul kecik je.Tak nak jugak.
Gerau hulurkan mee siput dari Muor. Ready with kuah kacang pedas lagi. Pun tak diherannya.
Tak nak sebiji, gerau offer sebakul, sebakul kecik je.Tak nak jugak.
Gerau hulurkan mee siput dari Muor. Ready with kuah kacang pedas lagi. Pun tak diherannya.
Ikan sebu goreng tumis berjeruk. Ini faberat abah gerau.
Daging lembu pencen masak hitam. Lepas 4 jam masih kenyal lagi. Habis gas aku.
Ikan terubuk masin Sarawak .
Petola tumis air. Ini pun faberat abah gerau.
Banyak jugalah dioarang makan. Lapor agaknya.
Psst: Lepas makan kami borak-borak sampai pukul 12 malam. Sedar-sedar gerau cakap sorang-sorang. Yang lain semua dah tidur.
Anak-anak gerau amik lauk sama. Memanglah dioarang ni adik-beradik. RM 4.00
Teh O ais.
Bang Badang minum teh tarik dengan mee goreng. Mee goreng tak de galam gambar sebab dalam perjalanan ke usus besar. Tengah gerau makan, bukan tepi ya, tengah. Bang Badang buat kejutan. Dia order teh tarik satu lagi. Biar betul. Sedap sangat. Itu katanya.
Lepas makan, Bang Badang buat tak tau aje. Apa tandanya? Itu tandanya gerau kena angkat handbag ke kaunter. Tauke kedai tu cakap ngan gerau. "Suka ikan patin masak asam pedas ke?" Gerau cakap, "Tak le berapa suka tapi masakan kat kedai awak sedap betul. Gerau tengok kembang hidung tauke tu. Gerau cakap lagi." Semua sedap, asam pedas sedap, ikan patin sedap, air sedap. Pandai awak masak," Kembang hidungnya bertambah dua jari. Dalam hati cakap, puji-puji ni tak dapat free ke? Banyak cantik muka aku nak free. Nak free bukak kedai sendiri. Murah pun. Semuanya RM 30.
Sebelum balik, sempat lagi beli biskut kacang tumbuk dalam balang kat kaunter kedai Biarlah Rahsia. Dah lama tak makan biskut ni.
10 minit sebelum masuk ke simpang jalan dekat rumah, ada Penguatkuasa JPJ buat road block. Tiba-tiba kapal gerau kena tahan. Rupa-rupanya Bang Badang lupa tampal Road Tax baru. "Tampal, tampal!" Abang JPJ cakap. Jangan marah bang, hati mau baik. He he he. Nasib baik benda tu ada dalam kereta. Kalau tidak? Cubaannnn.
Psst: Masih terasa kesedapan masakan kat kedai ni.
Takut habis duit. Yeeleh.
Fuh, dah sampai pun Kelumpang Resort. Alhamdulillah. Pintu gerbang. Sekali masuk 5 hinggit sorang. Tapi gerau free. Kenapa? Ade lah.
Taman burung?
Burung tiong dengan burung kakak yang for sure belum tua ni katanya pandai bercakap. Katanya lah. Tapi bila kita orang cakap. Sebiji haram pun tak cakap. Buat malu aje. Yang lain pulak yang tegur kami.
"Kak, kak, ada jam tak? sekarang pukul berapa?"
Ini chalet tempat kitaorang tidur. Harga semalam RM 200. Tapi gerau tak bayar. Ade la.
Dalam kawasan resort.
Tempat bersiram dan berendam, untuk orang yang kayu berenang.
Air terjun cantik. Sebab ni kali kedua gerau sampai sini, taklah terpegun sangat. Tapi memang cantik.
Makan kat situ susah sikit. Jadi, inilah makan malam untuk orang yang sedar diri. Benjo RM 1.20.
Burger ayam merendah diri kerana meletakkan harganya semurah RM 1.70. Sungguh kacak adik yang menjual burger ni. Lupa pulak nak ambil nombor telefon dia, boleh kenenkan dengan member Yang Solo, bukan Wong Solo. Tau tak pe.
Psst: Bermalam di situ agak kelakor sebab lampunya sekejap terang, sekejap malap, kipas dan air-cond nya pulak sekejap laju sekejap slow. Macam berhantu pulak. Tapi sebenarnya sebab letrik kat kawasan tu dicatu. Macam manapun, malam itu kami tidak tidur lena kerana haiwan-haiwan mini zoo bersembang sakan sampai ke pagi. Kalau gerau tau apa yang mereka sembangkan dah lama gerau join sekali.
Tamat
Cerita ini adalah rekaan semata-mata ttiada berkaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Ceh
Eemm, macamlah KL tu jauh sangat dengan kampung tu. 45 minit aje. Suka hati akak warung la.
Galihlah tangan sikit. Tak menyempat-nyempat.Lauk pilihan Bang Badang. Semua sama tapi lebihnya ada ikan patin masak asam pedas. Sedap sangat asam pedasnya. Agak-agak jawapan kuiz tu, B ke C?
Ini lauk Si Kentang, Si fucuk dan Si Soo Hoon. Yang bezanya ikan sahaja, lauk lain semuanya lebih kurang sama. Sama selera semuanya ek? Iya ke? Kenyataannya hanya lauk tu aje yang tinggal kat warung tu. Terpaksa amik. Tiada pilihan. Tapi semua masakannya memang berasa dan sedap.
Lepas makan nasi, nampak ni pulak. Hai, susah betul kalau perut sepikul.
Kuih kasturi. Aduhai sedapnya. Tak terkata sedapnya. Rasa nak datang lagi beli. Kacangnya mampat, tepungnya rangup. Rasanya marrrvelous. Muuah.
Pisang goreng pun ada. Pun nampak sedap. Beli sikit lah, boleh buat bekalan kat resort nanti. Sempat sampai resort ke? Tok sah percaya lah. Harga semua sekali (5 orang punya makan) campur ayor, RM 25. Murah betul. Err, kuiz tu, kamuorang dah jawab? Tak nak jawab? Tak nak sudah lah.
Psst:Seronok makan dekat warung ni. Tak pasang kipas pun sejuk.Layanan pulak, 1st class. Rasa macam makan kat umah emak sendiri. Tapi kena bayar la. Nyaman dan rasa nak datang makan lagi. Sebenarnya gerau memang suka kalau singgah makan kat warung macam ni. Kat kampung-kampung. Bagi gerau, biar warung kokak asal sedap melantak. Cerita ni belum habis. Nanti gerau sambung lagi.
Bersambung di episod akan datang.
Kuew tiow kicap goreng berminyak. 2 hinggit sebungkus. Bolehlah, tapi berminyak bebenor. Ee eh ada kerang sekor.
Taugeh goreng magie. Taugeh lebih banyak daripada magie. 2 hinggit juga. Taukenya sama dengan kuew tiow goreng.
Mee goreng mamak. Sesuai dengan kalornya. RM 3.50. Mee goreng ni sedap juga. Tapi kena hati-hati kalau beli kat sini sebab tukang masaknya pembekal garam dan kicap. Taruk kicap macam siram pokok bunga. Kali ni, masa dia dah mula nak start goreng je, gerau tunggu kat depan tukang masak tu sambil bagi warning.
"Hei, kicap jangan taruk banyak-banyak ha, itu hari, awak sudah masak masin giler, mahu kasi orang mati ka? Ya na dei. Cit, ini pun nak kasi ajar ka? " Terkejut dia. He he he, acah aje.Tak de la berani cakap macam tu. Tapi memang gerau cakaplah, " Dik, dik, kicap tak nak banyak ye? boleeehh? Ceh, Boleh tu panjang aje. Boleeeh?
Pulut panggang. Eer, agak mentah pulutnya. Intinya pulak tawar meleseh. Kalau tukang goreng mee tu buat ok kot. Putus selera. Tak pe, asal jangan putus nyawa. Beli banyak pulak tu. Ingatkan sedap. Yang laku 3 ketul je. Lagi 4 ketul nampaknya nak kena lego la . Lego? Lego tu maknanya nak kena buang lee. Sebenarnya Let Go. Mak kita selalu cakap. Kelako ek? Bunyinya macam grand gitu.
Yang ni sedap. Atas gula merah, bawah tepung sugi. Best..Emmm. Siapa pulak yang kutel kuih tu? Entah. Bila tanya semua tak mengaku. Kuih talam keladi tu pun best. Harganya tetap 3 seringgit.
Resepi hentam kromo dari gerau. Panggang ayam bermadu lada hitam. Macam tak sedap aje bunyinya. Ayam panggang lada hitam bermadu. Atau, Ayam panggang bermadu dah hitam. Yang ni lebih baik.
Licin.
Psst: Pemimpin yang bagaimana yang kamuorang suka? Yang garang, yang handsome, yang lemah lembut atau yang lemah gemalai ? Gerau bangga dengan chief-chief kat warung SBP sebab semuanya handsome-handsome setaraf Harjit Singh Hullon dan secantik Mary Ann. Hebat kan? Eerrr tapi, kalau ada chief macam Aaron Aziz lagi gerau suka. Ada? Ada, ada. Ada mabuk ka?
Lempeng cecah sambal sardin. Kalau nak sedap, cecah dengan kuah asam pedas semalam punya. Yang dah beberapa kali dipanaskan. Ikannya pun dah hampir lunyai. Bayangkan kepekatan kuah tu. Lepas tu, minum kopi 343. Sambil makan borak-borak. Tak kuasa nak cerita. Cakap pun tak guna. Makan aje lah.
Psst: Hari ni tak nak cakap banyak. Dah tersadai kekenyangan.
Hari bosan , selera hilang. Berkesan ke slogan ni kat kitaorang? Eemm. Ini lauk Siti Geemalai. Ikan bawal masam manis dengan kangkung goreng belacan. Macam sedap aje. Karang nak kecek sikit.
Ini nasi goreng yang dibawa oleh geng gerau. Si Zazahangin. Ni nama samaran, bukan nama betul. Disebabkan dia selalu hangin dengan Madam Twosukukata kat warung SBP,maka gerau panggil dia Zazahangin. Nama betulnya? Rahsia. Geng gerau ni air tangan dia memang sodap. Itu baru air tangan . Kalau air lengan ? Jangan cakap. Hendak-hendak kalau dia masak lomak cili api. Terjungkit gusi. Kalau dia cabut lari, tutuplah Warung SBP.
Wah, ikan jenahak masak lemak cili api, sambal belahahahacan, sotong sambal, sambal goreng jawa. Ni siapa punya, mari kita tengok sapa yang kena. Gerau punyalah, gerau tak berapa selera. Gerau makan ni aje. (Banyak ni kalau tak selera, kalau selera?) Jangan bayangkan.
Psst: Hari ni geng gerau Cik Masshoi pergi bank. Hari-hari pergi bank. Berkepok-kepok duit dia. Setiap kali makan, selalu geng gerau terkenang-kenang Makdoyah yang dah lama tinggalkan warung SBP yang lari ikut suami. Kalau dia ada mesti lunch kami tak seperti melawat orang mati. Nota Kuku: Mengikut kata survey, Hari Bosan Selera hilang, tak sesuai dengan kitaorang.