Pages

Friday, June 12, 2009

Buat Satu Dapat Dua

Petang itu, gerau menjenguk-jengukkan kepala dalam peti sejuk. Ada daging, udang ( sejemput-sejemput) , lobak, sawi ala-ala hampir kekuningan di hujung-hujung daun ( boleh jugak tu) , bunga kobis seconit, kobis panjang dua helai, bebola ikan 4 ketul, mee kuning setengah bungkus. Apa ni, semua secoreng-secoreng. Sabar, sabar.
Menjenguk ke tempat bahan-bahan kering pulak.
Tepung jagung? - Ada.
Lada hitam? - Ada. Sos tiram? - Ada.
Kicap? - Ada, ada, ada.
Tanpa berlengah-lengah, gerau terus membuat pengumuman. Dengar sini semua.Wahai suku sakat gerau. Hari ini chief gerau nak masak Mee Hailam. Semuanya diam memandang gerau.Ada bantahan? Suasana sepi seketika (ewah!). Maknanya. Tiada bantahan, sama ada daripada Si kentang, si Fucuk, mahupun daripada si Soo Hoon.Super Hero gerau,Bang Badang Semalu belum balik lagi. Tapi gerau geranti dia pun tak ada bantahan. Maka, bermulalah perperangan di dapur. Berkentang, berkentung, berdempang berdempung macam genderang mahu perang bunyinya dari arah dapur. ee ee ee.

Mee Hailam siap! Justeru itu, senyuman Si kentang melebar hingga ke telinga. Si Fucuk, dan Si Soo Hoon, buat muka selamba. Sudah begitu keturunannya.

Buat Mee Hailam, free Mee Hoon Hailam satu. Pilih mana-mana suka. Maka makanlah ketiga-tiga anak itu dengan berseleranya.Sedaplah tu. Sedap atau lapor? Kalau sudah lapor, jawapannya hanya satu. Sedap jugak. Mengapa ada jugak ye? Nampak sangat kenyataan terpaksa.

2 comments:

  1. kobis panjang 2 helai tu berapa sen, gerau? nnn...x nmpk sekor pun udang? gerau "ta ya pa wau" ya??hihihi atau ms lepas tumis tu gerau da dok cilok...almaklum la, sumenya 'sejemput-jemput'...

    ReplyDelete
  2. Namanya pun udang di sebalik mee. cuba selak mee tu.

    ReplyDelete