Pages

Tuesday, September 1, 2009

Nak cantik Tak?

4 hari lepas mak gerau datang. Dia bawak bebotok. Bebotok? Bukan botox bukan jugak Tok Tok lah. Tapi botok-botok. Kalau orang belah Johor biasa tengok makanan ni.
Siapa yang nak kulit cantik, tegang, pipi bak pauh di layang, tak yah risau-risau cucuk tang sana, cucuk tang sini. Makan je bebotok ni selalu.
***
Tapi, sebelum buat benda ni kena tuntut ilmu saka kambing. Sebabnya? Masakan ini memerlukan banyak daun yang boleh dimakan. Kak gerau? Cantik? Belum terserlah sangat la.Sekarang ni pipi baru bak pau di loyang. Tunggu lah tahun depan. Nak cantik kena sabor .
***
Syarat utama kena guna pucuk je. Yang segar dan hidup. Contoh pucuk ubi, pucuk berbuas, pucuk betik, pucuk puding. Pucuk mati? Mati pucuk? No, no ,no, Yang mati tak boleh. Nak cantik tak?
Lepas tu dia ada rempah khas. Dibuat daripada rempah kari, kerisik, cili kisar + bawang merah n bawang putih sikit, santan pekat, garam, gula, digaul dan dicampurkan dengan hirisan halus daun kunyit, dan daun kesum. Letak daun, letak rempah, letak ikan. Biasanya ikan tenggiri. Kalau tak de, ikan lain pun boleh. *** Lepas tu tutup balik dengan daun. Last sekali, bungkus, n kukus. Cubalah.
Psst: Makan ngan nasi panas memang sedap. Tapi kalu tercirit sikit biasalah. Nak cantik tak?
Kejelitaan adalah Penyeksaan.
Yang penting hati yang cantik.

16 comments:

  1. mmg sedap nih gerau.. selalu beli jer.. tu yg lambat nak cantik...

    ReplyDelete
  2. salam ziarah..
    sedapnyer botok2, lma dah tak makan, kat kl payah nak cari sesedap kat johor kan. oo..rupa2nya pucuk ubi tu takyah celur dulu eh?

    ReplyDelete
  3. haha..hmmmm bab tercirit tu geli hati btol...biasa la makan banyak pucuk mmg ada masalah cirit birit

    ReplyDelete
  4. wakakaka!!!.. kak zana... wakakakaka... lawak la!!!... pasal tu la x cantik yer main tunjuk jer... kahkahkah...
    Kak Gerau!!!... Kita pon suka... resipi tuk sambal dia tu lengkap x???... nk kene tumis dulu bhn2 rempah ke x yah!!... ke gaul semua terus lebur lam daun pisang!!!... kalo ana yg buat kompom letak pucuk ubi jerk.. tu yg x cantik jugak tuh!!!.. heheh.. pstttt.. kak, petua lg satu kalo nk cantik!!!.. ngan daun2 pisang sekali makan!!!.. nk cantik x???.. kahkahkah

    ReplyDelete
  5. salam kenal, salam ziarah :)

    amboi, ilmu saka kambing... tak biasa dengar ilmu tu, tak masuk lagi kat cerita2 keliwon :)

    ReplyDelete
  6. waaa.. mcm best je ada byk2 ulam nih. pestime plk dgr bebotok nih nnt klu pg jhr ble la try yer..

    ReplyDelete
  7. pernah dgr masakan ni tp x pernah tengok pon, makan apelah lagi..mmg nampak sedap pon...dgn pucuk2 tu n sambal tu..iskkk, sedapnyer...kak gerau bila nak masak..lebihkan le..hehhee

    ReplyDelete
  8. dZana: eh, beli pun beli cantik gak. Tapi mesti hari-hari beli baru cantik. Kalu hari ni beli esok tak beli, lambat sikit cantik. he he he.

    QueenJah: Takyah QJah Ooi, sekali masuk je. senang.

    cikmanggis. memang cik manggis ku.

    Ana: ha, pandai pun.Psst.. Kamu selalu buat ye, makan ngan daun pisang sekali. Patutlah kamu cantik. Kak gerau tahun depan baru cantik. ki ki ki.

    Mak Su: Ha, saka kambing, saka rimau semua kita tau awak. Awak nak tuntut yang mana? cakap je.

    halen: boleh. tapi tak semua tempat ada kat Johor ni.

    Jun: Lebih? bila ya? nanti kak gerau bagi tau ha.

    ReplyDelete
  9. gerau kita ni org johor selalu dgr nama botok2 tapi tak pernah makan pun

    tercirit..boleh ganti julap ni..

    ReplyDelete
  10. Kak gerau, saya selalu nampak org jual tapi tak pernah cuba. Tapi bab nak kena belajar saka kambing tu yg lambat sikit nak belajar buat....

    ReplyDelete
  11. Salam kak gerau!!! kita owang johor tak penah makan lah makanan nih!! sedap niiiii mkn pucuk2 tp bukan lembu2 yg nak makan tp kita yg nak makan ehehe...

    ReplyDelete
  12. datin el: sedap datin. cuba buat senang je. rempah tu yang buat dia sedap. kalau jual tu tak berapa sedap. biasalah kurang tang sana, kurang tang sini.

    hazila: kadang-kadang orang jual tak sedap.tang saka kambing tu tak pe. Ada short course. he he.

    ijayuji: ye ke. he he he. memang cam kambing ngan lembu gak le makan ni sebab banyak ulaman.

    ReplyDelete
  13. salam geraugebag..akak tak pernah buat lagi botok ni...tapi kena buatlah..sebab pipi dah tak tegang dah...ni kiranya botox originallah ni..

    ReplyDelete
  14. salam kak gebang,

    hahahaha, cute giler entry.. tau makanan johor, tapi sebagai anak johor, sindri tak pernah makan..

    duish, ketuk kapla sindri, hehe

    ReplyDelete
  15. kak Ina: aha kak, kena buat tu, gerau pun masak selalu benda ni sebab banyak dah melebeh. he he he.

    hantumakan: Jangan, jangan.Jangan cederakan diri. Nanti tak cantik.Nak cantik tak? ki ki ki

    ReplyDelete
  16. Kak gerau,

    Bonda dan ayahanda ku pun sama. Pilih kasih berlebihan. Kalau pasal kucing, masyaAllah, sanggup berhabis duit beribu-ribu, tak pernah nak komplen. Duit api naik 150.00 sebulan, komplen, siap marah lagi, cakap kitorang membazir letrik.

    ReplyDelete