Pages

Saturday, September 5, 2009

Nasi Lemak Wayang Pek Ji

Dulu, rumah gerau bersebelahan dengan tokong cina. Biasanya dua bulan sekali mesti ada persembahan wayang pek ji (Opera Cina) ni . Pelakonnya mesti mekap tebal-tebal. Hiasan pun over.(Tengok hiasan kat kepala, siap gantung buah duku lagi- hebat tu) . Dan gerau akan pergi tengok , padahal satu patah haram aku tak paham. Pelikkan. Dengan bangganya kita duduk kat bangku kayu panjang sebelah nenek-nenek Cina. Rasa macam pi tengok teater kat Istana Budaya gitew.
Sebenornya bukan nak tengok wayang pun, tapi nak beli jajan sebab banyak apek jual jajan masa tu.

Ini nasi lemak yang gerau masak untuk buka. Terlebih hias sebiji macam pelakon wayang Pek ji. Menyampah betul . Tu la, gerau kan bengkak tang hias-menghias ni. Nasi lemak ni gerau beri nama Nasi Lemak Wayang Pek ji.

***

Tapi Bang badang dengan keturunannya kata sedap n puji melangit. (Melayang-layang badan bila kena puji) Percaya? (Bergolek-golek mungkin, melayang tak mungkin). Makan pun bertambah. Makan bertambah? Bukan hari-hari diaorang ni makan bertambah ke? Tipu akak la tu.

Cute kan Cucur badak ni ? Beli semata-mata kerana kecomelannya. Tetapi indah rupa dari rasa. Rasa berdosa sangat sebab beli kerana rupa. Haa. Padanlah muka. Itu lah manusia. Tapi ni kuih, takkan nak rasa dulu baru beli kan?

Kuih Cara Beriman - rupa buruk hati mulia. Betul. Buruk rupa enak rasa. Besok nak beli lagi. Psst: Risau ni, beli tudung tak matching ngan baju raya. Tak boleh tidur pikir. Cam na ni? Selamat bersahur untuk semua lah.

14 comments:

  1. sedapnya nasi lemak....kak gerau tak yah hias la, yg penting sedap...ingtakan ngapa la citer pasal wayang opera pek ji, rupa2 nya pasal terlebih make-up...
    Napa beli tudung tak matching kaler...tudung Ariani dulu tu ker..rugi tuh...tak pe, boleh beli yang lain....saya pun teringinnya la nak pegi Ariani..tapi apakan daya , jgn kan ariani, arianu pun tak dekat sini

    ReplyDelete
  2. he he he. memang pun. last-last jadi nasi lemak pek ji n nasi lemak riak kan. Sebab menunjuk dia banyak lauk. Tapi paru tu beli. ki ki ki. tak matching memang. nak beli lagi budget telah the very over.sat lagi tak kan lah nak utang kuih raya yang dah order. ha ha ha.nanti jadi kuih hutang bukan kuih raya.

    ReplyDelete
  3. Gerau nasi lemak tu terlebih make up xpelah...kasi lah chan...dia pun nak over gak sekali sekala...

    ReplyDelete
  4. pekji pon pekji la gerau..biar dia berkungfu n bertaici dlm perut, pasti lawas jadiknyer...

    eh takyah riso2 kalu tudung tak match ngan baju, yg tu bg kat QJ n u beli lain yg mmg matching, kan setel?
    Posa2 ni takkan taknak beramal jariah, ala..setakat tudung selai....boley la..boley la eh!

    ReplyDelete
  5. wayang pekji?hehe..kawan anak cm nama Pekli kihkih

    ReplyDelete
  6. K zai: kena bagi can ke? Ok la kak.

    QJ: Kak Queen J, saje je, cari peluang. he he he.

    cik manggis: Pek Ji, Pek Li. mesti bapak diaorang sama kan?

    ReplyDelete
  7. Bulan posa ni mmg tak leh bloghop siang2 hari.. masing2 dok tayang mknan je.. Dah le iman ni lemah bebenor.. Ptg ni nak kena pi cari kue cara berlauk le plak.. Gerau punya pasai le ni!!

    ReplyDelete
  8. gerau...akak nmpak botok2 kat bawah tu. tu pun fav akak. suka sgt mkn utk sahur..tp beli aje lah. pernah buat gak...aduss...banyak kelije mau buat itu botok2. haiyoooo!!!!

    ReplyDelete
  9. Kak Ja: he he he. Sabor kak Ja, sabor.

    Ain:Hayoo, memang pun nak mencari daun-daun tu payah. Tu yang kena nuntut ilmu saka kambing. he he he. Ain tok sah le bahasakan diri ain akak. Kak gerau tua sikit daripada ain la.Tapi kak gerau boleh rock lagi. ka ka ka.

    ReplyDelete
  10. kak gerau tau dak, masa kita baca n3 akak pasal wayang pekji ni kan, cik abe kita ada sekali taww!!... kita suh dia baca sekali... haku yg baca kak dh mengekek2 ketawa, dia tersengeh cam kerang jer, yg x bole tahan dia leh gelak tang buah duku tuh!!!.. mmg lawak kak oiii!!

    ReplyDelete
  11. hihihiihi...salam kak gerau!! kalakar lah tang buah duku tu!!! kikiki.... kak gerau li jajan apa kat wayang pek ji ituuu gula2 ka? :D tp nasi lemak akak nmpk sedap sbb mmg sedap bdn pun dah tergolek golek kan? :D

    ReplyDelete
  12. ana: e eh, romantik u, baca berdua-duaan.

    ija: Kita beli kopok charlie Chickedis.ala, macam kopok double decker tu. he he he. Sekarang tak de lagi kopok tu.

    ReplyDelete
  13. taj bising ke kak....dulu masa saya kat peneng mak aih punya la bising wayang cina,...rasa cam nak baling ja...huhuuh

    ReplyDelete
  14. alimaz: bising memang tapi, dulu kecik-kecik mana heran bising ke idak, yang penting dapat beli jajan. hati sungguh gumbira masa tu.

    ReplyDelete