Pages

Wednesday, September 9, 2009

Booking seluruh restoran.

9.9.99. tepat pukul 11 pagi Budak lelaki botak kecil yang tersengih dalam ini gambor meraung sebab kena keluar dari perut kak gerau. Tak kanlah nak mem 'bogel' lama-lama. Keluar-keluar leer pakai baju,  nengok dunia. Berat masa tu, 2.7 je. Kecik kan? Sebabnya kak gerau darah tinggi. Kak gerau beri nama si botak ni
Ahmad Nabil Amsyar.
***
Budak botak @ kentang @ budak ahmad ngan kakaknya (hari-hari perang diaorang ni)
***
Hari ni, 9.9.09. Genap 10 tahun.
*
*
*
Sepanjang 10 tahun, budak Ahmad ni paling banyak masuk keluar hospital.
***
1. Masa lahir kena tahan sebab jaundice
2. Umur 20 hari berkhatan pulak.
3. Sebab allergic, selalu mai hospital.
4. Umur 2 tahun dia pi kunyah pil darah tinggi kak gerau, masuk hospital lagi.
5.  Darjah satu operate tonsil
6. Darjah 2 operate mata sebab bulu mata tercucuk ke dalam mata. (Dr kata, kalau tak operate mata boleh rosak)
7. Darjah 3 kena denggi. Masyaallah.
Kesian dengan budak botak Ahmad ni. Semoga bermula daripada hari ini, tiada lagi ke hospital sebab sakit. Insyaallah. Kalau  isteri bersalin, tak pe la kan.
Moga diberkati Allah dan menjadi anak soleh. Sebab banyak kali kena operate, budak botak ni jadi terlebih kembang lak.
***
Dia kata dia nak makan western. Kitaorang pun pi sini.
*

Kat Kota Damansara. Dekat. Lepas makan terus balik.
*
*
Sebab hari ni hari istimewa buat kentang, gerau booking seluruh restoran untuk kami se family. Jadi yang dalam kaca tu, keluarga kak gerau je.  Pelanggan lain yang datang kena dok luar naa. Nampak tak dua orang tu. Dok luar aje kan.  Hebat gitew.
*
*
Ewah, ewah Cik Gerau Ooi. Tak de Maknanya!
Sebenornya tak de orang yang datang makan. Yang ada , gerau sekeluarga  ngan couple kat luar tu je. he he he . Berangan je, tak kena bayor kan?

Kentang order Grilled Fish ngan sos lemon.
Fuu cuk order chicken chop dgn black pepper sos.
 

Kak Gerau, bang badang ngan Suu hoon order Grilled Chicken ngan black pepper sos. 2 minit lepas bang  pelayan tu cakap, sos black pepper habis. Heeit, heran akak dik, tetiba je black pepper habis. Dia hirup buat buka posa ke? Dia nak  ganti ngan sos cendawan.
***
Nak marah ni. Kak gerau dah nak menyirap dah ni. " Dah habis?" sambil cakap,  gerau pun angkat muka tengok pelayan tu. Eh, macam  Zed Zaidi la. 
" Err tak pe lah, sos cendawan pun sos cendawan lah. Nasib baikkk.
Kalau cam Mr Bean ? Cam ne?
***
Gerau order sup cendawan gak. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Tak mai, mai. Punya nak tunggu sup cendawan , sekali suap kunyah 44 kali . Last-last? Pi singgah Pizza Hut , take away sup aje sebab anak-anak nak makan gak.

***
Teh ais kentang punya. Kurus renjung je gelas dia. Kurang sesuai untuk orang buka posa.
Yang ni kitaorang punya.
***
Psst: Nasib baik posa. Niat baik aje la. Sebelum habis makan 'Zed Zaidi'  itu sembahyang kat tepi restoran. Sayu pulak hati.  Akak redha lagi.

18 comments:

  1. hepi besday tuk adik kentang ye...moga jadi anak yg mendengar kata dan berjaya dlm hidup...alalalala kak gerau ni...baca n3 kak gerau ni perut cikmin mesti keras...baby bg respon agknyer...ekekekek..nnt mai rumah amik kad raya ye kak gerau...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9/9/09

    hahaha, pelikkan, patutnya takde customers, service cepat, apelah dorang ni

    kak, seriyes cam tuh ke kalau bulu mata cucuk mata?.. pes time dengar.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9/9/09

    oh, lupa wish bday boy.. epi bday

    ReplyDelete
  4. Cik Min: Tq cikMin. Kena mai petang ke lepas isyak. Lampu motor rosak leer. Bulan posa kan, dah lama tak rempit. he he he

    hantumakan;ape lah diorang ni. Tu la. malas nak pi lagi. Al kisahnya, Allah izinkan si kentang ni bulu mata bawah dia, separuh ke arah dalam mata. Hal ini menyebabkan mata dia pedih dan gatal. Oleh itu dia selalu keruk mata dia, gonyoh2. Tindakan mengonyoh tu telah melukakan mata hitam dia. jadi doktor terpaksa operate kelopak mata bahagian bawah supaya bulu mata dia terkeluar sikit dan tidak masuk ke dalam mata. itulah kisahnya. Panjangkan. he he he. Tq.

    ReplyDelete
  5. kak gerau, mmg btul tu kedai zed zaidi ker atau pelayan tu iras2 dia jer... hehehehe... hepi besday kentang... semoga sihat n ceria selalau..

    ReplyDelete
  6. happy 10th bday utk boy!!semoga jd anak yg soleh dan diberkati Allah selalu. cantiknya bday date tu!! susah nak dapat tau!!lucky number tu!! kata org cina ler...hehe

    psst...sukanya tengok bdn boyy!! montok!!hehehe

    ReplyDelete
  7. iskk, x pernah nampak pon restoren ni kak gerau..sedap k? customer tadak pon sos abis ka? isk3... nway, hepi besday to besday boy...

    mmg nasib baek rupe mcm zed zidi..kalau x sure lg panas ati kak gerau, ekekeke

    ReplyDelete
  8. comel sgt anak kak gerau,mcm cine.ish kak gerau pun feeling2 kat zed zaidi,mcm sy feeling kat aaron aziz?

    ReplyDelete
  9. Ana: kat hidungnya ajerr. Yang lain rupa Adlin Aman Ramlee. He he he.

    ain: aha, orang cina memang suka no 9 9 9 ni. tapi macam nama buku hutang ek?

    jun: ada. kedai ni depan dekat ngan kedai mamak subaidah yang best tu. he he he tang idung jerr.

    damiqula: terpaksa mengalah. sebenarnya no 1 mestilah Arron. Zed Zaidi tu pelakon tambahan je. ha ha ha.

    ReplyDelete
  10. Anonymous10/9/09

    Fuh! nasib baik takat zek zaidi.. aaron aziz kalo, mau order ciken chop sepinggan lagi aper??? heheheh... salam kak Gerau.. (lambat plak bg salam ;p)... kim salam sama kentang yer..wish dia avery happy birthday!!! semoga jadik anak yg soleh dan berjaya dlm hidup :)

    ReplyDelete
  11. nak ucap hepi bedey to Ahmad semuga berbahgia didunia dan akherat..kalau bedey tiap2 bulan bestkan..gerau Ahmad ni anak bungsu ke..

    ReplyDelete
  12. adik blog: Memang. kalau Aaron Aziz, akak gerau booking 3 hari 3 malam makan kat restoran tu. Terima kasih.

    Datin el: Setakat ni, dia bongsu la. he he he. Setakat. Tak bertakat dah. Memang bongsu.Kilang dah terbakar.ki ki ki.

    ReplyDelete
  13. terlambat 2 hari tapi nak ucap gak hepi besday tuk adik kentang...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...semoga terus sihat dan gembira...semoga tak masuk spital lagi dan lagi dan lagi...heheheee

    sedap nampaknye hidangan tu...

    ReplyDelete
  14. happy belated besday buat anak teruna gerau ya.. semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan akhirat.. org tua2 kata, kalau masa kecik selalu sakit, bila dah besar/dewasa dah jarang sakit.. mudah2an gitu la ya..

    ReplyDelete
  15. happy belated birhdy utk busu kentang.. bungsu ke.. kihkihkih.. smga mjadi ank yg soleh..

    ReplyDelete
  16. Fiza: terima kasih fiza


    K Nor: terima kasih kak nor. mudah-mudahan.

    dZhan: memang bongsu. he he he. Tingkap dah tutup, pintu pun close. mana-mana pun dah tak boleh keluar. ha ha ha.

    ReplyDelete
  17. kak gerau, nabil lahir 9.9 ek...happy belated besday la nabil.....dah besau panjang nabil sekarang....geram nengoknyer..

    ReplyDelete
  18. mak doyah: terima kasih.

    ReplyDelete