Pages

Sunday, October 4, 2009

1/4 daripada Ahkak

Petang Raya

Pada petang sebelum raya, yang bermakna esoknya raya, mak gerau cakap dia nak masak kuew tiaw goreng je untuk buka.  Haa? Makan tu aje? Cukup ke mak? ramai ni. Orang balik kampung nak makan sedap, mak masak kuew tiaw je. he he he. Berani dalam hati jeer. Bila mak cakap,gerau angguk-angguk je.Bos cakap mesti ikut haaar.
15 minit sebelum buka. Hasil pembiakan dan penetasan kuew tiaw.

Tetiba je jadi banyak. Sepatutnya dah habis orang ngunjung. Tup-tup ada 3 orang tertinggal. Lodeh aje ada macam-macam kaler. Ada putih melepak, ada putih kuning, ada kuning langsat.

Pagi Raya

Gerau: Mak, ni kek apa pulak mak? Ada orang ngunjung kasi mak kek ke?
Mak: Apa kejadahnya orang ngunjung kasi kek?
Gerau: Ni, dalam esebok ni sapa punya kek krim.
Mak: Long kau leer tu. Semalam dia cakap nak tumpang kek. Kek apa hentah. 




Bila tanya long, long cakap. Itu kek ibu meja la. Nanti kau letak kat hujung meja ya ngah. Heeem.  Inilah kek ibu kepada meja. Kek anak meja tak de lak yeer?











Lepas sembahyang raya, anak-anak keponakkan mak gerau, bermakna sepupu papat belah emak datang melantak. Sampai menyengseng lengan kau. Makan-makan.





Yang mendara lagi, gambor lebihlah daripada makan. Jaga badan.Dulu, ahkak pun cam ni gak. runcing je. La ni? semua bahagian dah terbenam.













 Dah kenyang kan? Bawak-bawaklah beransur. Aahaa, balik-balik gak, anak ahkak kauorang dah kasi duit raya ke? Jangan buat lupa lak ek. Dulu masa hang kecik ahkak kasi sekarang kauorang punya giliran kasi lak yeerr.  Eeerrr terungkit pulak. Terungkit tak pe, tak sengaja.
Selalunya sepupu papat kak gerau memang pakai baju melayu stail sultan Johor. Baju Melayu ngan seluar hitam. Tapi tahun ni, pak cik je masih kekalkan tradisi.


Dua hari raya

Pi beraya umah sepupu mak. Gerau amik gambor ni sebab rumah ni cantik. Ini sebenornya umah nenek sedara gerau. Sekarang anak dia duduk .Sepupu mak gerau lah. Masih kekalkan keasliannya. Dijaga cantik. Bercerita sampai melopong-lopong mulut. Yang dengor lak tercopong-copong . Gerau bukan amik pot pun diaorang cerita apa. Cerita mak gayah sebelah umah cikgu Baba pencen masuk hospital la, rumah kak senah dah runtuh la. Ramai lagi lah nama disebut-sebut.Gerau tak kenal pun.


Gerau dok plepak plepuk amik gambor.Umah ni kalau buat penggambaran filem sseram memang sesuai. Tengok cermin tu. Cantik. Tapi lama-lama tengok seram lak. 

Sisipan

Penternak kucing.

Inilah rupanya orang yang sayang kucing lebih daripada anak cucu. Inilah juga kucing kontroversi. Yang hilang hari tu, masa mak gerau kat KL. Dah jumpa dah.
 


















Menyampah ahkak nengok dogol-dogol ni.







Sebab takut hilang lagi, mak abah belikan si dogol ni rumah banglo 3 tingkat. Untung kau yeer.















Dalam menyampah dukung gak. Kesian lak nengoknya. Yang pegang dogol tu sapa? 
Ahkak laaa. 1/4 daripada diri sepenuh ahkak. Ha ha ha.Yang penting rantai ahkak nampak. Lihat tangan saja sudah tahu betapa besarnya ahkak. Rantai tu besar sebenarnya tapi sebab ahkak besar rantai tu nampak halus.  TAkk de Maknanya. Ahkak besar, memang betul. Rantai besar, ahkak tipu. kih, kih, kih,


Psst: Bila nak habis cerita raya ni? Bosan tak? Bosan memang.

30 comments:

  1. Anonymous4/10/09

    oo.. itu le rantai raya die... gelang raya adeat lengan belah saneee ke? hehehe.. ahkak! nape ayah ahkak pakai apron lak? ahkak tak masak ke? uish...

    ReplyDelete
  2. alah comelnye kucem cekelet tu hehe.tgk gaya anak sedare kak gerau ni,leh imejin kak gerau ni mesti cun orangnye:)

    ReplyDelete
  3. mana ada bosan bila baca cerita gerau.. kalau tak gelak, mesti sengih..

    ReplyDelete
  4. salam rindu gerau slmt raya...tak dapat tenguk orgnya nenguk rantai pun cukuplah ek..

    ReplyDelete
  5. raye ni.. mak n abh akk dpt cucu lagi.. kali nih si comot branakan dayang senandung.. gelap gelita tul rupanye ..kenan dayang agaknye sbb mak suka tgok drama ptg2.. bila lah agaknyer dpt tgok tuan berantai ni...

    ReplyDelete
  6. adikblog: tahun ni tak de gelang tangan. Rantai kaki ada. ha ha ha. Umah kak gerau ada 12 apron. yang abah gerau pakai tu yang ke sepuluh. akak pakai yang ke 12 buat masak. he he he.

    dami: Kak gerau cun? memang heeraan, tak sikit pun darah kecantikan diorang tu pi kat kak gerau. ha ha ha. Kesian ahkak.

    K. Nor: Amboi kak nor, saja aje amik hati. nak kuih raya kita sebalang la tu. ki ki ki.

    Datin El: hai datin. Lama menghilang. Ingat lupa kita dah.

    dZana: Iya, tahniah leer ya. Esok lepas beranak putih la tu. he he he.

    ReplyDelete
  7. Kalau semua nak tau..kak gerau memang la cun macam anak2 dara keponakannya tuh...hehehe.. pecahkan rahsia kak gerau....

    ReplyDelete
  8. ha ha ha ha ha. Cun tang kuku ha ha ha ha. Saje dengki kita tau.

    ReplyDelete
  9. cantiknya umah kg tu!! teringat umah kg mertua ipar kat pontian. lebih kurang cam tu lah. ada gak cermin besar tu!!

    psst...suka bc the way gerau cerita. happening!!!

    ReplyDelete
  10. Anonymous5/10/09

    hisy....nampak besor sebab si dogol tu kecik...
    nak di dogol tu sekor boleh..?

    ReplyDelete
  11. alamak gerau!!! lepas ditelek2 dn dibesarkan gambar tu, mcm kenal aje lah sepupu mak gerau tu. itulah mertua ipar kita. yg pakai baju merah tu kan. itulah mak biras kita. kita perasan sbb pernah pergi umah tu. kat pontian kan! lg satu sbb perasan bdk yg tgh jln kat belakang tu mcm anak dara ipar kita. tinggi melangit!!

    ReplyDelete
  12. kak, saya datang bertandang nih..takder kuih raya ker..selamat berkenalan di alam cyber eks

    ReplyDelete
  13. Anonymous5/10/09

    hahahahaaaa...

    kucing tu chomellah, jgn lak jeles ngan dia, sian dia, hehe

    ReplyDelete
  14. Kelakor la ko ni gebang!
    Pontian tu katner?

    ReplyDelete
  15. ibusinga: kalau gerau bagi, boleh percaya ke? ni anak kucin. Ibu singa bela anak kucin? eerrrr.

    ain: e eeh, kita ni sedara bau-bau tenuk lah yeerrr he he he. Dah jumpa sedara yee? macam jejak bertapak pulak ek

    ana: eh, tak sedor kuih dah habis. duduk dulu, nanti kak gerau penuhkan balang. kak gerau punya dah habis. nanti mintak jiran sebelah.

    hantumakan: ha ha ha ha ha , gelak kita lagi panjang wak

    QJ: Pontian dekat ngan kampung Nordin Mat Top. Iya betul.

    ReplyDelete
  16. salam gerau..gelangnya mana?hehe

    ReplyDelete
  17. bila nak reveal wajah kak gerau neh...tgn dah nampak..rantai pun dah nampak...hehehe...

    ReplyDelete
  18. Salam gerau..akak dah follow gerau..mmg suker dgn gebang gerau ni...ley senyum sorang2 baca ni..adei...jgn org lalu depan kedai akak cakap akak edan udah ler...tidak..hehehe (org kedah tapi boleh sikit ngomong jowo)..haha

    ReplyDelete
  19. cik manggis:gelang dah hantor pajak gadai sebab nak beli rantai. ha ha ha ha

    cikmin: sabor le, tak lari gunung dikejor. Sapa lak nak kejor gunung ek buat habis masa jeeer

    NJ:kita suka kalau orang gelak sorang-sorang bila baca gerau gebang. Sebab gerau pun suka gelak sorang bila baca orang lain melawaksss. terima kasih kerana singgah kat gua gerau ni.

    ReplyDelete
  20. hahahhaa...kalu nk gelak kena dtg umah k.gerau nih...amboiii, beso yek rantai..aritu bukan ade gelang k kak masa maen bowling? hehhehe....
    tangan beso tu sihat kak...kira, pandailah somi akak jaga, heheh. ingat kalu laki2 beso jek boleh ckp istri pandai jaga..hehhe

    ReplyDelete
  21. jun: dah anto pajak gadai sebab nak beli rantai. ki ki ki.

    ReplyDelete
  22. gerammmmmnye tengok si dogol tu... geram nk penyek2 hihihi

    ReplyDelete
  23. baru perasan pak lang kasi kucing makan pakai apron... kalah mak aku!!

    ReplyDelete
  24. sunkist: hei janganlah penyek. Jotos lagi baik. he he he

    KOG: Tau tak pe. Beriya-iya wak, ngampah kita nengoknya.

    ReplyDelete
  25. dah selalu jln sini.. semua dah tgok.. tuan rumah jer malu2..

    ReplyDelete
  26. Dzana: Malu-malu gatal. he he he

    ReplyDelete
  27. Anonymous13/10/09

    Ahkak! mane pegi mak doyah anak beranak? tibe2 ilang pulakkk!

    ReplyDelete
  28. adikblog: Itulah, mana hilangnya. Heran. Ada masalahlah dengan blog kak gerau. habis mak doyah semua hilang. Tensionnnnnnnnnnnnnn. Sebab tu lama tak berblog

    ReplyDelete
  29. eh comelnyaaaaa kuceng niiii..nak pinjam seminggu bulehhh???

    ReplyDelete
  30. catz: beranilah ko catz. Akak usik sikit pun, abah akak banyak songeh. Eh, jangan kau usik kucing abah tu.

    ReplyDelete