Pages

Thursday, October 15, 2009

Antara dosa dan bangga

Tahun ni, dah nak habis raya pun. Banyak betul orang datang umah kak gerau. 33 keluarga. Ahaaks, ahkak adalah tipu. 3 keluarga je datang umah gerau. Macam diaorang dah tau je, sesemua biskut kat umah dah habis gerau anak-beranak sendiri bantai.



Pengunjung pertama :

Keluarga: Mak Doyah
Dari: Sabah
Hidangan istimewa: Mee kepal goreng.
Unsur: Dosa

Fokus  mee kepal goreng di atas meja.  Mee kepal goreng kalau dalam bahasa Iban ya, kalau dalam bahasa asing , Nugget. 

Haaaa???? Nugget? Pada hari raya yang mulia?Inilah kerja aniaya yang pertama kali ahkak buat seumur hidup ahkak.Ahkak rasa hina sangat. Serasa diri bergelumang dosa. Kalau makdoyah sumpah ahkak jadi tenuk ke, jadi mangkuk mee pun ahkak rela. Tetaaapi, Ahkak sangatlah kecik hati masa penat ahkak gossip makdoyah lolap.Penat ahkak gossip. Kechik hati  tau.

Psss, psst,,kalau nak tau, jari yang kembang-kembang runcing-runcing yang sebesor buluh lemang yang bersarungkan  cincin kokak chopard yang bersaiz bulu selai, batang pinang tu, adalah jari ahkak. Ahkak sajee je letak kat situ supaya Makdoyah nampak. Dia hingat dia aje ada gelang barlian bertingkat-tingkat? Beso lagi .


Ini doyah yang kerek tu. Nak cium pun tak kasik. Mahal benor pipinya.




Psst: Itulah rupanya kalau dah pi giant. Gian sampai hilang ingatan.Niat nak masak mee hailam tapi tak sempat sebab makdoyah sampai lima minit lepas kak gerau sampai dari giant.Sori ya makdoyah.Bukan pilih kasih atau diskriminasi, bukan juga tak sayang makdoyah sekeluarga tapi kalau kak gerau masak mee tu, memang makdoyah berkhemah kat rumah gerau malam tu. Ampunnnnn



Pengunjung kedua:
Keluarga: Adik gerau sekeluarga yang tak sempat beraya kat kampung
Dari: Subang Bestari
Hidangan: Nasi impit, rendang ayam, lodeh, sambal tumis ikan bilis. 
Unsur: Bangga


Cantik ko posing dik. Terharu mak ngah sebab ko pilih tuala buruk mak ngah sebagai backdrop.







Yang ni pun amik kat depan umah gerau.Ko memang anak sedara mak ngah yang high taste. Pilihan backdrop pam tayar basikal yang blur-blur kat belakang tu memang klasik. Mak ngah bangga kat ko nak.



Pengunjung ketiga: 
Keluarga: Jasni
Dari: Damansara Damai.
Hidangan: Mee goreng, keropok kentang, kek lapis, rendang n lomang beli. he he he.
Unsur: -


Psst: Dah ngantuk, sambung esok. 

22 comments:

  1. haha hihi tak larat ketawa baca n3 gerau kali ni..best btol..hilang penat lepas mop lantai..psstt.. gerau jika gerau,cm dan datin el jumpa pasti gempa bumi ..ketawa!!

    ReplyDelete
  2. siti geemalai8/10/09

    cian kat mak doyah... penah beghaya la tuh.... sampaikan tertido plaks..hihihihi....

    ReplyDelete
  3. cik manggis: itulah yang gerau takut tu. Takut nanti ada gegaran gempa lagi ha ha ha.

    siti: ahaks, iyala, hari tu aje dia pi 4, 5 buah umah.

    ReplyDelete
  4. kihkihkihhh....ponat seh ketawa bc n3 gerau ni. sungguh kelako!!! yg best tu mak doyah siap tertido2 dengo cier gerau!!

    ReplyDelete
  5. Tak aci la kak gerau, cam 2 darjat laks. Satu menu penuh satu meja yg satu lagu suku meja pun tak sampai....

    ReplyDelete
  6. sedap...bilala nak dipelawa ke rumah kak gerau nih

    www.duniacacamarba.blogspot.com
    www.aisyamkimminas.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Nangis MakDoyah bace entri kak gerau nie... macam langit dgn bumi beza lauk dgn mee kepal tuh.. ;p

    ReplyDelete
  8. kih kih kih....bergegar perut ketawa ni..
    mana Mak Doyah...
    tak sabau nak dengar komen dia...

    ReplyDelete
  9. gerau ..yang paling mahal inai masih merah penuh dijari ..inai raya heh..

    ReplyDelete
  10. ain: kita tau, mesti makdoyah marah.sebab tu dia tidur masa kak gerau cerita. Tunjuk protes gaknya.huk huk huk

    hazila: waawaaaa, memang tak patut ahkaks buat cam tu ek.

    Tayadih: Nanti ahkak masak bwk pi opis nooo. Tahun ni tak buat open house la.Tapi kalau buat ko datang keee?

    adikblog: tu la, ahkak kalau dapat giant memang gian. Memang tak sempat masak. Ayam tak potong, semua dalam plastik giant lagi.

    ibusinga: mesti makdoyah marah jadi maknaga, lebih hebat drp ibusinga.

    Datin el. Ahaaks, kita memang suka berinai. Sekotak besar inai, kita simpan pakai sikit-sikit.

    ReplyDelete
  11. agagaga...gerak gempa sampai keperut bumi...nyaris2 9.skala richter... taun depan gerau masuklah dlm raja lawak, gerenti juara dari pusingan pertama lagi..

    makdoyah tu bukan tido cuma nak elak sakit mata pasal gerau asik tepuk2 meja nak tayang cincin chopard bulu selainya tu..ahaaahhaa...

    bagila resepi mee kepal tu, pestaim dengor dan lihat...

    ReplyDelete
  12. Kak Gerauuu..nape la letak gambo kita tengah lelap tu, malu ahkak tau...mulut siap termuncung2 lagi, seb baik muncung pendek jek, kalau muncung panjang leh sangkut hanger tu lagi la ahkak malu...mak doyah terpana sebenonya nengokkkan cincin chopard kak gerau tuh...menyilau sampai terpejam mata ni ha..sambil tu terpejam mata menikmati mee kepal kak gerau, jgn jeles ye kengkawan, siap dapat tapau lagi mee kepal tu, mana ada org lain gi beraya siap tapau, mak doyah je boleh tau..sebab mak doyah ni kembar kak gerau tau...sedap mee kepal Giant, terasa sedapnya sampai sekarang...(ayat kecik hati)...hehehe..

    ReplyDelete
  13. Kak gerau, tu gelang berlian dari mekah la...dulu org beli gelang hitam tu kan, sekarang org jual gelang berlian cam tu lagi..berpuluh2 karat berliannya..hehehe
    Sampai jugak abang Nam kuat enterprem tu kat umah kak gerau ek..banyak lak tu makanan nye, jeles kita tau...hehhe..tak de ar..
    Comelnya anak pompuan Y, dah besar dah dia....

    ReplyDelete
  14. Kak gerau, sambal tumis ikan bilis tu yg tak tahan tengok tu..sedapnya sambal tumis ikan bilis ahkak....

    ReplyDelete
  15. alahai sodapnya kuah lontong tu. yerke kuah lontong tu ekekeke.. nnt sy pi terjah umah kak gerau la plk yer ble makan sedap2 ekekeke..

    ReplyDelete
  16. wakakakak...baca n3 kak gerau ni kan..terus rasa CKjunior kt dlm perut ni cam nak pusing balik...x baik tau kak gerau..pepagi buat cikmin rasa nak terkencing berterabur...

    ReplyDelete
  17. Salam kak gerau...nak raya umah akak leh x? Mcm2 ada tu heheee

    ReplyDelete
  18. salam gerau..jeles ni bukan apa..sbb mak doyah dtg umah gerau..x dtg umah kita.ekekeke..jauh lak ek..tapi x ley tahan n3..mmg gelak..tgok mak doyah lak pejam mater sambil dgar gerau citer apa la gak nyer tu ek..sampai x sanggup nak celik mater..muahaha..lawak la gerau..mmg gelak baca ni..

    ReplyDelete
  19. Nak bagi komen lagi boleh tak..mentang2 la ni ada entry pasal kita, kita conquer ini tempat komen kan...masa ni kita tgh citer pasal gosip2 kat opis kan..sampai lelap mata saya dok asyik dengor gossip..hehehe

    ReplyDelete
  20. QJ: Kalau kita masuk program raja lawak, kita kena pinjam nama QJ, Queen Waks, ha ha ha. Kita agak pun yer la, dia silau cincin kita tu.he he he

    Mak doyah: Ampunnnnnn.Anak Y. Dah besar kan. Menyampah menengoknya. Macam doyah gak, tak boleh diusik. Sambal tumis tu, tak sedap mana pun. Nantilah, awak cuti lama, kita buat sambal tumis cicah ubi rebus ya.

    halen: mai la, lodeh, lontong,semua satu kaum.

    Cik Min: Awat sampai bertabur. Malu ehhh.

    Azura: Itu kena tengok nasib. kalau nasib kurang baik kena macam makdoyah, dapat mee kepal. he he he

    NJ: Awak memang adalah jeles. Tapi kalau makdoyah pi umah NJ mesti dapat makan best-best kan.

    mak doyah: psss, pasal opis la, apa lagi, he he he.

    ReplyDelete
  21. jangan memain,jari kembang pun chopard tuuuu hehe.awat mak doyah tetido ni kak gerau?penat kunyah mi kepal goreng ke?

    ReplyDelete
  22. damiqula: Yesss chopard. ha ha ha.

    ReplyDelete