Pages

Wednesday, November 11, 2009

Tak Cukup


Tak cukup.
Banyak benda selalu Tak Cukup. Apabila sudah tak cukup mesti rasa tak puas hati.



Banyak ni, kamuorang ingat cukup? Memang Tak Cukup. Pejuang berani mati  HTN (Hari Tanpa Nasi) menangis kalau dapat makan banyak ni. Memang Tak Cukup. Tak Cukup Kenyang.


Heei gerau mangkuk, semangkuk Tak Cukup? Eeeh, banyak apa. Takkan tak cukup?
Memang Tak Cukup.
Soto kalu  toge tarak, begedel ngan bawang goreng yellek, Mana ada cukup? Memang tak cukup. Tak Cukup Syarat. Ini kira macam nak kawin tapi tak akil baligh. Mana boleh kawin ? Memang Tak Cukup .


Cukup banyak, cukup kaler, cukup bahan. Tapi masih Tak Cukup. Tu, laaa, dah kata dah, manusia selalu rasa tak cukup. Spaghetti Carbonara (konon..pezz time buat pun). Tak Cukup Pedas. Mana ada best kalau tak pedas. Kira macam bawak keta tak turunkan hand brake. Tersengguk-sengguk.Tak best kan?



Ini lagi tak cukup. Tak Cukup Tidur.
Oooo tak cukup tidur yeer. Ko tak cukup tidur, tapi aku Tak Cukup Sabar. Kamuorang ingat ahkak boleh sabar ke? Hari-hari  spesis Cencaluk ni anak-beranak tabur baja kat rumput depan rumah ahkak.Kamuorang ingat ahkak boleh bangga ke hari-hari cium haruman Pure Poison for Women by Christian Dior????
Nanti ko, tuan ko pegi haji. Aku suap ko ngan rempah kari sebungkus. Memang ahkak Tak Cukup Sabar . Marah ni, marah!!!


Psst:  Manusia selalu rasa tak cukup. Macam kak gerau laa, tak cukup kurus gemuk sebab tak cukup makan. Cehh..He he he . Kita selalu rasa tak cukup sebab kita lupa untuk bersyukur. Sekarang pun kak gerau masih ada sikit rasa tak cukup. Tak cukup makan. he he he. Tadi makan roti canai jee. Cukup ke? Dah kata dah. Tak cukup kan. Sekeping setengah je..... Jeeer?

Sunday, November 8, 2009

Bertambah perasa

Kekadang, tetiba aje kita rasa kita keseorangan walaupun banyak orang di sekeliling kita. Dan kekadang itu juga kita rasa sayu sangat-sangat entah kenapa. Dan ketika itu juga kita rasa Allah sahaja yang mengerti dan menyayangi kita. Sesaat itu juga kita akan mencurah rasa kepada Dia maha Pencipta.
Adakah perasaan ini disebabkan...
Usia semakin bertambah (berapa lamalah agaknya gerau dapat bertahan?) atau
Esok
Hari
Isnin?
He he he he heh
Esok Isnin
9/11/09
Semoga Allah senantiasa menyayangi gerau. Insyaallah.Amin.


Nak buat kek tak gheti, cukuplah bubur pulut merah, pulut putih, untuk diri sendiri.

Psst: Semakin bertambah usia kita, semakin kita seorang yang sangat perasa kan kan kan.

Thursday, November 5, 2009

Cerita Tak Best

6.30 pagi.
"Ma, bangun aaa. Tak nak pergi kerja ke?
"Orang sakit perut aaaaa. Kaki krem lakkkk."
 (Tugas harian bang badang adalah kejut kak gerau, bukan kak gerau kejut bang badang)

Tidur balik.

7.00 pagi
"Pergi dulu ma,"
"Pegi mana?"
"Pegi sekolah la. Ayah pergi kerja. Ngada-ngada mama ni."
"Adik pegi ngan sapa?"
"Benci aaa mama ni, mestilah pegi ngan ayah. Benci"
"Kenapa pegi pagi, pegi lah petang karang sekolah"
"Meeemanggg le kena pegi pagi. Gila ke nak pegi petang,"

" Okay laa, bye kentang."
(Suka kacau kentang, kalau kita tanya soalan logik ke, tak logik ke, mesti dia jawab gak.Tapi dalam keadaan marah-marah. he he he)

9.00 pagi

" Ma, ma tak keja eh?"
"Eeemmm,"
"Sarap apa ma pagi ni,"
"Sat lagi laa,"
"Orang dah lapor ni,"

9.30 pagi

"Kita makan pagi merangkap tengahari je laa. Ma sakit perut. Tak selera nak makan,"

10.00 pagi


Makanan orang sakit perut. Kononnyerrr laaa.


Ayam kari berempah kurma. Heeit, lain macam aje bunyinya. Memang pun. Tengok rempah kari sebungkus kecik, tak cukup, campur ngan rempah kurma. Hentam aje laa, anak beranak nak makan.

 
Kobis goreng bertelur kicap.

 
Sambal ikan bilis tumis cili padi.

Psst: Sekian, untuk hari ini. Tak deer cerita best. Yang ada cerita sakit perut. Perut sakit, otak pun sakit. Pukul 2 sambung balik tidur. Sakit perutt.

Wednesday, November 4, 2009

Penyakit Pukul 3


Kak gerau kat Opis. 
Jam menunjukkan pukul 3 petang. 


Tetiba je kak gerau rasa macam kat alam bunian. Bunyi orang menaip tak de. Suara orang berbincang pun tak dengor. Yang kedengoran, bunyi air cond jeeerr.  Bila kak gerau jenguk –jenguk, semua duduk kat meja masing-masing. Kepala diaorang sat angguk sat geleng. Kusyuk betul diaorang ni buat kerja. Kak gerau lak rasa lain macam. Tulisan  kat komputer nampak kejap kecik kejap besor.
Tak boleh jadi. Kalo dibiorkan harus tengkuk ahkak membengkok 90 darjah ke meja. Biasalaaa, bila kena sindrom ni, kena cari ubatlah. Sembang. Cari geng, sembang. Mesti kuman penyakit ni mati.  
Pi singgah meja sebelah. Laaa Tak sanggup nak tengok. Beralih ke meja sebelah lagi. Laaa . Jugak?!!
Hoi, bangun OOOiii.!!!
Makan gaji buta ke?” (Macam ahkak gak) He he he makan gaji buta jugak la. Sebab masa tidur kan kita buta kejap. Ahkak selalu kena penyakit ni. he he he.


Meh, meh, bangun semua. Ahkak belanja minum kopi ni. 




Halal tau kopi ni. Walaupun ada tulisan cina. Ada makhluk bervirus kat opis kak gerau kata kopi ni haram sebab ada tulisan Cina. Ini bermakna kalau ada tulisan urdu, omputih, jepang, atau yang semangkuk dengannya bermakna makanan itu haram. Boleh terima ke???






  

Kopi O pun sedap gak. Halal gak.

 
Kalau ada cokodok ke, jemput-jemput kan bilis ke, coq udang kebelai ke,


 Pulut panggang  ke,

 Pisang goreng berpelekat plastik ke,


kan best kan, kan. 

Psst: Makanan-makanan ni semua tak de tulisan apa-apa sama ada tulisan jawi, rumi, urdu dan segalanya. Masalah Besarnya semua makanan tu tak de kat dalam opis. Itu semua kat luar opis. Lapoooorrrr.

Sunday, November 1, 2009

Takkan lah...


 Pagi sampai petang hujan. Apa nak buat ek? Kalau jadi jiran adikblog atau Wan boleh lah main salji. Tapi, takkan lah nak main hujan dah tua-tua ni. Ada karang jiran sebelah umah panggil polis suruh tangkap jiran sewel.
Kalau ada ubi rebus ngan kopi O best gak. Tapi ubi rebus kat umah KOG je. Jauh sangat nak pi umah dia.
Akhirnya....



Buat aje lah Nasi Goreng Hujan Pagi Petang.



Kalau rajin sikit, buatlah telur goreng berkelapa parut ala cikmanggis. Tabur aje la kat mana suka. Kalau nak lagi senang, tabur je dalam mulut. Habis cerita.


Psst: QJ mesti tak dapat jemur baju hari ni. Ha ha ha. Sangkut je la baju basah tu kat kipas.

Friday, October 30, 2009

Andainya Aku...

AnDainya AKu...


...boleh memutar masa seperti mesin parut kelapa, takkan kuputar masa itu kerana waktu itu adalah saat yang sangat bahagia bagi aku.


Lihat sahaja gigiku separuh terkeluar suka gileer bila lelaki berjambul bermisai tebal itu menikahi aku. Aku juga sangat bahagia sat tu kerana pinggangku masih berlekuk jua.
(Oh, pernah juga aku kurus rupanya)

AnDainya AKu...

...boleh memberhentikan masa, seperti bos aku yang boleh memberhentikan aku  bila-bila dia suka, akan kupecahkan semua jam yang aku dan jiran-jiran aku ada. Supaya masa tetap sama kerana akuu kini semakin bahagia bersama dia yang kunikahi 16 tahun lalu.Walaupun aku kini dari bahu ke bawah rata semuanya.


Moga jodoh dan kasih kita hingga ke Syurga.
Amin.

Psst: 30/10, pagi-pagi kak gerau buat pulut ngan rendang. Dan buat pertama kalinya bang badang ehem- ehem kat kak gerau. Ehem ehem? Eeeemmm. He he he. Suap pulut kat kak gerau laaa. Syioooknya.Syiok? Tak de ke syioknya. Seram ada. Sebabnyeer bang badang memang fail bab romantik-romantik ni.   


Wednesday, October 28, 2009

Jom Curi Makan

5.00 petang - Kat Opis lagi
Pong pang pong pang, kong kang, kong kang, ha ha ha ha. Sembang-sembang, sembang, sembang. Tak hingat dunia. Tukang karut memang cam tu.
Tetiba telepon cikai kak gerau bunyi.

Isteri dah sampai umah? Isteri mesti dah ada kat umah bila suami balik. Jangan nak bertepuk bertampor ajer kat opis.
Sms daripada: Bang Badang

Tau aje orang bertepuk bertampor. Kak gerau kalau mengarut ngan geng meraban memang tak ingat asal usul. Pintu opis pun nampak blurr aje.

Tapi SMS ni lain macam aje. Kena balik nampaknya.

Sampai umah awal 5 minit jeer daripada bang badang.

" Kita makan luar nak? ma penat la. Sembang Keja banyak.Lagi pun bang badangkan dah dapat gaji kan.",
" Boleh".
Kak gerau cakap 100 patah kata, dia cakap sepatah je. Dia cakap banyak sikit bila sms aje. Itupun nasib kalau dia nak balas.


Ni lah tempat kita makan. Dah lama gak tak makan luar.


Air kosong, air limau, air plum, air sirap cincau.


Nasi goreng Kampung. RM 6.00. Sepinggan hentak untuk Fucuk


Nasi ayam merah. RM 6.00. Sepinggan hentak untuk Soo Hoon


Secotet Prawn Dim Sum. RM 3.50 untuk kak gerau. Akak bajet jeer.


Sizzling Tofu Egg. Sekapal: RM 10


Sotong goreng rangup selori: RM 18


 Sos sotong. Walllaa. Tak de herga. Sepakej ngan sotong leer.


Mihun tomyam se kolah surau : RM 6.50 untuk bang badang. Buat amik wuduk pun cukup. Banyak betul sup tomyam nyeer.


Nasi Pataya RM 7 untuk kentang.Kentang memang order ni aje. Itu aje yang dia tau sebut sebenornya.


Nasi goreng cendawan. RM 6 gak. Ini untuk sapa ek.
Bang badang dah ada. kak gerau pun dah adeer. Order ala-ala bajet lagi. Kentang, fucuk ngan soo hoon pun dah ada.
He he he. Ini ahkak punyer gak. Tapi kongsi ngan anak-anak ngan bang badang laa. Dim sum tu pun kongsi tau. Sebenornya, tak de sapa-sapa kisah pun ek. Yang melantak kak gerau. Yang bayor bang badang. Yang gedabak Ahkakkkkk. Tak ifek blog pun.
 


Inilah kedainya. Jom Curi Makan. Kalau baca dari Jauh. Kalau close up, Jom Cari Makan. Makanan kak gerau kasi **** setengah bintang. Memang sedap. Terutamanya Nasi goreng kampung dia. Terjongket makan. Kedai ni kat Kota Damansara. Sederet ngan Restoran Kayu. Pau panas-panas pun ada.
Psst: Kuantiti makanannya memang setaraf kontena semua. Memang sesuai untuk yang suka melantak. Balik umah semua terbongkang.
* Untuk yang bertandang awal, ada sikit perubahan harga setelah di semak kat bil. Semalam tu, letak harga berdasarkan sekali imbas tengok kat bil. Bila tengok betul-betul pagi ni baru nampak yang betul. Ye laa, curi-curi makan. he he he.