Pages

Tuesday, August 18, 2009

Pergi Tak Kembali

Pagi-pagi abang pergi
Petang nanti abang kembali
Abang janji tak mungkir janji
Berpisah kita cuma sehari
*
*
Pagi ini abang pergi
kucuplah tangan, kucuplah dahi
Pergi Abang takkan kembali
Tataplah abang terakhir kali
Abang pergi dipanggil ilahi Ketemu kita di syurga nanti

Jumaat lalu, Pak cik bongsu kak gerau dipanggil ilahi. Diserang sakit jantung seperti Arwah Asri Rabbani. Tiba-tiba sahaja rebah. Ketika sedang bersedia untuk pulang bertemu anak dan isteri. Seperti setiap hari yang biasa dilalui. Tetapi kali ini, dia tidak akan kembali. Dia terpaksa mungkir janji kerana janjinya kepada Pencipta Allah hu rabbi yang lebih pasti yang akan dituruti.

Di kebumikan di perkuburan Mohamadiah Johor Bahru. Tinggalah diri seorang diri, hanya amalan dibawa, diiringi. Moga rohmu diangkat Ilahi bersama golongan ahli sufi. Insyaallah.

Syawal ini pasti sunyi
Gurau sendamu akan dirindui
Moga dirimu tenang bersemadi
Doa kami senantiasa mengiringi
Yang hidup pasti merasa mati.
Hanya amalan menjadi bekalan kita nanti.

6 comments:

  1. Anonymous18/8/09

    Al-Fatihah utk arwah pak su kak gerau... semoga rohnya dicucuri rahmat.. amin.

    ReplyDelete
  2. AL-FATIHAH untuk arwah paksu kak gerau...moga rohnya ditempatkan dikalangan org- yg beriman...
    selamat menyambut ramadhan yg bakal tiba pada kak gerau sekeluarga..sila la kerumah amik kad posa ye..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk blogresepi dan cik min.

    CikMin. selamat menyambut ramadhan juga. kita dah datang rumah tapi tak tau nak amik kad cam mana.kesian ek kita. tak kisah la. janji kita nak tengok kad tu. terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Innalillahirrojiunnnn... semoga roh arwah dicucuri rahmat... aminnnnn...

    ReplyDelete
  5. Al-Fatihah.....ni pak su kak gerau yang duduk mana ek?

    ReplyDelete
  6. ana: Insyaallah.

    mak doyah: Yang dok JB tu. yang kak gerau dok umah dia masa tunggu result stpm dulu .

    ReplyDelete