Pages

Monday, August 24, 2009

Alih-alih Gelap

Tiga hari lepas ada jugak jenguk rumah geng-geng gebang. Tengah sedap baca alih-alih padangan makin kelam, kelam, kelam. Macam orang nak pitam. Tup-tup pandangan gelap.

Lama jugak la pandangan gelap. Lepas tu dengor suara sayup-sayur " masuk bilik, masuk bilik" .Dalam separuh sedar, nampak bang badang kat tepi komputer. Kacau aje , orang tengah sedap tidur kejut pulak. Iya la, takkan nak dukung kan. 10, 20 kilo boleh la dukung, nak panggil kren angkat dah malam. Tak kejut karang, pagi-pagi dah keluar ceramah sakit badan , sakit pinggang sebab tidur kat lantai.

Itu lah sebab 3 hari dah blog terbangai.

*****
Atas tu tadi intro aje. Ha, yang ni part isi.
Lokasi: Jaya Jusco Klang - Waktu: Ahad - 2 Ramadhan - Costume: Bertopeng - Tujuan: Beli baju raya kentang, soo hun, fu cuk

Undeng-undeng sebelum Shopping

1. Keluar kereta mesti bertopeng
2. Jangan sesiapa mengamuk atau buat muncung sangkut baldi bila penat
3. Pilih baju cantik tapi murah (ini penting ha sebab mak tak dapat gaji lagi)
Akibat: tak sempat masak lagi. Jadi...

1. Makan sup ikan merah 2 ketul - Rm 8.00

2. Lemak rebung + perut lembu = untuk masuk ke perut orang RM 4.00

3. Pecal - Rm.3.00 - Mangan, mangan.

4. Mangsa Perang

Beli ayam yang dah di marinate kan di JJ. Lepas tu letupkan kat dapur. Ha, ha, ha,padan muka sendiri. Ereng-ereng pun sedap. Nak kata apa lagi. Sendiri yang goreng hangus. Ceeit.

5. Dadih jagung

Psst: Tengah shopping gerau yang buat muncung. Orang tua shopping gitu la rupanya.

7 comments:

  1. Mangsa perang tuh itam manis kite terliur la kak gerau... by lauk takmo ajak kite bukak pose skali ke? heheh.

    ReplyDelete
  2. kak gerau, ayam tuh kira mangsa perang kene bom ke kene bako idup2!!!... hehehe... sedap menu kak gerau, ikan merah sup tuh mmg dh bertahun x mkn, last mkn masa jaman2 anak dara... heheheh

    ReplyDelete
  3. sopping mana kak gerau? banyak beli baju raya , sampai muncung2 mulut..

    ReplyDelete
  4. mangsa perang?kihkih..kena bom kimia tu gerau..tp dibulan posa ni semua sedap.

    ReplyDelete
  5. muncung mulut napenye kak gerau?telebih bajet ke sbb lapar?hehe

    ReplyDelete
  6. gerau..kali ni redha ke tak?

    ReplyDelete
  7. adikblog: meh la mai umah. Ajak abe. Tapi jangan lupa bawok wild berry ya.

    ana: kena bom ngan motar. he he

    mak doyah:jj klang. Muncung sebab kita yang penat. Lagi pun baju kita tak de sebab tu yang lebih muncungnya. ka ka ka.

    cikmanggis:memang. kalau bulan posa semua sedap kan

    damiqula:penat. orang tu, dah tak larat jalan banyak. kalau muda dulu tak tau balik umah pulak shopping.

    datin el: hi hi hi, redha jugak. Dah bukan kita masak. Apa nak buat.

    ReplyDelete