Pages

Friday, August 28, 2009

Susu Punya Pasal

Semalam, kat tempat kerja gerau ada program derma darah. Sapa yang berhati mulia derma darah dapat roti seketul, air kotak n besekut. Jadi roti kemek yang dah sompek ni gerau dapat. Gerau? Derma darah?
Tak de maknanya. Derma darah ni khas untuk orang yang belum masuk jawi aje. Yang dah masuk jawa, atau yang dah masuk jawi semua tak leh derma sebab posa. Nanti pitam.
***
Lagi pun tak de sapa nak darah gerau ni. Waima drakula nyonyot pun dia ludah balik .Pahit. Mana taknya sehari pun makan ubat darah tinggi 3 biji.
Roti tu balance, bank derma darah kasi gerau. Itu pun sebab esok dah expired
Sahur:

Sahur semalam, niat nak minum susu aje. Susu HL segelas ngan 2 biji kurma.

Roti tu jangan hirau kan. Tadi dah cerita. Beli dua kotak susu .Maka pada pukul 5.15 gerau pun minum susu tu. Dalam mamai-mamai tu, teguk seteguk, macam tak kena aje rasa dia. Teguk lagi seteguk dua.

Awat semacam? Belek-belek kotak dia. Dalam hati cakap, aku ni salah beli susu ke? Susu ke Yogurt? Suruh bang badang rasa. Confirm masam.Tengok expiry date 4 Sept. Habis cam na? Haaaa, minum susu basi.

***

Pukul 9.30 pagi

Dah buat pelaburan sebanyak 4 kali ke bank. Lutut rasa nak tanggal. Memapah ke dinding nak bangun. Merangkak keluar dari bank. Letihhh gila. Semua Susu punya pasal.

5 Petang

Namun, gerau tak pernah patah semangat kalau bab makan.

Ayam paprik
Bayam tumis air.
Terubuk Sarawak goreng berlada.
Roti Apartment John. Semua-semua ni gerau masak sambil meniarap. Semua susu punya pasal. Air sirap cincau. cincau dia mana ek?
Psst: Susu punya pasal. Kak gerau melepek sampai dua hari. Duga aannnn. Nasib baik gerau perempuan di bawah Lindungan Kaabah. Tu yang tahan dugaan. he he he. Pooorah la gerau.

16 comments:

  1. hebat tul akak sambil merangkak sempat masak mcm2... hebat tul!!!... wowowo...pompuan dibwh lindungan kaabah...!!!.. patut ar mmg power...:D

    ReplyDelete
  2. gerau..laa..terminum susu xpired ke..hari ni kena stnby takleh pakai seluor kena pakai kain je ..hehe senang nak selak..semuga tak ape2 lah hendaknya ..kita nak gerak ke perak ni..salam.

    ReplyDelete
  3. Ms Gerau ni hebat la..boleh masak mcm2 sambil merangkak...kah...kah!..betul ke???atau masak kat kedai???..btw..cayalah tahan coba-an...

    ReplyDelete
  4. ana: Sebenornya akak kalau 3 4 hari lepas puasa mesti kena cirit ni. mungkin nak cuci perut.

    datin el: he he he, karang terbarai la ya. balik kampung ya.

    Azmiezas: kita masak tu. kita memang selalu kena cir kalau posa. kalau salah makan sikit pun selalu kena. So, dalam lemah gemalai pun boleh masak la.

    ReplyDelete
  5. Salam kenal,
    terima kasih keran ziarah blog saya..
    He he he..gerau ni agak agak besor mana..
    Gambonye kecik comei jer..

    ReplyDelete
  6. Salam kenal Kak Gerau. Eh, eh, ya ke akak? Silap2 Along yg lebih tua kot... kita ni 1/2 abad je lagi boleh kira veteren ler...hehe. Hebat2...sambil menerap pun bole masak, jgn kuali terterap dah ler ya...kikiki ...gurau2 mesra je...jgn marah.....AlongRoz

    ReplyDelete
  7. Anonymous29/8/09

    Wah canggih betol kak gerau neh! sambil meniarap pon buleh masak mcm kenduri! kite kalo meniarap tak lama pastu terus tak sedarkan diri ler.heheh.
    Psst, kak gerau, mekasih doakn kite n baby. tp si keciit ni belom nk kuar lg la.. nanti ada contraction kite minum milo satu jug, ikut nasihat akak ye.hehehe

    ReplyDelete
  8. ekekekekek..kak gerau, teruk kena cir bir...pulangkan balik la susu tu, beli kat kedai mana, pulangkan balik kat tokey kedai tu, seb baik kak gerau pompuan lindungan kaabah kan, so masih boleh masak2 sambil meniarap hatta dah tertonggeng sekalipun kan..kita tau kak gerau walaupun dah terlentang sekali pun masih boleh masak lagi...sedapnya roti john tu...nak la satu tingkat..kak gerau..banyak dapat bonuss??

    ReplyDelete
  9. Uishhh kak gerau terernya. Sambil meniarap pun boleh masak. Nak menuntut ilmu boleh ke?

    ReplyDelete
  10. Untuk semua, tak tahu kenapa, kak gerau happy sangat baca komen balas kalian. Terima kasih hadir dalam blog dan hidup kak gerau. Memang happy dengan kamuorang semua. Terima kasih kepada semua.

    ashley: hussh tok sah tanya kak gerau besor mana berat sangat sampai tak larat nak khabor kan. he he he

    home k: hammpir-hampir kuali tertiarap gak. he he he. tak kisah. kak gerau suka orang panggil kak gerau, kak gerau hampir-hampir veteran gak. ki ki ki

    blog: eh adik ku tak terberanak lagi. Jangan lupa minum milo ya, kasi tenaga masa nak push ya.

    mak doyah: hu hu hu kat shell tau. bonus? ha ha ha. boleh beli air soya satu tong dram je. ha ha ha.

    hazila:itu ilmu kena tuntut kat gua . he he he.

    ReplyDelete
  11. hehehehe... mmg terrer laa kalau boleh masak sambil meniarap.. gerau, boleh k.nor menuntut ilmu tu tak ? agak2 apa la pengeras tu ya, pisang setandan ke ayam pusing hehehe

    ReplyDelete
  12. wakakakak...lawak la baca statement kak gerau ni..sambey meniarap pun leh wat roti john tu ye...

    ReplyDelete
  13. Alahai kesiannya Gerau... simpati tu simpati gak Gerau lepek akibat susu tu. Tapi nak tergelak bila Gerau citer pasal darah Gerau tu yang vampire ludah balik tu. Gamaknya, darah mama ni kurang sket je pahit dari darah Gerau sebab mama telan 2 biji je ubat BP. Hihihi...

    ReplyDelete
  14. Salam kak gerau!! kita link akak ya itu hari masuk sini kita lupa nak link, suke baca NOVEL2 akak nih sakit peyut ketawa!! hihihi....

    ReplyDelete
  15. Ada satu lagi jenama fresh milk yg dah dua tiga kali kja beli, walau lambat lagi nak expire, dah basi..

    Kja pun jenis perut sensintip.. Silap sikit asyiklah nak berkunjung ke bilik berangan ke bulan tu..

    ReplyDelete
  16. K Nor: Boleh kak nor, no problem, masak sambil bergolek pun kita boleh kasi ilmu.kih kih kih.Tak de pengeras eh, semua pelembut he he he.

    Cik Min: he he he betul-betul macam dugong kita meniarap.

    Mama Fami: Oh kalau cam tu, mesti darah Mama Fami payau je, kita memang dah pahit dah.

    Ijayuji: Sila-sila, jangan malu-malu,kita suka orang gelak sebab kak gerau pun suka gelak. he he he

    Kak Ja: Amboi sampai ke bulan berangannya. Boleh geng ngan Muzaffar ek.

    ReplyDelete