Pages

Tuesday, July 14, 2009

Bodoh dengan Pekak

Tak ada mood nak makan berat, jadi petang ni, makan yang ringan-ringan. Makan petang pakej dengan makan malam. Ekonomi meleset. Jemput-jemput ikan bilis. Ringan ke? Ringan kalu makan 5, 6 ketul. Gerau biasa makan lebih 10 ketul. Lebih 4 aje. Tak banyak kan? Ok la, kan? Berat makan nasi lagi. Membolak-balikan cakap untuk sedapkan hati sendiri.Uuugghh.
Jemput2nya pun kecik-kecik aje. Kecik kee?? Masa kecik-kecik gerau suka jemput-jemput yang bercabang-cabang. Lepas tu gigit yang bercabang tu sikit-sikit. Tapi yang ni tak bercabang sebab ikan bilisnya dah selamat sejahtera dilunyaikan dalam blender. Lagi pun tak elok selalu makan yang bercabang-cabang nanti lidah bercabang. Ade ke?

Cecah sos cili thai Life. Thai ya, bukan negara lain.

Rasa-rasa macam tak cukup kenyang . Pergi keluar pulak, tapau taufu fa dekat Soya Station. Gerau suka gula putih. Bukankah putih itu berseri? Lembut dan gebu. Kalaulah pipi gerau macam ni.
Lengkung bodoh. Banyak betul stok lengkung kat rumah aku ek. Warna pun sekaler aje. Tapi kita suka sangat lengkung bodoh ni wak. Kalau kenduri kahwin orang Jawa Johor selalu ada lengkung ni. Sapa-sapa yang jadi penangah mesti dapat makan lengkung bodoh ni dengan bahulu pekak. Airnya teh O atau sirap suam. Walaupun bodoh dan pekak, kita tetap suka.
I like.

Psst: Bahulu pekak cecah dengan air sirap sejuk pun best.

11 comments:

  1. eleh, dah tau lengkong kita tak jadik dan-dan tu dia gi up lagi satu gambor lengkong, nasib baik tak berlapis yg ni, kalau tak i guling-guling nangis, youuuu! hehehe.

    apasal ikan bilis tu di-blend? dasar ekonomi baru ke? ;)

    ps: sbnrnya den tukor lengkong tu letak nescafe (instead of sirap), ada kena mengena ke dgn lapis yg tak menjadik? --- cakap ni jejauh ready nak lari takut cikgu libas ngan rotan... ready, lariiiiii

    ReplyDelete
  2. Kite pun takat 10 bijik tu pejam mate jer boleh abess... belom masuk bonus lagi tuh.. harus sepinggan tu licin.heheh

    ReplyDelete
  3. Mama pun suka makan 'cabang-cabang' kat jemput-jemput ikan bilis, garing dan sedap...

    Taufu Fah, mama suka yang bergula perang tu...

    Lengkong tu pun my favourite gak. Ntah apalah dosa lengkong tu kena panggil bodoh lak ye... hihihi...

    ReplyDelete
  4. wakakakakakah... kak gerau.. kak gerau... kita pon suka lengkong bodoh tuh... nak!!!... nakk!!!!!

    ReplyDelete
  5. kat kg kita ..lengkong merah tu ,kami panggil Belede merah..time kenduri kahwin ..menu wajib tu...main telan..telan je..setalam tak perasan!

    ReplyDelete
  6. Bodoh ngan pekak, bisu tak de ke? sedapnye agar2 merah tu...

    ReplyDelete
  7. KOG; melawan lagi cakap cikgu. Kan dah kena ketulahan. Degil tau.Dah 2 malam cikgu tak boleh tidur pikir kenapa anak murid fail.

    blogresepi: tapi makan dengan kejam matanya bahaya. Takut bukak-bukak mata, semua makanan dah lesap kena sapu ngan orang lain. Jaga-jaga cik blog

    MamaFami: eeh, tiba-tiba I rasa berdosa U.

    Ana: Buat, buat, tapi ikut resepi macam yang cikgu ajar ya, kalau tak nanti ketulahan. he he he

    Cikmanggis: e eh, glamour orang kg cik manggis. belede, wah, seleng lagi. Harii ni saya buat belede wah. cayalah

    Mak doyah: Ada, ada, yang bisu, baru makan minggu lepas. Kuih sagun. bila makan jadi bisu sebab tak leh cakap . menyembur. he he he.

    ReplyDelete
  8. salam ... sekali-kali tak makan nasi oklah jugak..

    lama tak makan taufufa...menjengkit tiap-tiap minggu...selalu beli kat pasar malam hari sabtu...kat situ aje yang best...

    lengkung bodoh sekali-kali makan memang sedap..tapi anak-anak akak memang tak berapa suka lengkung melengkung ni..

    ReplyDelete
  9. gerau,
    lengkung tu mmg jawa johor suka makan,,hihihi akak jawa johor gak..mmg asal sana ker...ni mesti jawa nie...salam kenal

    ReplyDelete
  10. salam kenal... tr kasih sudi singgah Dapur CT. Tapi memang tak dapat dinafikan. Jemput2 ikan bilis lah yang paling sedap diantoro dunia kan..kan...yummyyyy !!

    Nama resepi kat sini pelik tapi benar hahaha

    ReplyDelete
  11. kak Ina KL: Kak,menjengkit? Penat kalau jalan berjengkit kak. Kalau menyungkit boleh, mana-mana pun boleh merayau.

    Kakasma:Gerau suku sakat muallaf Johor, bukan jawa johor. Yang penting , Johor ada U.

    Ct: Yelah cik CT. jemput-jemput tu,kira makanan seeparuh ruji lah, sebulan mesti ada 2 kali makan. he he

    ReplyDelete