Pages

Monday, July 6, 2009

Yang sedap dan Yang Seram

Semalam, rumah gerau tak de air. Air paip la. Nasib baik dah mandi. Tapi, lepas ni sesiapa yang nak menyah bahan buangan dalam badan, sila nyah ke tempat lain. Nasib baik hari Ahad. Sebarang aktiviti yang memerlukan penggunaan air, adalah dimakruhkan atau diharamkan sama sekali. Adakah memasak aktiviti menggunakan air? Ya. Jadi diharamkan. So, ada can makan luar .

Makan pagi juga gerau telah jamakkan dengan makan tengahari di Fuza's Briyani Station.

Hairannya, tiada pelanggan di restoran ni. Yang ramai hanya pekerjanya iaitu seramai 3 orang yang tengah melanguk di meja. Tak de dalam gambar sebab masa amik gambor, diaorang dah bangun. Nak makan ke tak nak? Nak makan ke tak nak? Tapi ,tak sampai hati pulak nak keluar. Tuan kedai pulak jemput masuk. Hai, duduk ajelah. Tak baik kecikkan hati orang.

Teh O ais limau. Ayor wajib order. Wajib bermakna, kalau order dapat pahala, kalau tak order dapat dosa. He he he. Hukum hakam orang bingai.

Air limau ais. Air yang paling disukai. Kerana kemurahan harganya.

Air sirap bandung yang sangat sedap dan menyamankan. Sedap sangat. Betul. Tak tipu. Adoii, sedapnya. Sampai hari ni terasa sedapnya.

Bryani Ayam timbus. Apa tunggu lagi. Makanlah. Sahaja aku jamakkan makan pagi dengan makan tengahari ku di Fuza's kerana kelaparan.

Nasi bryani itu perlu dikais-kais untuk mendapatkan ayamnya. Tu dia, dah nampak dah ayam dia. Memang sedap. Semua rasa cukup. Tak sikit pun kurang. Saiz ayam juga amat bersesuaian dengan kapasiti perut gerau. Hergenya kurang 10 sen 10 ringgit. Kira sendiri.

Acar. Nampak pucat tapi sedap.

Dalca. Nampak macam tak de apa-apa aje. Tapi masih sedap.

Mee hoon bandung Muor. Mee bandung Muor yang tak tipu. Gerau bagi 4.50 bintang. Mee bandung 5 bintang hanya mee bandung Mak Jah (Mak kak gerau). Sangatlah terserlah keriakannya.

Psst: Makanan kat sini memang sedap, yang tak sedap keadaan pelayannya. Pelik sungguh. Tangannya terketar-ketar ketika menghidangkan makanan. Sekali sergah mesti terbarai semua yang dipegangnya.Tertanya-tanya di hati gerau, penyakit apa pulak yang dijangkiti oleh pelayan ni. Yang seramnya, butang t-shirtnya tidak dikancingkan. Dan ini telah menyebabkan bulu dadanya yang menghutan rimbun itu telah melambai-lambai ke arah gerau dan abang badang. Serrraam U. Kauorang ada berani?

Moral of the story: Jangan menilai restoran daripada ramainya pelanggan tetapi nilailah daripada cun dan hensemnya pelayan. eh, boleh ke?

Yang kelakornya. Bila balik rumah, baru sedar, ada mangkuk mana sudah tutup paip kat meter depan rumah gerau. Patut tak de air. Hantu raya betul.

12 comments:

  1. salam kunjungan gerau... huh!! wat suspen jerk baca citer gerau nih... ingatkan kedai mkn tu seram n xdak org pasai ada momok... huhuhu rupa2nyaaaa... pelayan dok tayang bulu dada yer... wakakakakkaka

    ReplyDelete
  2. Eeeiii...naik seram sejuk baca cita Gerau ni. Mana taknye...dah la pekerjanye sakit...sakit? Sakit aper? Ala...sakit mcm arwah abah anirun...sakit 'parkinson'. Tapi x per la...ms gerau makan kat saner x de apa yang jatuh@tumpah...dia da baca byk 'mentera' la tu...

    Lain kali klu gerau makan kat sane hati-hati ckit...selak2 nasi briani tu banyak kali...manela tau kot2 ader sehelai dua b*l*...(eiiii...seram anirun nk sebut)...

    Tapi air bandung tu mmg nmpk sedap! Dia letak ice-cream soda tak gerau??

    p/s Teringat lag ms kat KLATE...minum air CUPPOCINo!! Wuii...marvelous!

    ReplyDelete
  3. gerau7/7/09

    Anawahid: Yang tayang bulu dada tu lah yang momoknya. he he he

    Anirun: Dah selak jugak,tak jumpa pulak bulu yang anirun maksudkan tu. Ada letak aiskrim soda la sebab rasanya menyengat je.

    ReplyDelete
  4. heheheheh..kak gerau ni suka tau buat tajuk2 yg sensasi...nyampah tau...saya rasa kalau kak gerau sergah pelayan tu, mesti tercampak semua ayam2 dlm nasi tu..tak yah selak2 lagi..kak gerau..pelayan 2 tu org bangla ke? saja tunjuk bulu2...hehehehe..

    ReplyDelete
  5. gerau7/7/09

    Mak doyah, iya la, rasanya bangla.

    ReplyDelete
  6. hisap dadah kot, tgh gian tu pasal gigil, eiii... mana ada mi bandung yg lawan mak sedara i punya! alamak, skrg nak order mcm mana? kedai kata dah kasik org..?

    ReplyDelete
  7. Kog: kedai aje yang kasi orang. Rumah tak kasik orang. Datang je le rumahnya. Seminggu sebelum datang rumah, order le. mesti dia cakap: Boleh, atau, kirim salam aje. Cubalah. tengok nasib. he he he.

    ReplyDelete
  8. sllu dia ckp, kita kat rumah anak kita kat kl... nyampah tau!

    ReplyDelete
  9. wahaha...lenkali leh totop paip air depan..guna taktik tu leh mkn kat luar..hehhe

    ReplyDelete
  10. Kog: kita lagi menyampah, bila kita tak de kat rumah, dia pulak ajak semua datang rumah awak.

    Jun: Cuballah, gerenti dapat makan luar la. Tapi jangan buat selalu, nanti kantoi. ha ha ha.

    ReplyDelete
  11. hmmm mee bandung.. nak try ler nanti. Kena ajak suami ke muar ler nampak gayanye.

    ReplyDelete
  12. Noor: Eloklah tu. beli yong taufu sup kat teksi stand sekali. aduhai. dah lama tak makan kat situ.

    ReplyDelete