Pages

Thursday, July 16, 2009

Perempuan penuh tipu helah

Pagi tadi, pukul 5 dah bangun. Anak-anak nak qadak puasa. Dah dekat bulan puasa, baru terhegeh-hegeh puasa. Perempuan yang jadi mak diaorang ni memang malas nak bangunkan diaorang sahur.Teruk betul pompuan tu. He he, aku leee. Gerau tak de hutang. Hu hu hu. Memang dari dulu, cik P datang setahun 4 kali je. Keturunan wali songeh memang cam tu. he he.
Maknanya? Hari ni tengahari tak yah masak. Cuit-cuit lengan bang badang. Kecek ajak makan luar. Yes, godaanku berjaya. Iyalah, kalau masak kesian lak budak-budak tu terbau kan? Wah, dasar perempuan penuh tipu helah.
Maka keluarlah gerau ngan endut gerau, abang badang. Tanpa kentang sebab kentang pun puasa. Couple setembun berendut di Otak-otak Place. Loving, U. He he he.

Sampai-sampai aje, mestilah duduk kan? Gerau pun keluarkan kamera dari handbag. Semua dok paling kat gerau. Cara tengok, macam aku keluarkan pistol. Hai, inilah orang kita. Tak senang tengok orang lain ada blog. Eh, macam tak de kena mengena aje ek!Peduli apakan?

Perhiasan ala-ala rumah gerau. Tapi gambor kaunter ni kena amik sebab kat rumah tak de.

Pokok ni pun tak de kat rumah. Kena amik.

Alas pinggan dia cantik. Ada bas persiaran lagi. Nampak tak bas tu. Kat last bas stop.

Tengah melilau cari sudut mana yang cantik, ternampak pulak lampu flash card budak-budak tadika ni. Unik jugak. Tapi satu bald lampu dah out.

Alih-alih, cikgu datang kasi buku tulis. Dia suruh buat homework, besok antor. TErkejut akak. Macam pergi pusat tuisyen pulak. Lama jugak le gerau belek buku exercise ni. Teringat masa sekolah rendah. Kita bawak bekal lontong dalam beg. Macam mana entah, kuah lontong tumpah. Habis buku latihan kita penuh so hoon. Cikgu suruh jemur depan padang. Bila kering buku kita capuk-capuk. Kesian kita.

Dah namanya kedai otak-otak kan? Mestilah makan otak-otak. Bestnya otak-otak dia. Memang berotak orang yang masak ni.

Semua rasa ada . Lembut, lemak, pedas-pedas manis. Rasa nikmat, rasa suka, semua rasalah. Tapi cenonet.

Acar bersememeh. Tapi rasanya ok.

Rendang ayam nyonya. Sedap sangat cakap pun tak guna.

Tahu sambal yang sedap digatah.

Nasi putih dalam bumbung litar sepang. Bekas bukan main gedabak, isinya sayup je. Ciput nauzubillah. Kecik hati tau. Perli-perli kita .Mentang-mentanglah.

Soto pun ada dalam pakej ni. Soto bersenduk. Sudunya sebesar senduk. Terasa lagi. Makan kat sini, asyik kecik hati je. Patutlah dia kasi nasi sikit.

Sambal kicap yang berladong kicapnya.

Air wajib order dengan air sunat order. Ais lemon tea ngan air barli. Ni nikmat dunia.
Psst: Banyaknya order ek? Sebenarnya ni semua pakej yang dioffer. Dah gitu pakejnya. Untuk 2 pax ni harganya RM 18.00 je. Murah gila. Kalau anto homework cepat dia beri less lagi 20%. Tak caya tanya.

14 comments:

  1. kak Gerau, murahnye segala tu Rm18 hengget jer... macam2 ader. rasanya caj pinggan litar sepang tu yg mahai sket kot.pasal tu nasik kena buh sket jer.hehehe

    ReplyDelete
  2. Kat ner tempat tu kak Gerau?
    Mcm nampak sedap jer bubur nasi & tauhu dier...

    p/s so kak Gerau & abg Badang mkn kongsi2 dan suap2 la yeh? Yelah, satu lauk tu kn ciput2 jer...kena kongsi2 mkn la yeh...

    ahhh...sebab ni la bru dinamakan "makan sepinggan"...ekekekek

    ReplyDelete
  3. hihihi segala yang dibaca ni semua mencuit hati kihkih..pssstt..bagi alamat kedai tu adik gerau!..cikmanggis kat Putrajaya..jauh tak?

    ReplyDelete
  4. kak gerau cukup ka nasik tuh, cam celah gg jer.. muhahahaha

    ReplyDelete
  5. blogresepi: Memang murah, kak gerau sampai tanya, tak de tax ke? Entah-entah balance nasi semalam.sebab tu kasi sikit. Nasi baru belum kering.he he he

    anirun: Kedai ni kat Giant Kota Damansara. tingkat 1. berdepan dengan JM beriani. Mana ada bubur daaa. Ni mesti sedih cincin dah jatuh dalam lubang jam... sampai soto nampak bubur.

    Cik manggis: Kalau dari Putrajaya jauh. Kalau dari Petaling Jaya dekat. Sian cik manggis. Tapi ada cawangannya,masalahnya dekat-dekat sini gak. Kat One Utama New Wing ngan Tropicana City Mall.

    Ana:Nasi tu 3 kali suap je dah langsai. Ndak-ndak pulak mulut kak gerau ni ala-ala jiran sebelah rumah kak gerau, alah, kak nita tu yang suami dia maha tir. he he he

    ReplyDelete
  6. gerau...setaun 4 kali je bestnye...dah lama tak dengar perkataan endut..teringat endut lama lah pula..kat manalah dia skg ni..hihi

    ReplyDelete
  7. mmg syok masuk rumah ni.. lawak jer bila baca.. mmg menghiburkan.. teringin ler nak g tempat tu.. suka dgn otak2

    ReplyDelete
  8. salam kenal gerau..tq mai umah kita! eh nampak cam best lak makan kt otak2 cafe nih..tapi jauhla pulak nk pi ke kota damansara tuh!!

    ReplyDelete
  9. Kak ferau saja je suruh anak dia puasa semua..saja nak dating kan...dulu saja tutup paip air kat luar, banyakla helah kak gerau ni...Tapi nampak sedap la makanan tu ek..murah lak tu..agaknya memang banyak makanan semalam diorang perangat balik tak? hehehehe..

    ReplyDelete
  10. Datin El: Banyak saluran yang tersumbat dalam badan gerau ni agaknya sebab tu setahun 4 kali je. Kadang-kdang kurang lagi ada. Entah-entah endut lama datin dah kawin ngan jiran sebelah kak gerau tu. hi hi hi

    Nor: Memang kita seotak-otak. I like U. Gitu-gitu.

    Inahar ali: Pergi Inahar, pergi, demi makan kita perlukan ketabahan dan semangat juang yang tinggi. Demi makan, highway sanggup kutempuhi. gu ga gu gu gu

    Mak doyah: Memang mak doyah sangat memahami tabiat dan peel buruk kak gerau. Ka ka ka. Pandai aje auta ek.

    ReplyDelete
  11. berladong..endut..bersememeh..
    sah orang Johor...
    Salam kenal...
    Jalan2 dari blog KOG ni..
    macam best je menu kat kedai tu..
    buku latihan tu nak buat apa yek?

    ReplyDelete
  12. Ibusinga: Memang pun suku sakat KOG. Buatlah apa-apa yang patut. Macam-macam latihan. Semua boleh dapat A+. he he he.

    ReplyDelete
  13. siti geemalai18/7/09

    kekekekeke... siti selalu gak lalu kat depan kedai nie, tapi tak penah singgah plak... nnti la klu dah abih bertapa kat umah 60 hari nie boleh la pi acu cuba try test kat situ... hihiihi.... boringnye skrg makan pun kene pantang... tapi selalu mengelat... masa suapkan si Hanis, pau jugak nasi dia... dah lauk dia lagi memikat jiwa... lalalalla... mak siti buat2 tak nampak jer la... klu dah over makan, br dia tegur..keh..keh..keh...

    ReplyDelete
  14. Siti geemalai: Ikut macam kak gerau. Pantang ikut india. 30 hari je. ha ha ha.

    ReplyDelete