Pages

Friday, July 24, 2009

Sambal telur derhaka

Seminggu dua ni penat betul sebab nak menyiapkan program hari keluarga kat tempat kerja. Tapi baru tadi selesai . Lega. Diaorang tak lantik gerau jadi tukang masak. Diaorang lantik jadi tukang cakap aje. Pasal cakap memang gerau suka. Masa cakap tak penat, dah berhenti baru penat. Seminggu ni gak, anak-anak dan Lelaki itu (bang badang) agak terabai. Jadi sebagai simboliknya, gerau masak telur derhaka lagi. Telur terkena panahan petir. Mengingatkan diri sendiri supaya jangan lama abaikan Lelaki itu, takut terderhaka pulak.

Telur botak yang digoreng. Kalau botak togel tak bergoreng, Fuucuk, Kentang, n Soo Hoon tak suka. Perasan tak telur belah kanan sekali tu yang kecil sikit, masih putih tu. Yang itu keturunan Albino. Goreng lama pun putih lagi.
Kesukaan mereka. Sambal telur derhaka
Psst: Jangan derhaka, nanti duk neraka. Takuttt. Nauzubilla

12 comments:

  1. kahkahkah.. no komen... takut wooo citer kak gerau nih... nk rasa kak telut derhaka nih!!!.. tp dgn syarat pas mkn x nk jadik batu... wakakaka

    ReplyDelete
  2. slm kenal...suka blog gerau nih.. mghiburkan.. akak link yer..

    ReplyDelete
  3. ana: Akak lak gelak. Janganlah kamu jadi batu.Sapa lak nak masak.

    dZana: terima kasih kerana singgah kat sini. Singgah-singgahlah selalu nanti kita hidangkan kopi o.

    ReplyDelete
  4. salam ziarah
    betul juga.kalau ade hidangan berbaloi gak.nampak sedap meliur gak.dengar mcm bahaya jer.hehehe.tq

    ReplyDelete
  5. hihihi(ketawa sopan sket)..tak kering gusi bila baca n3 gerau ni!

    ReplyDelete
  6. Napa namanya telur derhaka? Nampak cam telur baik je..opis buat family day ke? eee..tak sangka jadik jugak ek walaupun 3 tahun lepas planning nak buat tak jadik..rupa2nya amik masa 3 tahun plan baru jadik, ni 3 tahun nye plan mesti grand giler, tak gitu kak gerau?

    ReplyDelete
  7. R A M: Nama satu malaysia nampaknya. Singgah le tengok makanan. Dengar bahaya. Makan insaf.

    Cik Manggis: Eee, sopannya. Telur ni selalu gak gerau masak, untuk ingatkan diri sendiri.

    Mak doyah:Telur tu derhaka. So kena sumpah kat mak dia (mak ayam la) . Sebab tu jadi hangus.
    Aha U. 3 tahun rancang. Tapi Mak doyah terlepas lagi. Memang tak de rezeki kan. Sekarang ni, kak gerau ngan abang nam ( bang jas) usik Mashoi ngan Chok sebab untuk hari kelurga ni, mashoi secetary chok. hu hu hu.

    ReplyDelete
  8. Anonymous25/7/09

    Takut jer nak makan telur derhaka.. takut mudah jangkit cam selsema ayam jer..eh, betol ke?

    ReplyDelete
  9. siti geemalai25/7/09

    huuhuhuuhu... siti terlepas lagik la kali nie.... awat la buat family day time org cuti bsalin plak!!! dah la wat makan buah2 tempatan.... huhuhuhuhu.... sungguh tak aci..... keh..keh..keh... sempat gak usik cik mashoi hari tuh...kih..kih...

    ReplyDelete
  10. assalamualaikummmmmmmm!! nk tumpang makan kakkk!! boley tak?? tak boley kita balik la!! huhuhuuuu tk kisah la telur derhaka ke, telur taat ke janji konyanggg!! hihihi

    ReplyDelete
  11. cik blog: a ah, macam tak betul je. Marang kerapu kepundir la tu. ka ka ka.

    Siti gemalai. Tu, la, sapa suruh beranak. Lain kali, suruh laki yang beranak. boleh ke? ka ka ka.

    hana: Waalaikummmmmmmmsalaaaammm. Wah, lawan salam nampak. Sila, sila,

    ReplyDelete
  12. mashoi ngan chok????? Nak usik la jugek nanti , usik dalam sms jek...

    ReplyDelete