Pages

Tuesday, July 7, 2009

Termengandung?

Tahu tak? masa dulu, masa kecik-kecik, gerau tinggal kat Muor. Ada sesapa kesah ke? Tak pe lah, gerau nak kisahkan jugak. Orang Cina panggil Muor ni, Maa Poa. Banyak-banyak tempat yang dah pernah gerau tinggal, Muor lah tempat yang paling gerau suka. Punya lah suka, sampai ke mimpi pun, selalu keluar mimpi kat Muor. Hairan. Hairan.
Masa gerau termengandungkan anak yang pertama. Ter? Ter ke? Hissh, kauorang budak-budak, apa tau. Dengor ajelah. Masa termengandung tu, gerau adalah sangat teringin nak makan suatu benda ni. Punya lah banyak makanan ni kat KL, yang kat Muor tu jugak yang gerau nak.

Krim Puff. Krim Puff Kedai Kek Kim Leng. (Kira sama taraf dengan King confection la - dengor-dengornya dah tak de kat situ lagi kedai tu. Entah le, lepas terberanak, tak lagi pergi kedai tu). Inilah makanan yang gerau mengidam macam nak rak tu. Yee ee leh, macam tak special aje. Tu bagi kauorang, tapi bagi gerau, inilah antara makanan yang paling gerau suka. Krim puff nya, tersangatlah sedapnya. Tapi yang ni, gerau beli kat Bakery Cottage. Sekarang dah tak termengandung, tak yah le cari yang kat Muor. Sedapnya inti kastard tu. Banyak lagi makanan kat Muor yang gerau suka. Nanti bila ada masa gerau story kat kauorang.

Roti kismis ni pun sedap. Bakery Cottage jugak. Kek-kek medium cost kat kedai kek ni semua sedap. Macam kek lapis Indonesia, kek badam, kak walnut dan banyak lagilah. Harganya lebih kurang RM 8.00 je. Tak silap la. Tapi bukan kek yang ber topping - topping (Buat dosa pada bahasa ni) . Sebesar mana? Sebesar kek pisang harga 5.00 yang ada jual kat pasar malam. Berapa gram? Entah le, berapa gram. Susah lah nak cerita kat kauorang . Pergi sendirilah tengok.

Psst: Gerau kurang suka kek. Tapi kek-kek kat kedai kek ni sedap memang. Tapi jangan le bezakan dengan Secret Resepi. Nama pun medium cost. Tau-tau sendiri leee.

14 comments:

  1. salam cik Geraugebang!hihi seronok dengan nama ni!tentu ada makna yang tersendiri..eh termengandung?..anak pertama ya..tak apa..tak apa...rezeki tu!..selamat berkenalan ya!

    ReplyDelete
  2. secret resepi tu nama je gah... ada jugak kek dia yg tak syiohhh

    kak jgn lupa, botok2 kasi bungkus, haha :)

    ReplyDelete
  3. gerau8/7/09

    Cik Manggis: Termengandung tu, dolu-dolu cik manggis. Sekarang dah nak menopaus dah. he he he.

    KOG: Mana pulak aku nak mengantor botok-totok tu kat kamu lin. Kamu pi balik Pontian le, mintak Mak Jah buat. Sonang cerito.

    ReplyDelete
  4. Termengandung???? Terkejut orang utan saya baca tajuk kak gerau..kak gerau memang la, suka sensasikan tajuk tau...

    ReplyDelete
  5. saya kalau makan krim puff macam tu banyak-banyak pasti terkebontang.

    ReplyDelete
  6. mak doyah: suspen mak doyah.he he he. nak tiru lah tu, kalau termengandung.

    DrSam:Bukan terkebontang aje, perut pun se'eh.Pernah dengor tak? Kalau kenyang sangat saya selalu cakap, se'eh perut.Gerau ni orang Muor, cakap pun berdegor je.

    ReplyDelete
  7. hihi ..maap la...babe comel kat atas ni cam pernah nampak kat mana Ya?hmmm mungkin muka baby sama je..semua comel..geram btol..debab!

    ReplyDelete
  8. Cik manggis: Memang debab pun. Selalu kena gomol sampai merah-merah pipi dia

    ReplyDelete
  9. kak gerau, wooo penah dok muar yer.. heheh... kak, kat bt pahat nih kedai roti kim leng ada lg, kalo termengandung terhengen nk mkn, mai la bp... muhahahaha

    ReplyDelete
  10. kontrobesi betol tajuk... heheh

    ReplyDelete
  11. Anawahid:Tq U tell me. If akak termengandung, akak must go. Dont wori.he he he.

    blogresepi: Kak gerau memang suka kontrobesi. ha ha ha. bagi susepen je.

    ReplyDelete
  12. sedap betul...bila nak masak bawak opis...

    ReplyDelete
  13. Tayadih: Apa maknaya Tayadih tu? Macam Takyah sedih je. he he he. Nanti kak gerau bawak. kuda elok parkingnya? ha ha ha.

    ReplyDelete
  14. salam,

    lamanya tak update blog..dah tak jalan-jalan cari makan ke?

    www.aisyamkimminas.blogspot.com

    ReplyDelete