Bila bukak peti ais tadi, rasa heran betul. Nampak lapang dan luas bebenor. Macam boleh letak kerusi meja. Rasanya tak le besor mana peti ais yang gerau beli. Betulke ni peti ais aku? E eh memang peti ais aku la! Yang ada hanya 2 biji telur , 3 botol ubat batuk . Ubat batuk lebih banyak daripada telur . Barang lain satu hapah pun tak dak.
Jam dah pukul 11.30 pagi. Nak keluar malas.Bukak bahagian sejuk beku. Ada cencaru buta 2 ekor. Nasib baik .Harapanku yang hampir musnah kembali cerah. Nasi semalam banyak. Jangan membazir. Nanti rezeki lari. Siapa nak kejar, tak de siapa yang larat semua orang kat rumah ni besar. Last-last terhasillah menu zuhud ni. Terasa diri kecil sangat hari ini. Bagilah can. Selalunya rasa besar.
Nasi Gobik ( Nasi goreng lembik) dengan telur goreng. 1 untuk bang badang, 1 untuk kentang. Fucuk ngan Soo Hoon sekolah. Gerau tak dapat. Mengendeng aje bila kentang makan. Nak mintak tak sampai hati. Itulah rupanya kalau dah kena sampuk dengan hantu malas. Padanlah muka sendiri.
Cencaru buta goreng sumbat lada. Macam tak sedap aje ek? Cencaru buta sumbat goreng. Lada nak letak kat mana pulak. Tak kisahlah, lagipun dia buta.
Perasaan gerau? Selalunya rasa diri rendah, tapi hari ni rasa rendah diri . Semuanya kerana menu zuhud. Kalau tengok masakan geng gebang gerau semua taraf hotel five star. Dihias-hias bagai lagi. Bereben sana bereben sini, Macam nak masuk program Si Montel Jalan-jalan Cari Makan. Tengok saja menu Cik Teratak Impian, Kek Tiram+ Tisu (Tiramisu) yang kalau gerau buat memang kantoi lah. Itu belum tengok masakan CikManggis , Cik CT ngan KOG. Meraung-raung gerau tiga hari . Yang lain-lain pun sama. Tapi gerau hanya ada menu zuhud.
Psst: Sorilah. Cerita pasal gobik. Teringat pak cik gerau cerita pasal hantu gobik. Heeee seram la pulak. Dia jumpa perempuan tua tengah gobek sirih tepi tasik masa dia pi memancing. Hantu tu ikut dia balik lagi. Hee, naik pulak bulu roma aku. Dah malam ni. Semua dah tidur. Tidur la.
Kak Gerau, nasi gobik tu la yg best..nasi gobik a.k.a nasi goreng bodo adalah sgt grand bagi kita kan, kalau bawak bekal pagi2 makan kat opis kan sgt la sedapnye walaupun bodoh je rupanyer...ikan caru buta tu pun sedap pe...hiasan tak penting ar..yg penting rasanyer...
ReplyDeleteMak doyah: Kalau tekak kita ni, apa aje bole. yang gobik, yang bodoh, yang pekak. Pun tibai.Teringat nasi goreng mak cik kat apt mak doyah dulu. Yang kalu makan tak boleh makan dengan benda lain, nanti tak sedap kan.
ReplyDeletesalam perkenalan.. menarik la blog ni.. pe kata kalu kite wat link ke sini bole kan? :D
ReplyDeleteHuh... mule ingat resipi nasik gobik mai dari jawo ke, dayak ke.. rupenye nasik goreng lembik... heheh...
ReplyDeleteUmiyumi:Salam perkenalan.Boleh, boleh, boleh, kita suka.
ReplyDeleteblogresepi: he he he. DayaK? Nanti kita cari resepi dayak. Tunggu ya.Kita pi hutan dulu.
Haah, hari2 ada org kirim..teringal lak kat makcik tu..eh kat makanan dia..
ReplyDeletekihkih..jika baca n3 gerau..kihkih kahkah..tak tahan..bab ikan cencaru buta tu..hihi sib baik tak terkencing asyik ketawa je :)
ReplyDeletemak doyah: Kak gerau la tu. Suka pungut bawang ngan cili padi dia yang tumbuk tak lumat tu.
ReplyDeleteCik manggis: Tak pe, terkencing pun tak pe, sebab tak elok tahan kencing nanti kena kencing batu. Bahaya kan.
saya pelik ar..napa kak gerau malas makan kat luar???? malas??
ReplyDeletesO saya pelik , nak buat kuiz la kenapa kak gerau tak pegi makan kat luar walhal ada lauk telur dua bijik ngan ikan caru buta je...Ni jawapan pilih A, B, C dan D. Pilih jawapan yang betul.
A. Kak gerau nak stemet (tersampuk ngan kak T**)
B. Kak gerau meroyan
C. Kak gerau nak buat banglo
D. Kak gerau telebih rajin nak masak walaupun ada 2 bijik telur je
E. Abang Badang malas nak layan
F. Ni dah hujung bulan..tappi hujung bulan pun kita kalau bab makan kan sanggup korek mana2 nak carik duit asalkan boleh beli makanan yg kita nak...kan..ingat tak ????
Eh..terlebih suda sampai F...ok pilih kak gerau
geraugebang..kira ok ape lauk2 tu..hihi..kalu tengah lapo dapat nasik ngan telur mata kerbau tuang kicap patah cili api ..fuh..kalah makan kat otel 5 star...ikan caru tu kalau pakaikan spek itam taklah nampak butenya..
ReplyDeletesalam gerau...
ReplyDeletehihihi oklah tu nasi goreng...dr takde ...
terima kasih singgah blog saya ye....:)
hihihihi words baru nasik gobik,malam td sy pun goreng ikan bareback tu,ermmm sedapnya makan time lapaq semua sedapkan hihihih
ReplyDeletemak doyah: Mak cik doyah wei, bukan malas nak makan luar tapi malas nak keluar beli barang dapur la. Awat tulis arahan ada pilihan A,B,C,D. tapi beri pilihan sampai F. Dah tentu-tentu salah format peperiksaan.Sebenornya lebih kepada jawapan E. Ha ha ha. bukan mak doyah tak tau bang badanggg.
ReplyDeleteDatin El: sedap tu, makan patah-patahkan cili padi yang rangup. Tapi sekarang gerau dah tak tahan makan tu semua. Gasterika
Suzi: Hai suzi, selamat bertemu di alam cyber.
Chik Mi: Ikan bareback. Auw, seksi.