Pages

Tuesday, July 28, 2009

Kemaruk

Kemaruk Otak-otak place .
Dah 3 kali datang.Kali pertama datang, tekak kata ok, boleh mai lain kali. Murah pun murah. So, mai la kali kedua. Lepas tu, mai lagi. Tiga kali dah. Tapi kali ni tak guna pakej murah. Sebab dah habis kuota katanya. Heeit. Macam nak masuk u pulak.Ini macam pun ada ka? Tak pe la, langit kan tak selalu cerah, kadang-kadang guruh berdentam- dentum gak.

Mee bandung Muor. Macam biasa, keriakan diri mula menyerlah. Mak saya punya lagi sedap.

Mee rebus. Emm. mee rebus cebur gerau lagi best. Dah bongkak dah.
Nasi lemak ayam bombereng. Yang ni boleh pakai. Rm 10.90. Gerau order nasi lemak ayam rendang + otak-otak. Tup-tup dia beri dalam mangkuk tingkat. Kecik hati, ingatkan nak halau balik suruh pegi menoreh. Pesen rupanya. Macam nak pi kebun je ek. Tapi kita suka wak.
Tapi memang best.
Ha, ini isinya. Semua best.
Banyak balang gula-gula kat kaunter. Cik kak manis tu manis kan? Hari ahad hari tu dia pakai tudung. Hari lain tak pakai pulak. Tudung basah gaknya. Opss.Amboi, jahatnya mulut. Nak makan ke nak mengata. He he he. Sori. Nak makan. Mengata sikit-sikit je. Dah nampak nak buat cam na.
Ingat tak? Masa perempuan penuh tipu helah makan dulu, alas meja kat sini ada bas persiaran kat last bus stop.
Kali ni pi alas meja dah tukar. Bas stop hari tu dah roboh. Tinggal ikan laga dalam balang je.
Air lemon barli, Grape laici, soya cincau, cincau. Air dia memang semua best.
Psst: Rasa-rasanya akan datang lagi kat sini.

10 comments:

  1. A'aah lar..Anirun pun pernah makan kat sini...dgn 'abg' Gerau lag...ooopsss!! (ni rahsia yer kak Gerau!) hehe

    Otak-otak House nih menyediakan kump. suatu citarasa yg memuaskan...x lebih dan tidak kurang. Semuanye okeh...
    Let's try makan kat sini yeh!

    p/s tkejut tiba2 jer a.gerau marah, tisu x der katanye. X kn tmpt secanggih ni x sediakan tisu...yeiii, yapedeii...

    malunyer...tisu kt depan mata rupanye...tmpt tisu xclusive sgt, sampai a.gerau x nampak...

    hehe...nasib baik x panggil waiter!

    ReplyDelete
  2. hehehe...biasanya popmpuan pakai baju kurung hari Jumaat je. Tapi cik kak tu pakai tudong hari ahad. Takpelah, dia tengah nak belajar ke arah tu...

    ReplyDelete
  3. waaaa, pakai tepen! kat mana ni kak? kita kalau area damansara/shah alam sana agak fail lah...

    ReplyDelete
  4. Anirun: hu hu hu, macam kenal aje, pi ngan sapa. Nasib baik tak tanya ek. Kalau tak malu sakan U.

    haliza: aha, ok la, sekurang-kurangnya dia tak pakai tudung saji.

    Kog: Memang area tu aje. Keluarlah dari bangi takut sangat. Kenapa? Kalau keluar bagi kena ketulahan ke? Kat One Utama pun ada rasanya.

    ReplyDelete
  5. kat mana otak2 ni? kalau otak tu tau la kat mana.. hehehehe

    ReplyDelete
  6. adeh!!!!!.. wakakakakakakka... lawak!!!!!... no komen!!!!... kakakakakakkakah... kak gerau nanti pi lg tgk pakai tudung x dia, mana tau dia dh kembali ke pangkal jln@insaf....

    ReplyDelete
  7. Makan dalam mangkuk tingkat tu..canggihnyer.....tak penah ada kedai buat cam tu lagi, nasib baik dia tak bagi dalam lesung batu ek, dalam kukus ke.....heheheheheh...: )

    ReplyDelete
  8. Umiyumi: Kat Giant Kota Damansara. Kat One U pun ada.Best makanan dia. mee aje kurang sikit.

    ana: Nanti kak gerau pi lagi, kak gerau kabo kan ye.

    Mak doyah: he he he. Nanti kita cari kedai yang letak dalam lesung batu. Eloknya lesung batu tu dia kasi hadiah bawak balik lagi elok.

    ReplyDelete
  9. Anonymous29/7/09

    Mujur dorang tak susun semua yg u oder dlm mangkuk tingkat tuh... jimat sket tak payah guna pinggan bumbung F1.heheheh

    ReplyDelete
  10. blogresepi: he he he. Kali ni, diaorang kasi satu je bumbung F1. Yang lain pi suruh menoreh.

    ReplyDelete