Pages

Wednesday, July 1, 2009

Kus Semangat Bukan Kuat Semangat

Malas benar nak menulis sekarang ni. Angin apa dah masuk dalam badan entah? Tapi rasa tak seronok pulak. Tulis jugak lah.
Dah lama gerau tak makan luar. Jimat? Tak jugak. Kalau jimat duit dah berkoyan. Tapi gerau tak. Dapat duit je, boncah. Jemu agaknya. Niat hati pulak nak diet. Kalau makan luar tak boleh diet. Orang nak diet, gerau pun nak diet jugak. Tapi selalu tak berjaya sebabnya, gerau ni hanya kus semangat bukan kuat semangat. Tapi kali ni, gerau sangat-sangat berkeinginan nak diet. Mesin exercise gerau pun dah lama jadi tempat sidai kain pelekat bang badang.
Dulu mesin tu jauh hati dengan gerau, tapi hari ni, mesin tu terkejut nak mati dengan gerau. Gerau berjaya exercise 40 minit. Wah, macam tak percaya pulak. Sekejap kayuh sambil berdiri, kejap kayuh sambil duduk. Sampai sengal lah punggung gerau.
Makan pulak? Ini gerau masak untuk hari ni.

Asam rebus ikan bawal. Hanya gatah lauknya. Tanpa nasi. Tahan ke? Tahan. Gerau jarang ambil nasi malam. Tapi siang melantak sakan. Sedapnya hirup kuah dia.

Timun bersos cili . Pun gatah.

Last sekali makan ni. Lengkung santan. Makan sikit aje. Abang badang dan anak-anak suka. Masuk peti sejuk pulak. Aduhh, sejuk je lalu kat tekak.

Ini makanan malam. Makanan siang tadi? Hi hi hi. Tok sah cerita lah. Mengerikan. Sebenornya malam ni makan macam ni sebab rasa bersalah siang tadi makan macam pompuan lapor yang meroyan.

Psst: Kesimpulannya: Lebih baik ada daripada tiada. Lebih baik mulakan daripada tak mulakan langsung. Lebih baik menyesal makan banyak waktu siang daripada melantak sakan waktu malam. Kata-kata Motivasi untuk Aku.

*Boncah bermaksud guna duit sesuka hati tanpa jimat. Entry orang Johor.

5 comments:

  1. kak, ajar resepi buat lengkong tu please... laki suka tapi tak reti buat. ingin menjadi isteri solehah hah hah. (hah yg 2 tu gelakkan diri sendiri, bukan gema).

    ReplyDelete
  2. kak gerau, tangkap la gambo gejet kak gerau tu..cahiyook la kak gerau, berjaya buat 40 minit.....chaiyook..

    ReplyDelete
  3. gerau2/7/09

    Ha ha ha, kita bukan pandai masak lengkung pun KOG. Hentam aje tu. Tapi boleh le ajor sikit.

    Mak doyah: Nanti kita tangkap gambor. Tapi dah banyak skru tanggal sebab yang gunaknnya semuanya sebesor truck.Ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Skru tanggal, bebaik guna, takut nanti jadik transformer ..tertukar jadik benda lain pulak...

    ReplyDelete
  5. Menu yang mantop...kalau akak la hirup habis

    ReplyDelete