Pages

Sunday, July 26, 2009

Si Kunta Kintei

Petang ni, semua penghuni gua makan donut keturunan Indon. Orang kata, J. Co ni Indon punya. Tak kisah la dari manapun.
Walaupun beli 6 ketul, kena potong empat supaya tak gadoh. Aku yang kepala gaduhnya pun. he he he. Si Kunta Kintei yang hitam legam tu dah tinggal separuh dipotong dengan gigi bang badang. Si kunta kintei ni sedap sangat. Jiran sebelah kiri dia, si tiramisu tu pun sedap.

Malam makan mee rebus Johor. Mee rebus? Alih-alih rasa nak demam pulak, sebab sebenarnya dah 2 bulan tak buat mee ni. 2 bulan? , eerr 2 tahun sebenarnya. Astagfirullah. Masa buat tu, ingat-ingat lupa. Nak tepon mak takut mak marah, sebab mak akan cakap, "Kau ni, bila nak masak baru terhegeh-hegeh nak tepon. Tulis lah resepi tu. Nanti lupa,". Dan gerau akan cakap " Iyalah orang tulis ni. Tapi lepas tu hilang ke mana. Sori mak.

Psst: Mee rebus mak gerau mesti letak tetel n santan. Gerau letak gak tapi macam kurang jugak. Tak macam mak buat. Mak! Mak!Mak! Kenapa orang buat tak macam mak buat ek? Kesian mak. I luv u mak.

Gerau buat tak geti sukat-sukat bagai. Cebur-cebur je. Tapi bahan-bahannya ingatlah.

  1. Cili kering (sikit je, ikut tahap kepedasan tekak)
  2. bawang merah n bawang putih
  3. halia sikit
  4. serai titik sebatang 2.
  5. lengkuas sikit
  6. udang kering (kisar halus) .
  7. rempah kari daging. ( agak-agak je, tapi jangan banyak sangat, nanti jadi mee kari lak)
  8. Daging tetel (rebus - lepas empuk, potong kecik, masukkan dalam kuah.Air rebusan masukkan sekali tau)
  9. Santan pekat satu cawan.
  10. Keledek - kalau keledek lebih manis. kentang kurang manis. tapi kekadang, keledek ada sabutnya. so, suka hati le nak yang mana ye. ( rebus dan lenyek - masukkan dalam kuah. takkanlah masukkan dalam mee kan)
  11. Tumis semua bahan tumis. masukkan air, santan dan segala-galanya. biar naik minyak.
  12. Manis sikit tak pe. lagi sedap.

Selamat mencuba.

11 comments:

  1. sedap nye donut kunta kinte tu..kat sini takde jumpa lagi donut indon tu..lum sampai, baru sampai imegresen , tak lepas ...donut philipine banyak ler...sedapnye mee rebus..nak sikit ler..

    ReplyDelete
  2. Alamak terliurnye donat! TERPAKSA rebus kentang sekarang jugak nak buat donat! kak gerau punye pasal lah nie...kite baru lepas makan nasik taww... :D

    ReplyDelete
  3. gerau..lama tak singgah sini bukan tak nak datang tapi selalu tersesat jalan..kitakan suka makan mee rebus johor tapi tak penah buat..gerau bagilah resepi..nak cube resepi mak gerau.

    ReplyDelete
  4. macam best je mee rebus tu...
    mak kita pun selalu cakap macam tu...kita pun selalu jawab macam tu...

    ReplyDelete
  5. sedapnye mee rebus tuuuu..

    ReplyDelete
  6. mak doyah: Kisahnya. Minggu depan sampai beli tempek kat sini no. Boleh tahan je. tak sedap manapun he he he.

    Cik blog: Hu hu hu, tak pe, kasik mak sihat, anak sihat.Tapi kalau kak gerau makan kentang, belebus-belebus pulak machine gun. ho ho.

    Datin el: ala, kita hentam je. Macam orang lain buat gak. tapi nanti kita kasi resepi.

    ibusinga: Same-same la.

    C-idah: biasa je. Gerau nak masak cebur-cebur je. kadang jadi, kadang tak. hu hu.

    ReplyDelete
  7. salam gerau...sebelum off komputer ni cm pasti nak datang tengok baby comel ni...oooo rasa nak cium-cium,cubit-cubit pipi baby ni!!!tentu dah besar baby gerau ni kan?

    ReplyDelete
  8. Cik manggis: dah pandai jalan dah. merayap sana merayap sini. Sebenarnya tu bukan baby kita. Kita dah lama tutup kilang. Tu aciput kita orang sekeluarga. Anak saudara yang paling kecik. Buah hati semua orang.

    ReplyDelete
  9. t.ksh gerau dah ade resepinye pas ni boleh la kite cuba..

    ReplyDelete
  10. sian kunta kinte tu... tersedak diaaaa.... wakakakkaka

    ReplyDelete
  11. datin el: no hal lah datin. Kalau sedap bagi tau. Kalau tak sedap jangan mare.

    ana: dengor kamu gelak lagi kunta kinte tersedak hu hu hu.

    ReplyDelete